Saturday, 22 February 2014

BR1M masuk awal, rakyat suka hati


SHAH ALAM - Walaupun Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 telah diumumkan akan diterima mulai esok, namun rata-rata pemohon telah menerimanya sejak semalam lagi.

Kebanyakan pemohon dan yang telah menerima BR1M 3.0 turut berkongsi berita gembira itu di laman media sosial.

Seorang pemilik Facebook, Pakcu Sofi turut berkongsi berita itu bersama rakan di laman sosial tersebut.

"BR1M telah masuk, boleh bayar cukai jalan.

"Saya telah dengar BR1M masuk, jadi saya cuba semak akaun bank saya.

"Saya semak hari ini, saya agak terkejut ada jumlah RM300 dalam akaun saya," tulisnya.

Bantuan berkenaan dimasukkan ke akaun miliknya semalam.

Selain itu, seorang lagi pemilik akaun Facebook, Azlan InThe House turut menyatakan bantuan kerajaan itu telah diterimanya.

"Alhamdulillah, saya sudah dapat duit BR1M. Terima kasih kerajaan Malaysia.

"Harap dapat lagi tahun-tahun mendatang," katanya.

Seorang lagi pemilik akaun Facebook menggunakan nama King Jason turut berkongsi telah menerima bantuan BR1M semalam.

"BR1M sudah masuk. Jimat cermat ya," tulisnya.

Sebelum ini, media melaporkan BRIM 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Februari ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Februari, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata pemberian bantuan adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto BN yang mana jumlah BR1M dinaikkan dari semasa ke semasa dalam tempoh lima tahun sehingga mencapai RM1,200.

"Pemberian BR1M ini juga akan diagihkan kepada golongan bujang. Kalau gula naik 34 sen banyak mana kita pakai gula sebulan, habis banyak dua kilogram cuma 68 sen. Yang kita nak beri ini melalui BR1M, bantuan persekolahan dan buku baucar jauh lebih besar daripada itu," katanya.

sumber dipetik dari:-http://www.sinarharian.com.my/

Hampir 6 juta terima BR1M esok

KUALA LUMPUR - Dengan matlamat meringankan kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah, kerajaan akan menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada hampir enam juta penerima yang telah berdaftar setakat ini.   

Sumber-sumber berkata, pemberian itu melibatkan perbelanjaan kira-kira RM3 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan majlis pelancaran penyerahan BR1M 2014 peringkat kebangsaan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini esok.

Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 manakala individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan juga dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Sumber itu berkata bantuan mampu diberikan kepada rakyat hasil langkah-langkah kerajaan membangunkan ekonomi negara ke arah landasan yang kukuh.

Jumlah penerima BR1M pada 2012 adalah lebih empat juta orang melibatkan perbelanjaan lebih RM2 bilion manakala pada tahun 2013 seramai hampir tujuh juta penerima dengan perbelanjaan hampir RM3 bilion.

Menurut sumber itu lagi, langkah-langkah kerajaan itu terbukti berkesan daripada beberapa petunjuk ekonomi yang dicatat pada tahun lepas (2013) seperti pelaburan swasta sebanyak lebih RM1 bilion, yang merupakan tertinggi sejak lima rahun, selain jumlah pelaburan asing langsung (FDI) berjumlah RM38.7 bilion.

Petunjuk lain termasuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.7 peratus pada 2013 manakala Malaysia juga mencatat kadar inflasi rendah sebanyak 2.1 peratus pada 2013, manakala FDI pada 2013 berjumlah RM38.7 bilion, yang tertinggi dalam tempoh lima tahun.

Menurutnya, defisit fiskal pula menurun daripada 6.7 peratus pada 2009 kepada 3.9 peratus pada 2013 manakala kadarnya bagi tahun ini disasarkan 4 peratus.

Bagi tahun 2014, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM40 bilion untuk pelbagai subsidi termasuk lebih RM20 bilion untuk subsidi barangan asas seperti petrol, gas LPG, minyak masak, diesel, tepung gandum, dan beras manakala bantuan persekolahan pula berjumlah lebih RM10 bilion.

Menurutnya petunjuk-petunjuk itu menunjukkan ekonomi negara berada pada landasan yang betul dan langkah-langkah transformasi ekonomi yang dilaksanakan memberi impak.

Selain golongan berpendapatan rendah, golongan pertengahan juga banyak mendapat manfaat daripadanya. - Bernama

Friday, 21 February 2014

Gambar Azhar Wahab Mewah & Kaya-Raya Atas Penindasan Kanak-Kanak Kutip Derma Pusat Tahfiz Amal!


Gambar Azhar Wahab Mewah & Kaya-Raya : Betulllah manusia cepat berubah dan gelap mata apabila berdepan dengan dugaan wang ringgit atas nama kemewahan. Berapa ramai yang “tumbang menyembah Bumi” kerana tidak mampu berdepan dugaan seperti ini sehingga sanggup melakukan apa sahaja asalkan impian dan hasratnya tercapai, waima mempergunakan kanak-kanak sekalipun.

Jikalau sebelum ini, Berita Semasa ada kongsikan (SEPERTI DI SINI) kalangan pekerja-pekerjanya yang terdiri daripada kanak-kanak kecil bekerja-keras siang dan malam bagi mencapai…KPI yang telah disasarkan oleh pengetua Tahfiz Amal Kedah ini, Azhar Wahab.

Selepas ini kalangan pembaca Berita Semasa boleh lihat dan nilaikan sendiri gambar-gambar kemewahan SM Amin @ nama sebenarnya Azhar Wahab yang hidup mewah dengan hasil penghambaan kanak-kanak menjual produknya di stesen minyak, kedai makan, RNR, sekitar bank dan pendek kata mereka ini ada dimana-mana sahaja sehingga berlarutan ke larut malam.

Koleksi Gambar Azhar Wahab Hidup Mewah


Dan, Berita Semasa dimaklumkan Kerajaan Negeri Kedah telah pun mengarahkan Pusat Tahfiz Amal, Kedah ini di bawah pengasas Azhar Wahab ini ditutup .

Bermaknanya di sini, jika selepas ini anda masih lagi didekati dan dikunjungi kalangan yang meminta derma atas nama Pusat Tahfiz Amal, Kedah ini (pengasasnya Azhar Wahab), hentikan menghulur! Cukuplah sekadar anda membelikan makanan dan minuman untuk mereka.

Tatkala kanak-kanak bawah umur dipaksa memasarkan produknya & menjual agama untuk kutip derma, Azhar Wahab dengan sewenang-wenangnya hidup dengan hasil kekayaan haram itu.

P/S : Jadi, adalah wajar masyarakat sebarkan maklumat penipuan ini supaya menjadi pengajaran kepada yang lain dan hentikan memberi derma kepada manusia kaki joli ini dnegan harapan tiada lagi jelmaan “Azhar Wahab @ SM Amin” yang seterusnya selepas ini.

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/

Bayaran BR1M 2014 : Pembayaran BRIM Masuk Bank Bermula 20 Februari 2014. Sila Semak!


Bayaran BR1M 2014, Pembayaran BRIM : Jikalau berdasarkan laporan berita (SEPERTI DI SINI), bayaran BR1M masuk bank bagi mana-mana yang telah melakukan kemaskini akaun bank akan mula menerima pembayaran BR1M bermula 22 Februari 2014. Walaubagaimanapun….

Berdasarkan semakan Berita Semasa, bermula sekitar 10 malam tadi kalangan penerima BR1M yang layak telah pun mula menerima bayaran BRIM melalui akaun bank mereka. Berita Semasa telah dimaklumkan melalui penjelasan Kementerian Kewangan, memang benar bayaran BR1M telah bermula sejak malam tadi seawal 20 Februari 2014 dengan nilai sejumlah RM300 melibatkan golongan bujang.

Manakala untuk isi rumah berkahwin, pembayaran BRIM bermula seperti yang dirancang iaitu 22 Februari 2014. Semuanya dilakukan bagi mengelakkan kesibukan sistem :

Tarikh Pembayaran BR1M 2014 : Bayaran BRIM Masuk Bank

  1. Bujang : Bermula seawal 10 malam 20 Februari 2014
  2. Isi Rumah Berkahwin : 22 Februari 2014
bayaran br1m

Semakan Bayaran BR1M 2014 : Pembayaran BRIM Masuk Bank

Jika anda mahu melakukan semakan, anda boleh lakukannya dengan cara (KLIK SINI) ataupun (SEPERTI DI SINI). Seperti, jikalau yang tidak menerima semalam, boleh melakukan semakan bayaran BR1M hari ini. Nantikan giliran anda.

P/S : Semoga pembayaran BRIM 2014 kali ini dapat membantu sedikit membantu anda sebulan dua ini, bagi membayar tunggakan saman trafik, bil-bil Astro, Elektrik, Internet, barangan anak-anak kecil anda dan sebagainya. Bagaimana pula dengan anda, ada yang sudah menerima bayaran BR1M 2014?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/bayaran-br1m-brim-masuk-bank

Thursday, 20 February 2014

Daftar Borang E-Kasih Online & Semakan Bantuan E Kasih 2014


Pendaftaran Borang E-Kasih Online Malaysia Jabatan Kebajikan Masyarakat online. Permohonan E-Kasih online merupakan bantuan untuk tolong keluarga miskin dan basmi kemiskinan tegar dinegara ini.

eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

Pendaftaran Borang e-Kasih / Borang Lapor Kemiskinan

Sekiranya tuan/puan mempunyai apa-apa maklumat berkaitan kemiskinan, sila masukkan maklumat tersebut untuk semakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.
Sila layari atau klik borang

Semakan Bantuan E-Kasih Online Malaysia

Untuk melakukan semakan bantuan e-kasih online, anda boleh layarinya dnegan cara klik link seperti di bawah ini :
sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/

(BONGKAR) Azhar Mahab Pengetua Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah Penipu. Sebarkan!

Azhar Wahab, Pengasas Pengetua Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah Penipu : Orang Malaysia terkenal dengan sikap pemurah. Cepat menghulur bantuan melihatkan kesusahah orang lain walaupun yang datang meminta bantuan, tidak tahu “asal-usulnya”. Malangnya….

Malangnya keprihatinan rakyat Malaysia telah disalahguna oleh golongan yang sanggup mengambil kesempatan dengan memperhambakan anak yatim bagi memuaskan misi mengaut kemewahan dengan cara mudah dan juga keji. Inilah yang dilakukan Azhar Wahab, pengasas Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah.
Azhar Wahab inilah yang mengumpul & mengaut keuntungan duit anda-anda semua yang prihatin semasa menghulur bantuan & derma.

Azhar Wahab, Pengasas Pengetua Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah Senang Lenang VS Pelajar Sengsara

Anak Yatim di bawah kendalian Azhar Wahab, Pengasas Pengetua Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah ada sahaja di mana.
  • Stesen Minyak
  • Kedai Makan
  • Dan di merata-rata tempat sehingga ke lewat malam tanpa pengawasan
Berusaha memenuhi tuntutan nafsu serakah pengasas Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah, Azhar Wahab bagi mencapai sasaran kutipan yang dikehendaki setiap hari. Akhirnya kanak-kanak dan anak yatim ini digunakan sewenang-wenangnya.
Setiap hari buat kutipan? Jadi bila masa mereka ke sekolah, belajar? Bila masa mereka mengaji dan manghafaz? Pernah ada seorang hamba Allah soal mereka dengan memberi ayat lazim yang mudah pun pun tak hafal. Kata Pusat tahfiz Amal Yan Kedah. Erm…..

Gambar Azhar Mahab Pengetua Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah & “Kanak-kanak Suruhannya”


Nasihat Berita Semasa, jikalau berjumpa dengan mana-mana kanak-kanak yang kutip derma termasuklah daripada Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah jangan diberikan duit tetapi hulurkan bantuan dalam bentuk makanan atau apa-apa selain daripada duit.

Individu seperti inilah yang merosakkan nama Pusat tahfiz di malaysia. memalukan dan membusukkan nama Islam. Apa respon balas anda pula?

Wednesday, 19 February 2014

Beli Rumah Lembah Klang. Berminat? Pastikan Pendapatan Isi Rumah Anda RM14,580 Sebulan!


Beli Harga Rumah Lembah Klang, Pendapatan Isi Rumah : Terbaru,  Sime Darby Property Bhd dengan kerjasama Fakulti Alam Bina Universiti Malaya telah memberikan gambaran kepada kalangan anda yang bercita-cita memiliki rumah sendiri di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan Selangor.

Di mana hasil daripada kajian yang diperolehi…. mereka,  Sime Darby Property Bhd & Fakulti Alam Bina Universiti Malaya merasakan anda perlu mempunyai purata pendapatan isi rumah sebanyak RM14,580 sebulan untuk memiliki rumah di Lembah Klang mengambil kira faktor :
  • mengambil kira trend perbelanjaan isi rumah semasa
  • harga rumah
  • kadar gadai janji.

Beli Rumah di Lembah Klang : Pendapatan Isi Rumah VS Lokasi Yang Sesuai

  1. Beli Harga Rumah di Mont Kiara – Duta Hartamas : Pendapatan Isi Rumah RM9,360
  2. Beli Harga Rumah di Nilai – Duta Hartamas : Pendapatan Isi Rumah RM9,430
  3. Beli Harga Rumah di Bukit Subang : Pendapatan Isi Rumah RM9,670
  4. Beli Harga Rumah di North Klang : Pendapatan Isi Rumah RM11,300
  5. Beli Harga Rumah di Putra Height : Pendapatan Isi Rumah RM12,190
  6. Beli Harga Rumah di Kajang : Pendapatan Isi Rumah RM12,300
  7. Beli Harga Rumah di USJ : Pendapatan Isi Rumah Rm13,320
  8. Beli Harga Rumah di Klang Valley (Lembah Klang) : Pendapatan Isi Rumah RM14,580
  9. Beli Harga Rumah di Denai Alam : Pendapatan Isi Rumah 15,160
  10. Beli Harga Rumah di Ara Damansara : Pendapatan Isi Rumah RM15,660
  11. Beli Harga Rumah di Subang Jaya : Pendapatan Isi Rumah 15,660
  12. Beli Harga Rumah di Bukit Jelutong : Pendapatan Isi Rumah RM17,130
  13. Beli Harga Rumah di Mont Kiara – Duta Hartamas : Pendapatan Isi Rumah RM20,160
  14. Bagaimana pula pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah, di mana pilihan untuk mereka?
  15. Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah, ada peluang untuk mereka memiliki rumah sendiri? (KLIK SINI PERBANDINGANNYA)
Beli Rumah baru
Berdasarkan kajian, terdapat kumpulan tertentu pembeli yang berminat untuk memiliki rumah di kawasan strategik
  • Sehingga sanggaup membayar harga 56 kali ganda daripada pendapatan isi rumah mereka. Contohnya : Pendapatan Isi Rumah RM10,000 sebulan : Harga Rumah RM560,000
  • Kumpulan ini juga mampu untuk membayar sehingga 26 peratus daripada pendapatan bulanan isi rumah untuk bayaran gadai janji.
Ini realiti yang berlaku sekarang. Bagaimana pula pada tahun 2020 kelak? Berdasarkan (KAJIAN TERPERINCI DI SINI), dijangka anda pelru memiliki pendapatan bulanan RM12,000 sebulan untuk memiliki sebuah rumah teres. Sudah bersedia?

Beli Rumah
Berita Semasa juga dimaklumkan yang mana rakyat Malaysia terutamanya pelanggan pinjaman bank perlu bersiap-sedia daripada sekarang yang mana dijangka bermula bulan hadapan, kadar faedah pinjaman dijangka akan naik.

Yang mana pinjaman bayar cantik, bakal dapat kadar istimewa manakala pinjaman yang tidak dibayar secara disiplin, akan mendapat kadar yang membebankan.

Apa pendapat anda dengan keadaan harga rumah Vs pendapatan isi rumah anda di kawasan yang tersenarai seperti di atas tadi? Munasabah?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/beli-harga-rumah-lembah-klang

MAS Rugi Lagi RM1.174 Bilion. Malaysia Airlines (MAS) Terus Ditelanjangkan Dunia! Pakar Bongar Puncanya!

Belum surut lagi dengan isu nasi lemak telanjang, kali ini Malaysia Airlines (MAS) terus ditelanjangkan kredibiliti menguruskan industri strategik negara melalui penerbangan Malaysia Airlines di mana MAS rugi lagi RM1.174 bilion bagi tahun 2013…
  • Bagi tahun kewangan 2013, Malaysia Airlines (MAS) berjaya mencatatkan perolehan RM15.1 bilion, naik 10 peratus berbanding RM13.8 bilion pada 2012.
  • Malangnya perbelanjaan Malaysia Airlines (MAS) turut meningkat 10% kepada Rm14.9 bilion
Berita Semasa sempat membuat semakan pada laporan berita AFP di mana penganalisis menemplak cara pengurusan dalam Malaysia Airlines di mana punca kerugian Malaysia Airlines (MAS) adalah disebabkan :
  1. Malaysia Airlines dilihat lemah dan tidak mampu bersaing dengan syarikat penerbangan yang lain
  2. pengurusan yang lemah
  3. perubahan kesatuan
  4. berlaku campur tangan kerajaan
  5. Ada yang mahu tambah? Kakitangan MAS sendiri?
Punca MAS Rugi
Bersambung…….sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/mas-rugi-lagi-malaysia-airlines

Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu? Semakan Bank Negara, Hai-O Securitiesnya Haram!


Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu? : Ubat yang berkajian pun satu penyakit satu sahaja fungsi ubatnya. Jikalau sakit jantung, makan ubat sakit jantung. Kencing manis, makan ubat kencing manis. tetapi dengan produk MLM, satu produk boleh rawat pelbagai penyakit.

Hebat, geleng kepala Pakar Bedah Neuro, Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah seperti yang beliau (KECAM DI SINI) melihat situasi yang di berlaku di Malaysia hari ini dengan lambakan produk MLM yang ada….

Jikalau disingkap semula sejarah di China, kalau-kalau ada yang masih ingat lagi di China sekitar tahun 1998 berlaku rusuhan yang bandar-bandar besar di China, semuanya angkara isu syarikat-syarikat MLM yang buat “pyramid-selling” – downline cari downline cari downline, dapat komisen up and up and up. Akhirnya…apa jadi?

Bisnes MLM : Beza Kawalan Negara China VS Malaysia?

China haramkan terus semua MLM, walau pun kemudiannya “direct-selling” dibenarkan pada tahun 2003. Itu pun disebabkan China mahu join WTO dan syarikat MLM lintah-darat kebanyakannya pulak semua datang daripada US, terpaksa jugalah China mengalah pasal isu ini.

Rakyat China sehingga ke hari ini cukup gerun dan ketakutan untuk buat skim piramid. Walaupun pasaran ada lebih 1 billion umat :
“a really huge market – piramid sheme almost zero!”
Siapa sahaja buat skim piramid di China, dapat tangkap dan sabit kesalahan, hukumannya tembak sampai mati – very simple? Ya….begitulah penghabisan riwayat kalangan yang cuba mengaut keuntungan hasil penipuan ke atas rakyat China sendiri.

Dan…bagaimana pula dengan di Malaysia?

Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu. Satu Lagi Skim Piramid?

Jikalau sistem perniagaan ada syarat menaja orang, dan setiap ahli yang join ada syarat yang sama (duplikasi), maka ianya jadi “pyramid-selling” apabila jumlah ahli meningkat secara eksponensial dan crash/collapse akhirnya akan berlaku bila bilangan ahli sudah mencapai peringkat tepu. Dan terbaru, rakan pembaca Berita Semasa berkongsi satu lagi skim MLm yang terbaru yang sedang hangat & semakin ramai yang terjerut dengan skim MLM ini.
Masih ingat lagi AC Mizal yang penipu itu (SEPERTI DI SINI)?
Semak satu persatu gambar-gambar di bawah ini isu melibatkan Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu ini….
Apabila bercakap mengenai MLM, Berita semasa sedih sangat terutamanya ramai bangsa melayu yang mudah terpengaruh. Pokok pangkalnya nak kaya cepat katanya. Kononnya niat suci, kongsikan pemakanan sihat sambil berbisnes dengan dijual pada harga yang sangat-sangat tidak munasabah, semuanya disebabkan skim piramidnya. Sedangkan sebenarnya produk kesihatan yang diiklankan itu tiada faedahnya melainkan sama seperti air minuman berperisa buah-buahan.
  1. Penyumbang terbesar hutang kad kredit ialah MLM yang jatuh bankrap muda-muda lagi. MLM ini memang perosak masyarakat. maaf bercakap.
  2. Dek kerana mahu mengaut keuntungan, sanggup menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan downline, dan mempengaruhi orang ramai termausklah dnegan cara menipu dan memburukkkan orang lain.
  3. Ambil kesempatan pada orang baik dan lurus
Bisnes MLM ini adalah budaya yang dibawa dari US yang mana kita tengok seperti dalam movie Stockbroker di Wallstreet/Telemarketing yang aggresif buat jualan tanpa hati perut tanpa peduli soal moral/halal haram untuk capai sasaran (mungkin bagus juga anda tonton sendiri filem Wolves of Wall Street)
Kebanyakannya produk MLM akan dinaikkan harga kepada 200%-300% daripada harga sebenar, Bukannya nak bagi orang sihat sebenarnya tetapi lebih kepada bisnes untuk bayar kalangan downline dan agen.

Orang yang join MLM ini, biasa yang Berita Semasa perhatikan:
  1. Tayang kereta & pegi melancong sahaja
  2. Tetapi belum pernah, Berita semasa tengok orang MLM tayang kereta sekali geran, rumah sekali geran? Tunjuk bayaran cukai kepada LHDN
  3. Hakikatnya ramai yang terpengaruh dengan MLM ini sebab mahu jadi kaya dengan cepat. Sebenarnya tiada jalan cepat untuk jadi kaya melainkan dengan kerja kuat berniaga produk sendiri, bukan produk orang lain. Jikalau jual produk orang lain, memang sampai ke sudah pun tidak akan kaya, yang kaya hanya 2, 3 kerat sahaja.
Contohnya di bawah ini kalangan jutawan Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu mendapatkan kemewahan & kereta mewah :

Nasihat Berita Semasa : Bisnes MLM Hai-O, Sila Tinggal Tinggalkan. Tidak Rugi Tanpa Hai-O

Akhir sekali, Berita Semasa ingin nasihatkan kepada semua, bukannya kalau boleh tetapi lebih baik tinggal Hai-O. Mengapa?
  1. Mlm terlampau lampau
  2. Berdasarkan semakan Berita Semasa dalam senarai bank negara, Hai-o adalah syarikat yang punya securities (finance) yang non syariah compliance. Maksudnya? Securitiesnya haram.
  3. Hai-O turut jual samsu. Medicated samsu yang orang ramai minum masa Chinese New Year, Deepavali dan lain-lain perayaan bukan islam. Profit samsu adalah sangat besar dan accumulated dalam group business.
Jadi renung-renungkan. Pilihan di tangan anda

P/S : Berita Semasa tidak kecam semua MLM, tetapi disebabkan mekanisme MLM inilah ramai yang menindas dan menipu orang ramai atas kehendak mahu mencapai kemewahan dnegan cara mudah dan cepat.

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/mlm-double-stemcell-scam-penipu

Tuesday, 18 February 2014

Proton turun harga ikut keperluan

KUALA LUMPUR – Kumpulan DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) sedang mengkaji dan mempertimbangkan untuk menurunkan harga beberapa model Proton lain bergantung kepada liabiliti dan ekonomi semasa.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Mohd. Kamil Jamil berkata, langkah itu diambil memandangkan DRB-Hicom mendapat respons positif daripada orang ramai setelah harga Proton Saga SV dan Proton Persona SV diturunkan mulai Mei tahun lalu.

“Proton Saga SV mencatat jualan 50,000 hingga 60,000 unit, manakala Persona SV dijual 1,000 unit pada bulan pertama selepas dilancarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina bersama komuniti Cina dan penghuni Rumah Charis di Taman Lucky di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kumpulan Hal Ehwal Korporat DRB-Hicom Berhad, Datuk Carol Chan dan pengasas Rumah Charis, Teo How Ken serta pengurusan kanan Kumpulan DRB-Hicom.

Saga SV dijual pada harga serendah RM33,438 untuk jenis manual dan RM36,438 untuk automatik, penurunan hampir RM5,000.

Cabut nyawa dek hutang

ANGGOTA polis membuat siasatan dalam kereta lelaki yang ditemui mati, semalam.

Gombak: Angkara tertekan kerana berhutang dengan along sebanyak RM300,000, seorang lelaki nekad membunuh diri dalam kejadian di hadapan rumahnya di Taman Pinggiran Batu Caves, di sini, semalam.

Mangsa Lim Wei Keong, 39, ditemui mati oleh ahli keluarganya jam 6 pagi di dalam kereta PROTON Saga miliknya selepas bapanya yang ingin keluar terkejut mendapati anaknya itu tidak bergerak.

Ibu mangsa hanya mahu dikenali sebagai Lim, 60-an berkata, sebelum kejadian, anaknya pulang ke rumah seperti biasa jam 11 malam dan tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Menurutnya, anaknya itu sempat meminta dia menyediakan secawan kopi sebelum masuk tidur menyebabkan dia tidak mengesyaki apa-apa.

“Bagaimanapun pagi ini (semalam) ketika suami saya ingin keluar untuk menjual sayur, dia mendapati kereta anak saya menghalang lorinya.

“Sebaik diperiksa, suami mendapati anak saya dalam kereta itu dengan keadaan tidak sedarkan diri ,” katanya.

Lim berkata, mereka turut menemui paip yang disumbat di dalam ekzos kereta dengan enjin masih dihidupkan.

“Kami kemudian menghubungi ambulans dan polis. Saya percaya anak saya membunuh diri kerana tertekan selepas berhutang dengan along sebanyak RM300,000.

“Dua hari lalu anak saya turut dibelasah along terbabit di kawasan perumahan kami selepas gagal membayar wang itu. Kami sendiri baru mengetahui anak berhutang selepas kejadian tempoh hari,” katanya.

Menurutnya, mereka percaya anaknya berhutang dengan along kerana ketagih berjudi kerana perniagaan menjual telefon bimbit milik anaknya itu tidak mengalami masalah kewangan.

“Kami juga tidak menemui sebarang nota bunuh diri ditinggalkannya dan masih terkejut dengan kejadian ini.

“Anak saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tujuh tahun, malah cucunya itu masih belum mengetahui bapanya sudah tiada,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan kejadian itu dan polis mengklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

sumber dipetik dari:-http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cabutnyawadekhutang/Article

Mengapa kereta Proton murah di luar negara?


SEBELUM ini, sudah banyak kali kita mendengar dakwaan harga jualan bagi beberapa model kereta keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) di luar negara dikatakan lebih rendah berbanding harga dalam negara.

Ramai penulis blog dan pengguna mendakwa kereta Proton di negara seperti Australia dan Arab Saudi dijual jauh lebih murah.

Pemeriksaan Sinar Harian menunjukkan, sebagai contoh, Proton Preve di Malaysia dijual pada harga bermula daripada RM58,921 bagi model 1.6 Executive Manual, tetapi di Australia, model sama dijual pada harga RM46,964 (atau 15,990 dolar Australia).

Namun, jika dilihat dalam laman sesawang Proton Australia, harga asal Proton Preve di Australia ditetapkan pada RM55,775 (18,990 dolar Australia) dan harga RM46,964 itu hanyalah promosi Proton di sana.

Tetapi ada pula yang mempersoalkan, jika Proton mampu memberikan harga promosi serendah itu di Australia, mengapa tidak Proton melakukan perkara sama di Malaysia yang merupakan negara pengeluar kenderaan tersebut?

Harga Proton murah kerana perlu bersaing

Bagi mendapatkan jawapan mengenai isu harga Proton yang dikatakan lebih murah di negara luar berbanding Malaysia, Sinar Harian menghubungi salah seorang pakar industri automotif untuk mendapatkan penjelasan dan pandangan beliau mengenai hal tersebut.

Menurutnya, bagi syarikat pengeluar kenderaan termasuk Proton, apa yang penting adalah keuntungan keseluruhan, di mana kereta dijual di dalam Malaysia mahupun dieksport ke luar negara mestilah secara keseluruhannya memberi keuntungan.

“Apa yang saya tahu daripada Proton, apabila kereta Proton memasuki pasaran Australia buat pertama kali, mereka perlu bersaing kerana pasaran automotif di sana lebih kompetitif berbanding pasaran Malaysia.

“Begitu juga dengan harga kereta Proton di sana, tidaklah murah sangat cuma sedikit murah daripada harga di Malaysia. Ini kerana kalau dijual mahal di Australia, Proton mungkin menanggung risiko kekurangan pembeli," katanya yang enggan dikenali.

Menurut beliau, pada peringkat permulaan, apa yang penting adalah Proton perlu menembusi pasaran automotif di Australia serta meningkatkan kesedaran pengguna terhadap jenama Proton di negara itu, menyebabkan syarikat itu perlu menawarkan promosi terbaik termasuk harga jualan yang dilihat lebih rendah berbanding di Malaysia sendiri.

Tidak tahu sama ada Proton rugi atau untung

Walaupun kereta Proton dijual dengan harga murah di luar negara, tidak boleh dipastikan sama ada pengeluar kenderaan nasional itu memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian.

"Kita tidak tahu mereka untung atau rugi kerana kita tidak tahu berapa kos pembuatan sebuah kereta. Kalau kosnya kurang daripada harga jualan (walaupun
murah), maknanya Proton boleh melihat model mana yang sesuai untuk memasuki pasaran yang telah disasarkan.

