Skim Myhome Pinjaman Beli Rumah :
Sekarang ini, kepada kalangan anda yang merancang beli rumah pertama
kerajaan ada menyediakan skim pinjaman untuk anda bagi memudahkan anda
beli rumah yang mana dipanggil….Skim MyHome.
Butiran Skim MyHome Pinjaman Beli Rumah Pertama?
- Kerajaan menawarkan bantuan kewangan sehingga maksimum RM30,000 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan & RM6,000 untuk beli rumah pertama
- Skim MyHome terbuka kepada pembeli rumah pertama dengan pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah dan maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
- Skim MyHome akan membantu anda yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
- Contohnya, kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim Myhome ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan
- Skim Myhome bernilai RM300 juta
Ya….Berita Semasa akui ia sesuatu usaha
kerajaan bagi meringankan rakyat Malaysia beli rumah pertama sekaligus
memiliki kediaman dan rumah sendiri pada masa akan datang. Cuma, Berita
Semasa khuatir langkah ini akan menyebabkan pemaju mengambil kesempatan meletakkan harga rumah pada harga tinggi disebabkan pinjaman mudah yang ditawarkan kerajaan. Mungkin?
Pada pandangan Berita Semasa
pula, langkah sebegini nampak idea yang baik. Tetapi RM30,000 bagi SKim
Myhome itu tetap pinjaman beli rumah, bukannya subsidi daripada
kerajaan. Sebenarnya..kawalan harga rumah daripada pihak kerajaan adalah
lebih baik dari memberi bantuan pinjaman ini semata.
Apa respon balas anda pula dengan skim Myhome ini?
sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/skim-myhome-pinjaman-beli-rumah
No comments:
Post a Comment