Jikalau sebelum ini kumpulan kakitangan awam sudah tampil membuat tuntutan melalui Cuepacs menuntut bahagian mereka dalam pembentangan Bajet 2016 yang akan berlangsung hari ini iaitu sekitar pukul 4 petang nanti, yang mana Cuepacs telah menuntut 3 bulan bonus. Kali ini…
Kali ini pekerja swasta juga tidak mahu ketinggalan melalui Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) ada beberapa cadangan yang dirasakan mereka relevan utnuk dilaksanakan pada Bajet 2016 Malaysia kali ini.
Tuntutan MTUC : Elaun Kos Sara Hidup dan Gaji Minimum?
Antaranya ialah :- pemberian elaun bantuan sara hidup (Cola) untuk pekerja swasta sepertimana dilaksanakan dan dinikmati oleh kakitangan awam
- kenaikan gaji minimum sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan bagi pekerja swasta di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
Bagi Berita Semasa pada masa sekarang inilah, sudah dapat kerja pun sudah dikirakan baik. Tetapi kita boleh tengok sendiri macammana mekanisme gaji minimum di Malaysia dilaksanakan :
- Sebelum ini sepatutnya gaji minimum khusus untuk pekerja swasta tempatan sahaja dan mengikut sektor
- Tiba-tiba dilaksanakan terhadap pekerja asing sekali. Untung mereka, tidak perlu bersusah payah membuat tuntutan.
- Jadi kenaikan hanya melibatkan pekerja bawahan.
- Kos operasi meningkat tanpa peningkatan produktiviti terutama sekarang ni.
- Akhirnya mula buang pekerja.
- Gaji besar 2-3 bulan selepas tu tiada kerja
- Inilah realiti sektor swasta hari ini
- Jadi, Berita Semasa sama sekali tidak bersetuju jikalau sesuatu cadangan itu bersifat sementara, tetapi dalam pada masa yang sama datang pula masalah lain yang lebih besar.
- Buat masa sekarang ini tidak perlu elaun kos sara hidup COLA terlebih dahulu
- Perbetulkan sistem dan pelaksanaan gaji minimum di Malaysia yang masih lagi bercelaru
- Selepas gaji minimum di Malaysia berjaya dilaksanakan sepenuhnya tanpa ada pekerja swasta yang tertindas, barulah kita boleh menginjak kepada tuntutan seterusnya iaitu elaun kos sara hidup COLA pekerja swasta di malaysia
Jadi, Berita Semasa sama sekali tidak mahu melihat perkara sebegini terjadi berulang kali. Nah….Bersama-sama ini Berita Semasa ingin kongsikan apa yang sedang berlaku dalam pasaran di sebelah utara Malaysia sana. Antaranya….
- AMD sudah join venture dengan Nantong Fujitsu electronic
- Western Digital di Pulau Pinang sudah tutup dan pindah pergi ke Kuala Lumpur. WD sudah pun mengambilalih Sandisk
- HGST mungkin akan tutup plant di Penang penang dan pindah ke Johor Bahru
- Amphenol Bayan Lepas plant 1 akan tutup dan pindah ke China
- Dell mengambilalih EMC
- Blaupunkt kemungkinan file for liquidation dan HQ file bankrupt
- Motorola jual SC pada Sanmina
P/S : Pada masa sekarang ini, Berita Semasa merasakan cukup dengan
pelaksanaan gaji minimum di Malaysia. Untuk yang lain termasuk elaun kos sara
hidup COLA mungkin boleh dipertimbang dan dituntut semula pada masa akan
datang. Ini kerana sektor swasta sedang bergoyang sekarang ini.
sumber : beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment