Friday, 26 September 2014

Ranking Tanah Rizab Melayu Tergadai & 88% Telah “Dirogol” di Malaysia. Kelantan Tertinggi, Penang & Putrajaya Habis!

Ranking Tanah Rizab Melayu Tergadai & 88% Telah “Dirogol” di Malaysia. Wasiat Raja-Raja Melayu Tidak Dipedulikan! Berita Semasa sekali lagi ingin mengatakan yang kami sama sekali tidak menolak pembangunan. Tetapi biarlah berpada. Jangan dihidangkan lambakan duit di “depan mata” yang membuat keputusan terus terketar-ketar luatut sehingga hilang pertimbangan melepaskan amanah yang diberikannya kepadanya diberikan kepada orang luar.

Rasanya semuanya sudah sedia maklum yang mana tanah di Malaysia begitu mudah terlepas dan diperdagangkan kepada “orang luar” jikalau mahu dibandingkan syarat yang begitu ketat dibandingkan negara jiran kita Malaysia. Contoh? Contohnya (KLIK DI SINI).

Apabila baru-baru ini didedahkan yang mana tanah rizab melayu tergadai sehingga tinggal 12% sahaja, ramai pemimpin terkejut. Ha? Menteri besar _______ terkejut, Ketua Menteri ________ terkesima, Menteri Besar ________ ini pun terperanjat. Terperanjat? Ermmm…..

Statistik Sejarah Tanah Rizab Melayu di Malaysia?

  1. Daripada 3.1 juta hektar yang British tinggalkan kepada orang Melayu pada tahun 1931
  2. Ditambah dengan Wasiat raja-raja Melayu semasa pembentukan Perlembagaan Perse­ku­­tuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 menetapkan nisbah 50 peratus tanah di negara ini diperuntukkan kepada Tanah Rizab Melayu.
  3. 12.9 juta hektar adalah keseluruhan keluasan tanah semenanjung Malaysia tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka.
  4. Tanah Rizab melayu pernah hanya tinggal 1.30 juta hektar (9.9%) sahaja pada tahun 1983.
  5. Terkini tinggal pada tahun 2014, 12% sahaja tanah rizab Melayu
  6. 88% tanah rizab melayu telah hilang dan tergadai bersama-sama “habuan” masing-masing
  7. Akhirnya, masing-masing telah tersadai kekenyangan
KLIK SINI : Baca Peringatan Sultan Selangor Mengenai
Tanah Rizab Melayu Daripada 3 Juta Hektar Semakin Terhakis?
 
Berdasarkan semakan berita Semasa terhadap statistik yang disediakan oleh Pejabatan tanah & Galian (PTG) dan juga Bahagian Tanah, Ukur dan Pemetaan (BTUP) memperolehi ranking tanah rizab Melayu di malaysia mengikut keluasan yang tinggal pada ketika ini :

Ranking Tanah Rizab Melayu di Malaysia 2014 Mengikut Negeri

  1. Kelantan
  2. Kedah
  3. Perak
  4. Pahang
  5. Johor
  6. Melaka
  7. Negeri Sembilan
  8. Selangor
  9. Perlis
  10. Kuala Lumpur
  11. Terengganu
  12. Putrajaya
  13. Pulau Pinang
Kelemahan pengurusan di peringkat kerajaan negeri adalah punca utama di mana Tanah Rizab Melayu tidak diganti semula selepas dilupuskan statusnya. Jadi apabila diedahkan statistik dan data terkini melibatkan jumlah tanah rizab Melayu yang tergadai ini, adalah pihak-pihak yang “bertanggungjawab” untuk mengganti semula?

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

Thursday, 25 September 2014

Proton Iriz RM42,438

PROTON Iriz ditawarkan dengan harga bermula RM42,438 hingga RM62,888 seunit.

Tanjung Malim: Proton Holdings Bhd (Proton) yang sebelum ini menamakan model terbarunya sebagai Proton Compact Car (PCC) akhirnya mengumumkan secara rasmi nama model berkenaan sebagai Iriz dengan tawaran harga bermula RM42,438 hingga RM62,888 seunit.

Iriz yang mempunyai nilai pelaburan RM560 juta itu dijangka menjadi penyumbang majoriti kepada 160,000 unit jualan keseluruhan model kenderaannya tahun ini.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rekod itu dapat dicapai bersandarkan tempahan Iriz sejumlah 17,000 unit sejak ia dibuka kira-kira dua minggu lalu dan penghantaran pertama pada pertengahan Oktober ini.

Beliau berkata, Iriz juga akan menjadi faktor peningkatkan jualan bulanan Proton yang sebelum ini mencatatkan 16,000 unit sebulan namun sedikit menurun berikutan beberapa perkara.

"Iriz adalah model terbaru Proton yang mempunyai ciri terbaik dari segi reka bentuk dan teknologinya serta mendapat pengiktirafan daripada Program Penilaian Kereta Baru Asean (Asean NCAP).

"Malah, dari segi keselamatan juga Iriz mempunyai standard yang tinggi setara dengan kehendak pasaran ekpsort global dan kita percaya ia akan membantu meningkatkan keuntungan syarikat tahun ini," katanya pada pelancaran Iriz di sini, hari ini.

sumber : http://www.hmetro.com.my/
Oleh Hafiz Ithnin

Agihan pendapatan AS1M 6.60 sen seunit

AHMAD Sarji Abdul Hamid (kiri) bersama Hamad Kama Piah Che Othman memegang plag pengumuman agihan pendapatan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham 1 Malaysia (AS1M) sebanyak 6.60 sen seunit berbanding 6.70 sen tahun lalu bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2014.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM664.22 juta, 13 peratus lebih tinggi daripada jumlah pembayaran tahun sebelumnya berjumlah RM587.77 juta.

Katanya, pengagihan pendapatan berkenaan akan dimanfaatkan oleh seramai 376,631 pemegang unit yang telah melanggan 10.22 bilion unit AS1M. "Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan AS1M," katanya pada majlis pengumuman pengagihan pendapatan AS1M di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Pembayaran pengagihan pendapatan tabung AS1M akan dilaksanakan melalui pelaburan semula yang akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun para pemegang unit pada 1 Oktober ini.

Semua urus niaga bagi tabung AS1M di pejabat dan ejen-ejen ASNB akan ditangguhkan mulai 25 hingga 30 September ini. Para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan AS1M masing-masing mulai 1 Oktober ini. Dalam perkembangan lain, Hamad Kama Piah berkata, kerja-kerja pemasangan cerucuk Menara Warisan Merdeka yang sedang dijalankan ketika ini berada pada tahap 35 peratus dan dijangka siap pada suku ketiga 2015.

"PNB sedang menilai senarai kontraktor yang memohon dan tender bagi kontrak projek ini akan diagihkan pada suku akhir tahun ini," katanya.

sumber : http://utusan.com.my/

Wednesday, 24 September 2014

PNB agih RM664.22 juta pendapatan bagi AS1M

PERMODALAN Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak RM664.22 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2014 kepada 376,631 pemegang unit Amanah Saham 1Malaysia (AS1M).

Peruntukan bagi pengagihan pendapatan ini adalah 13 peratus lebih tinggi dari tahun sebelumnya dan diberi pada kadar 6.60 seunit.

Pengerusinya Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata sehingga 22 September 2014 tabung AS1M telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM787.23 juta, dengan keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM436.89 juta atau 55.5 peratus.

"Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat pula menyumbang sebanyak RM231.45 juta atau 29.4 peratus kepada jumlah pendapatan kasar tersebut," kata Ahmad Sarji kepada media ketika mengumumkan pengagihan pendapatan AS 1Malaysia di sini.

Beliau berkata sebanyak RM118.89 juta atau 15.1 peratus diperoleh melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan.

Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata kumpulan tersebut mempunyai kapasiti untuk mengagihkan pendapatan pada kadar 8.40 seunit.

"Akan tetapi, pihak pengurusan telah bersetuju untuk mengagihkan pendapatan pada kadar 6.60 seunit bagi memastikan pulangan berterusan kepada pemegang unit AS1M," kata beliau pada sidang media.

Menyentuh mengenai Amanah Saham Bumiputera (ASB) 2 yang dilancarkan pada April tahun ini, Hamad Kama Piah berkata sebanyak 1.22 billion unit dari 10 billion unit telah dilanggan oleh 60,941 pemegang unit saham sehingga kini.

"Kami akan mempromosikan ASB2 di Sandakan pada minggu hadapan," katanya lagi.

Mengenai Menara Warisan Merdeka, beliau berkata pembinaan asas dan cerucuk kini telah mencapai 35 peratus dari keseluruhan pembinaan asas bangunan mercu PNB tersebut.

"Pembinaan asas dijangka siap pada suku ketiga tahun 2015 dan pihak PNB sedang meneliti kontraktor yang telah menunjukkan minat kepada projek tersebut.

"Penilaian terhadap kontraktor sedang dijalankan dan kami akan umumkan keputusan tender pada suku terakhir tahun ini," katanya lagi. - Bernama

sumber : http://www.sinarharian.com.my/

Kenaikan Gaji 2015 Naik Untuk Kakitangan Awam (RM500 Kakitangan Sokongan) & (RM1000 Pegawai Kerajaan)?

Hebat dunia media sosial hari ini, boleh meramal masa depan yang belum pasti kunjung tiba. Daripada malam tadi, sehinggalah ke awal pagi ini Berita Semasa menerima bertalu-talu email daripada pembaca Berita Semasa mengenai kesahihan kononnya tersebar berita kenaikan gaji kakitangan awam 2015 di media sosial seperti….Facebook dan di Twitter.

Bertambah hebat lagi & terkejut apabila Berita Semasa melihatkan tawaran angka kenaikan gaji 2015 untuk kakitangan awam :

Butiran Khabar Angin Berita Kenaikan Gaji 2015 Naik Untuk Kakitangan Awam :

  1. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dikatakan semalam telah mengumumkan akan berlakunya kenaikan gaji 2014 naik untuk kakitangan kerajaan bermula 1 Januari 2015. Semalam Perdana Menteri umumkan? Ermmmm….
  2. Kadar kenaikan gaji 2015 naik untuk penjawat awam adalah RM500 (semua kakitangan sokongan) & RM1000 (untuk pegawai kerajaan)
  3. Elaun risiko untuk kakitangan awam sebanyak RM300
  4. Kerajaan Malaysia dikatakan mahu melaksanakan sistem Band to Band 7 andaikata situasi mendesak dek kerana pelaksanaan GST 6% bermula April 2015
  5. Yang menariknya, pengumuman kenaikan gaji 2015 naik untuk kakitangan awam ini telah disahkan Ketua Setiausaha Negara (KSU) dalam mesyuarat kabinet pada semalam. Hebat…..pembawa dan penyebar berita ini
  6. Usul melibatkan pembentangan kertas kerja antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs bertarikh 21 September 2014 dikatakan telah diluluskan kononnya
  7. Dan…..dikatakan berita kenaikan gaji 2015 naik utnuk kakitangan awam ini telah pun disahkan sendiri oleh Presiden Cuepacs
Erm….beginilah Berita Semasa berasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan dan penyebaran berita seperti ini yang sedang meluas pada ketika ini sehingga menimbulkan banyak kebaikan dan keburukan.
Hakikatnya, selepas semakan Berita Semasa terhadap wakil Cuepacs dan juga wakil JPA mengesahkan berita kenaikan gaji naik 2015 untuk kakitangan kerajaan adalah tidak benar sama sekali. Jabatan Perkhidmatan Awam tiada pekeliling baru berkaitan hal yang bakal dikeluarkan mereka.

kenaikan gaji 2015 naikUntuk pengetahun semua, datuk Najib Razak bersama-sama delegasi menteri-menteri luar dari seluruh dunia sekarang ini berada di New York, Amerika Syarikat selama tempoh 9 hari lamanya di sana bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekaligus menyampaikan ucaptamanya pada 26 September 2014 ini. Masakan boleh tersebar berita tidak bertanggungjawab seperti ini?

Jika anda mahu berita terkini mengenai pemberian bonus Bajet 2015 untuk kakitangan awam, nantikan sahaja laporan berita Semasa daripada masa ke semasa….seperti berita & informasi awal yang diperolehi sebelum ini oleh kalangan 1.4 juta kakitangan awam semasa pembentangan Bajet 2014 sebelum ini (SEPERTI DI SINI).

P/S : Walaubagaiamanapun apa harapan kakitangan awam menjelang pembentangan Bajet 2015 Malaysia kali ini?

Tuesday, 23 September 2014

Kadar Kemiskinan di Malaysia Telah Turun 58.7% Menjadi 1.7% Sahaja. Bakal Sifar Tahun 2015?


(Pendapatan Perkapita Malaysia Juga Turut Naik 16.7% Kepada RM33,385) di mana angkanya dan statistiknya dibentang oleh Ahmad Husni Hanadzlah.
Dan yang terbaru, Tan Sri Muhyiddin Yaasin juga turut tidak mahu ketinggalan berkongsian kegembiraannya dan “kejayaan menakjubkan” kerajaan Malaysia dalam usaha membasmi kemiskinan yang terus menghimpit anda di Malaysia pada ketika ini.
“Nak basmi kemiskinan bukan mudah. Orang boleh kata ini biasalah dah jadi tugas kerajaan tapi banyak negara dunia yang merdeka lebih dahulu tidak berjaya selesaikan kemiskinan rakyat.
“Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu meletakkan sasaran tahun 2015 agar kemiskinan dunia dapat diatasi tetapi hampir semua negara tidak tercapai kecuali Malaysia,” kata Muhyiddin.

Sejarah Prestasi & Usaha Basmi Kadar Kemiskinan Di Malaysia

  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1957 : 60%
  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1970 : 49.3
  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1976 : 42%
  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1990 : 17%
  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1995 : 8.9%
  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 2007 : 5.7%
  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 2014 : 1.7%
Pasti ada yang tertanya formula apa yang digunakan oleh kerajaan malaysia pada ketika ini bagi mengira kadar kemiskinan di Malaysia?

Berdasarkan semakan Berita Semasa, contohnya berdasarkan paras kemiskinan di US US$15.15 (US$60.60 untuk setiap hari bagi 4 ahli keluarga). Jika lepas daripada paras yang ditetapkan, maka anda tidak tersenarai dalam statistik tersebut.

Setiap negara ada paras dan kadar kemiskinan kemiskinan yang telah ditetapkan oleh Bank Dunia. Ada yang menemplak mekanisme yang digunapakai oleh Bank Dunia, yang mana ada yang melihat paras yang diletakkan terlalu tinggi, dan ada juga yang melihatkan kadar yang ditetapkan terlalu rendah pula. Sedangkan mereka merasakan tahap dan kadar kemiskinan yang ditetapkan pada ketika ini sebenarnya tidak menggambarkan kehidupan sebenar di setiap negara yang mereka didiami.

Garis Paris Kemiskinan di Malaysia Semenanjung Malaysia VS Sabah VS Sarawak

Bagaimana pula paras dan garis kemiskinan di Malaysia terkini yang telah ditetapkan di peringkat kebangsaan?
  • Pendapatan bulanan minimum isi rumah di Semenanjung Malaysia :RM760
  • Pendapatan bulanan minimum isi rumah di Sabah : RM1,050
  • Pendapatan bulanan minimum isi rumah di Sarawak : RM910
Walaubagaimanapun, ahli akademik seperti Ketua Felo Penyelidik di Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Denison Jayasooria mahukan garis kemiskinan di Malaysia dirombak semula bagi mendapatkan angka yang lebih realistik terutamanya masalah kemiskinan bandar yang terus menghimpit kalangan anak muda dan yang mula berkeluarga tinggal di bandar-bandar besar ini.Apatah lagi melihatkan pendapatan yang diterima tidak seimbang dengan perbelanjaan mereka. Apa pula respon anda?

Monday, 22 September 2014

Lupa bayar gaji?

SATU tepukan gemuruh untuk penyanyi Melayu kita Shila Amzah yang berjaya membuat konsert besar baru-baru ini. Ialah bukan calang-calang penyanyi Melayu kita mendapat tempat di hati peminat berketurunan Cina. Apa saja ulasan yang diberi, Aida tetap menyokong perjalanan karier Shila Amzah meskipun entah dia baca atau tidak penulisan ini.

Bagaimanapun dalam berlawan kata dengan beberapa orang rakan, Aida terdengar cerita mengenai nasib seorang pengurus acara yang sebelum ini diberi tanggungjawab menguruskan konsert terbesar Shila itu. Dia diarah menarik diri dengan alasan tidak mampu menguruskan media Melayu. Pengurus acara itu juga ditempelak kerana gagal memastikan tulisan disiarkan dalam setiap akhbar.

Setahu Aida pengurus acara ini bukan setahun jagung pengalaman dalam industri. Artis yang pernah diuruskan rasanya ada yang lebih berjaya daripada Shila. Bertindak profesional pengurus acara ini bersetuju untuk menarik diri, iya lah bukan kerja dia mahu terhegeh-hegeh.

Baginya lebih penting dia menjaga hubungan dengan pihak media memandangkan kerjanya lebih mementingkan hubungan yang baik dengan semua pihak. Bagaimanapun khabar yang disampaikan dekat Aida memang pengurus acara ini terkilan cara pengurusan baharu konsert Shila terbabit.

Rupanya kes itu tidak hanya di situ. Setelah sekian lama menunggu, sehingga ke hari ini pengurus acara itu masih belum dapat bayaran terakhirnya daripada pihak pengurusan Shila Amzah. Kata kawan Aida, memang pengurus acara ini tidak akan meminta sedekah, tapi faham-faham sendirilah, kalau sudah pakai khidmat orang, haruslah dibayar.

Aida tidak rasa pihak Shila Amzah ingin lupa tentang bayaran ini jika membandingkan persembahan gilang gemilang yang berlangsung itu, pastinya pihak mereka sedia membayar. Sabar menanti lah tuan pengurus acara ya, kalau ada rezeki tidak lari.

Nota Lutut : Jangan biasakan diri ambil hak orang, hidup tak berkat.

sumber : http://utusan.com.my/utusan/Hiburan/

Aiskrim buatan Muslim

MENYEDARI kurangnya syarikat Muslim yang menjual aiskrim di pasaran tempatan, Ruslina Mohd Lazim, mengambil langkah memperkenalkan ais krim jenama ParaBella.

Berdiri di bawah syarikat Bumimasa Sdn Bhd aiskrim ParaBella kini sudah dua tahun berada dalam pasaran tempatan sejak Februari 2012.
Ruslina juga merupakan Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Bumimasa berkata, ParaBella di sasarkan kepada golongan Muslim dalam menyediakan ais krim yang di jamin halal.
“Di awal perniagaan kami melaburkan sebanyak RM500,000 bagi menyediakan dua jenis variasi ais krim iaitu ais krim premium dan biasa termasuk dengan mesin memproses ais krim.

“Buat masa ini aiskrim ParaBella boleh didapati di rangkaian kedai runcit Melayu Muslim Az-Zain seluruh negara dan kedai runcit Islam lain di sekitar Lembah Klang,” katanya ketika ditemui semasa Halal Fiesta Malaysia (Halfest) 2014 di Seri Kembangan, baru-baru ini.

Ditanya mengenai permintaan orang ramai, Ruslina berkata, buat masa ini permintaan pelanggan meningkat dari semasa ke semasa terutamanya dari Kuala Lumpur dan Selangor.

“Tetapi kami tidak mampu memenuhi permintaan tersebut memandangkan pengeluaran dan logistik kami agak terhad buat masa ini.

“Oleh itu kami turut menyediakan pakej runcit kepada peniaga untuk meletakkan peti sejuk aiskrim ParaBella di kedai mereka,” katanya.
Ruslina turut menambah permintaan aiskrim ParaBella di lihat meningkat sedikit rentetan isu boikot oleh pengguna Muslim kebelakangan ini.

“Mungkin pengguna sekarang semakin sedar bahawa masih ada produk buatan Muslim di luar yang terjamin halal dan selamat untuk dimakan serta membantu sesama Muslim,” katanya.