“Katakanlah penembusan pasaran kereta disasarkan sekitar RM40,000 di sesuatu negara, jadi Proton perlu tahu sama ada harga itu kompetitif atau tidak dan melihat kesedaran pengguna di negara tersebut mengenai jenamanya," katanya.

Menurut beliau, Proton sebelum ini diketahui mengeksport kereta keluarannya ke lebih 50 negara seluruh dunia tetapi di sesetengah negara itu, Proton cuma mampu menjual bilangan kereta yang sedikit.

"Jika hanya dapat jual sedikit kereta, macam mana hendak buat tawaran selepas jualan seperti perkhidmatan penyenggaraan? Ini juga tidak membantu dalam menjenamakan Proton di negara tersebut.

“Tetapi berbeza dengan pengurusan baru Proton, sekarang mereka hanya akan memasuki pasaran yang mereka rasa boleh menjual kenderaan dengan harga agak tinggi dan dengan harga tersebut, mereka juga dapat menyediakan perkhidmatan selepas jualan seperti servis kereta," katanya.

sumber dipetik dari:-http://www.sinarharian.com.my

Monday, 17 February 2014

Harga Minyak Naik Lagi RON97 2014 Sebanyak 5 sen. Tak Sampai Sebulan Naik 10 sen!


Harga Minyak Naik Lagi RON97 2014 : Dilaporkan kepada Berita Semasa minggu lepas jelas kelihatan orang Singapore kebanyakannya isi minyak RON97, tetapi ada juga menggunapakai minyak RON95 (SEPERTI DI SINI). Kata orang, minyak RON97 ini untuk orang kaya? Betulkah?

Penggunaan minyak petrol di atas bumi yang telah dilimpahkan dengan emas hitam pun ada dipecah-pecahkan kumpulan yang boleh menggunapakai minyak yang berkualiti atau tidak
  • Ada kereta hebat, duit lebih boleh pakai minyak yang berkualiti seperti minyak RON97
  • Ada kereta biasa-biasa, pendapatan pun biasa-biasa boleh menggunakan minyak RON95 yang kurang kualitinya
Sedangkan minyak RON97 inilah yang pernah kita gunakan sebelum ini (KLIK SINI UNTUK BACAAN). Tetapi sekarang tidak lagi…..minyak untuk rakyat marhaen hanya sesuai bagi minyak RON95.

Harga Minyak Naik Lagi RON97 2014 Menjadi RM2.85 Seliter

Minyak RON97 Naik
Hakikatnya sekarang ini, tanpa dimaklumkan kepada rakyat Malaysia harga minyak RON97 naik 5 sen menjadi RM2.85. Tidak sampai sebulan harga minyak RON97 telah naik sebanyak 2 kali. Sebelum ini pada 8 januari 2014 telah naik 5 sen menjadi RM2.80.

P/S : Minyak petrol RON97 ini sudah menjadi barang premium

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/harga-minyak-naik-lagi-ron97-2014/

Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014. Peluang Kedua Untuk Anda Dapat RM650 & RM300

Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014 : Jadual pembayaran Br1m 3.0 2014 akan bermula 22 februari 2014 ini (SEPERTI DI SINI). Dan yang mana tidak memiliki akaun bank, pastinya kaedah konvensional masih lagi terpakai, dengar ucapan daripada kalangan ADUN & Ahli Parlimen dan terima baucar BR1M 3.0 2014. Walaubagaimanapun…

Walaubagaimanapun kepada yang tidak berjaya nanti, andaikata apabila semakan keputusan BR1M 3.0 2014 menunjukkan anda gagal, terbaru menerusi kenyatan Lembaga hasil Dalam Negeri (LHDN), anda boleh menghantar permohonan rayuan BR1M 3.0 2014 dan LHDN bersedia untuk mempertimbangkan semula permohonan anda.

Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014

  1. Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan untuk menghantar permohonan rayuan BR1M 3.0 2014
  2. Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  3. Selepas individu terbabit mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonan rayuan Br1M 3.0 2014 untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan.
  4. Pembayaran Br1M 3.0 2014 akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M 3.0 diluluskan.
Pastinya dengan ledakan kenaikan kos sara hidup hari ini terutamanya melibatkan rakyat malaysia yang tinggal dan di kawasan bandar, permohonan rayuan BR1M 3.0 2014 andaikata dapat diluluskan sekurang-kurangnya dapat menampung penurunan belanja boleh guna (disposable income) rakyat Malaysia hari ini setiap bulan.

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/permohonan-rayuan-br1m-3-0-2014