Bagi aiskrim premium ParaBella boleh didapati melalui enam perasa seperti vanila, coklat dan lain-lain pada harga RM2 setiap sudu menggunakan kon, manakala bagi aiskrim biasa pada harga bermula RM1 hingga RM2.50.

Bumimasa juga sedang melakukan kajian dan penyelidikan (R&D) dalam menyediakan aiskrim berperisa durian bagi pasaran eksport.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/
oleh :

Review Pegasus Bullion Malaysia SCAM & Penipu? Azizi Ali Pakar Kewangan & Hartanah Tempelak Sistem Pegasus Bullion!

Review Pegasus Bullion Malaysia SCAM & Penipu? Azizi Ali Pakar Kewangan & Hartanah Tempelak Sistem Pegasus Bullion : Skim Cepat kaya datang dan pergi. Diubah sedikit sebanyak modus operandi yang ada, dengan harapan ramai lagi rakyat Malaysia yang terjerat.

Apatah lagi dengan….kenaikan kos sara hidup dan kenaikan inflasi di malaysia sekarang ini, ramai rakyat Malaysia yang terus teraba-raba tempat bergantung untuk menampung kehidupaan seharian apatah lagi menambah pendapatan bulanan mereka.
Tetapi Berita Semasa suka untuk ingatkan kepada diri kami sendiri dan juga pembaca Berita Semasa yang lain di sini supaya kita sudah pun sekarang telah menginjak ke alaf yang baru, usahlah berfikiran zaman dahulu lagi. Bangkilah. Ingatlah!
“Bukan Senang Nak Senang, Bukan Susah Nak Susah”
KLIK SINI : Kadar Inflasi di Malaysia 2014 Melonjak Tinggi Kepada 3.4% (Tertinggi Dalam 9 Bulan)? Bersiap Sedia Rakyat Malaysia!
Setakat ini, apa yang Berita Semasa perhatikan masih orang kita cukup goyah dengan 2 benda ini. Yang pertamanya :
  • Skim Cepat Kaya
  • Ajaran Kaya

Skim Pegasus Bullion Penipu & SCAM : Nasihat Azizi Ali Kepada Downline & Pelabur!

Pegasus Bullion penipu
Kali ini yang ingin Berita Semasa sentuh adalah perkongsian yang terbaik daripada Azizi Ali Jutawan Hartanah & Pakar Kewangan mengenai satu skim cepat kaya MLM (Pegasus Bullion) di Malaysia apabila melihatkan semacam sudah ada trend yang mana apa sahja perlukan mencari downline untuk mengkayakan & menampung kehidupan mewah orang atas (upline). Tetapi kali bertopeng urusniaga emas :

Berikut adalah jawapan tambahan & respob balas daripada Azizi Ali :


sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

Sunday, 21 September 2014

Bapa tawar ganjaran RM5,000 cari anak gadis hilang

SEREMBAN 20 Sept. - Seorang bapa menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000 kepada sesiapa saja yang dapat membantunya menemui semula anak perempuannya yang hilang sejak 28 Ogos lalu. Muhamad Zaidi Mohamed Yunus, 42, membuat tawaran itu selepas pelbagai usaha mencari anaknya, Putri Najihah, 16, termasuk membuat dua laporan polis masih belum berhasil sehingga kini.

Katanya, dia sekeluarga berasa amat bimbang dengan keselamatan anak bongsu daripada tiga beradik itu. "Saya merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya membantu dan saya sanggup menawarkan ganjaran ini demi kasih sayang terhadap anak," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam aduan polis di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam pada 2 September lalu, Putri Najihah dipercayai dilarikan oleh seorang lelaki yang merupakan bekas pekerjanya di sebuah taman tema di Shah Alam pada kira-kira pukul 8 malam.

Katanya, pengawal keselamatan di taman tema itu telah ternampak anaknya dalam sebuah kereta jenis Proton Saga bersama dua lelaki, seorang perempuan dan kanak-kanak. Tambahnya, nombor pendaftaran kenderaan itu adalah sama dengan kereta milik bapa seorang bekas pekerjanya yang dikenali sebagai Ajoy. Muhamad Zaidi boleh dihubungi melalui talian 010-2443425.

sumber : http://utusan.com.my/utusan/

Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Dimansuhkan? Bank CIMB Urus Pinjaman Pinjaman Rumah Anda?

Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Dimansuhkan? Bank CIMB Urus Pinjaman Pinjaman Rumah Anda? Sekarang ini penjawat awam di Malaysia sudah ada berapa ramai? Secara faktanya terdapat sejumlah 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia, satu jumlah yang begitu besar nilainya untuk bank-bank komersial “teroka”. Apa maksudnya Berita Semasa?

Terdapat makluman yang Berita Semasa terima yang mana berita kurang baik seperti ini terhadap penjawat awam sebenarnya telah kedengaran sejak tahun 2012 lagi, tetapi kali ini lebih kencang di mana kemudan dan kelebihan pinjaman perumahan kakitangan awam akan distrukturkan semula apabila Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam dimansuhkan kelak. Apa? Ya….bakal dimansuhkan. Nantikan. Secara faktanya Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia adalah satu jabatan di bawah Kemnterian Kewangan.

Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia (BPP) bakal dimansuhkan digantikan dengan satu syarikat berkaitan GLC atau intitusi kewangan bagi menguruskan bahagian pinjaman perumahan untuk penjawat awam.

Kelebihan & Faedah Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Ditarikbalik?

Yang merisaukan Cuepacs sebagai badan yang menjadi penjuang dan pembela nasib kalangan 1.5 kakitangan awam adalah :
  1. mereka cukup risau andaikata (kadar faedah 4.0% peratus) yang dinikmati kakitangan awam sebelum ini melibatkan pinjaman rumah akan ditarik balik
  2. dan terpaksa mengikut corak berasaskan keuntungan institusi kewangan lain seperti bank
  3. Cuepacs merasakan cukup kesal kerana setakat ini keistimewaan bergelar penjawat awam hanyalah mendapat pencen dan gratuiti serta pakej pinjaman perumahan yang menarik. Jadi Cuepacs merasakan kemudahan dan faedah seperti ini tidak patut ditarik balik!

Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam (BPP) Diserahkan kepada CIMB

Dan, maklumat yang Berita Semasa terima langsung dari Putrajaya telah memberikan pengesahan yang mana Bahagian Pinjaman perumahan Kakitangan Awam semamangnya akan dimansuhkan dana siapa yang bakal dapat menguruskan Pinjaman perumahan kakitangan Awam selepas ini?
Bank mana lagi, tidak lain dan tidak bukan Bank adik Perdana Menteri Malaysia, CIMB. Ya…CIMB.
CIMB Bank akan ambi alih menjadi satu badan yang akan menguruskan Bahagian Pinjaman perumahan kakitangan awam. Setakat maklumat yang Berita Semasa terima syarat baru kepada kakitangan awam untuk pinjaman perumahan (rumah) selepas ini telah pun ada yang mana nilai downpayment untuk setiap harga rumah naik dan begitu juga kadar faedah pinjaman rumah kakitangan 4% (reducing balance) akan diubah kepada yang lain.

Berita Semasa difahamkan yang mana inilah salah satu cara untuk menghadkan pinjaman kakitangan awam. Yang mana CIMB akan uruskan pinjaman kakitangan kerajaan yang mana pastinya selepas ini akan masuk dalam laporan CCRiS sekaligus andaikata komitmen anda terlalu tinggi, pinjaman rumah sukar untuk diluluskan. Semuanya atas nama mengawal hutang isi rumah yang terus melonjak tinggi.

Selain daripada itu, Berita Semasa diberitahu, bank CIMB contohnya ada instrumen untuk “monitor” pembayaran pinjaman rumah anda contohnya. Sebarang tuggakan akan dikejar oleh “kaki-kaki bank” yang “cukup terlatih” mengejar peminjam.

Setuju kakitangan awam sekalian? Apa kata Anda?

P/S : Selepas Lepas Felda menjadi FGV, BPP pula akan menjadi.. ……..??(isi tempat kosong)

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/