Saturday 18 October 2014

Minimum Hantaran Kahwin Terkini 2014 RM8,000 – RM10,000. Kos Perkahwinan Tahun 2015 + GST 6%? Respon Anak Muda?

Minimum Hantaran Kahwin Terkini RM8,000 – RM10,000. Kos Perkahwinan Tahun 2015 + GST 6%? Respon Anak Muda? : Akibat segala benda naik, harga rumah naik “ibarat roket Soyuz laju ke angkasa” sehingga menyebabkan tempoh pinjaman pun dinaikan kepada tempoh yang lama untuk membolehkan peminjam jadi “mampu”. Sedangkan ia hanya kemampuan yang “artificial” sahaja.

Bukan sahaja itu….dek kerana segala kos naik, katering naik, mak andam naik, fotografi naik, segala macam naik dan tidak boleh dilupakan kos hantaran turut naik + GST 6% pada masa akan datang telah menyebabkan tempoh untuk anak muda hari ini berkahwin terpaksa dilambatkan dan dianjakkan tempohnya kepada waktu yang lebih sesuai. Bila? Biar takdir dan waktu menentukan…
Bertambah sadis lagi hari ini, apabila penentuan nilai hantaran kahwin terkini dan kemeriahan majlis perkahwinan menjadi penanda aras untuk dijadikan topik perbualan orang disekeliling. Meriah atau tidak? Grand atau tidak? Lauk majlis perkahwinan berapa jenis ada? Kambing bakar ada atau tidak? Berapa hantaran anak dia? Bla…..bla…..bla…..
Yang mana akhirnya kelak, pasangan yang baru berkahwin dan mendirikan sebuah masjid ini terpaksa menguruskan beban kewangan selepas itu. Realitinya rata-rata lebih selesa meletakkan hantaran perkahwinan yang tinggi.

Tahap Pendidikan Tinggi, Hantaran Kahwin Juga Tinggi?

Hakitkatnya hantaran itu adat, mahar itu wajib. Jadi sudah memang adat melayu agaknya suka buat majlis besar – besaran….Baru-baru tinjauan yang dilakukan ke sebuah majlis perkahwinan_________
  • Ketika itu dalam pukul 2.45 petang, makanan sudah habis
  • Apabila di tanya tuan rumah cakap makan order 1000 tetapi malangnya kad kahwin printing 1500 sudah diedarkan. Tepuk dahi Berita Semasa mendengarnya…
  • Hantaran? RM17,000……..
Namun persoalannya sekarang mengapa kos hantaran kahwin terkini terlalu tinggi kalau kenduri perkahwinan, makan pun tidak cukup. Semuanya asal dari bajet sendiri bukan?
Jangan tidak tahu, ada anak-anak yang hanya berbekalkan SPM pun hantaran perkahwinan pun sudah mencecah RM10,000. Bagi Berita semasa sendiri jadual di bawah ini perlu dirombak semula.

KLIK SINI : GST Malaysia : Kenaikan Harga Barang Naik di
Malaysia Hanya 1.8% Sahaja. Ini Jaminan Kerajaan! Berpuas Hati?

Hantaran Perkahwinan + Kos Kahwin Tahun 2015 : Berapa Belanja Selepas 6% GST?

Pihak keluarga wanita usahlah mengikut status level pendidikan untuk menentukan kadar wang hantaran. Berita Semasa pasti ramai kalangan ibubapa di sini……Usahlah membebankan kehidupan anak dan bakal menantu anda hanya kerana terpaksa tunduk kepada “kehendak dan cakap-cakap orang disekeliling”
Berdasarkan semakan Berita Semasa, hari ini :
  • 30% peratus golongan wanita yang berada dalam kelompok umur 25 hingga 29 tahun belum berkahwin
  • 25% golongan lelaki antara 30 dan 34 tahun yang masih lagi memegang status bujang.
Sehingga Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Anjli Doshi Gandhi telah tampil menzahirkan rasa kerisauannya melihatkan isu semasa berkenaan masalah perkahwinan yang berlkau hari ini di mana beliau berpandangan fenomena seperti akhirnya nanti bakal membawa implakasi kepada institusi kekeluargaan di Malaysia kelak.

Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan di bawah ini video topik yang menyentuh isu perkahwinan di Malaysia hari ini.
Apa pula pandangan anda mengenai isu hantaran kahwin terkini dan kos perkahwinan yang tinggi hari ini? Ada pengalaman yang ingin dikongsikan daripada segi kos dan perbelanjaan…

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

Friday 17 October 2014

Ringkasan produk terbaru Apple

Selepas melancarkan iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch beberapa minggu lalu, Apple kini membawa dua lagi produk terbaru mereka iaitu tablet iPad Air 2 dan iPad Mini 3.

Bersama-sama pengenalan produk terbaru ini, Apple turut mengemaskini harga jualan tablet sedia ada untuk pasaran Malaysia serta menawarkan iPad Mini, iPad Mini Retina dan iPad Air pada harga lebih rendah berbanding sebelum ini.

Berikut adalah ringkasan kami mengenai iPad Air 2 dan iPad Mini 3 bagi membantu anda membuat pilihan sekilas pandang.

iPad Air 2

Nipis dan ringan
Menurut kenyataan media Apple, iPad Air 2 adalah tablet ternipis yang pernah diriliskan oleh Apple dengan ketebalan 6.1 milimiter, berbanding iPad Air 1 iaitu 7.5 milimeter. Beratnya pula hanyalah 440 gram sahaja.

Kamera
Kamera iPad Air 2 telah dipertingkatkan daripada 5 megapiksel kepada 8 megapiksel dan turut menawarkan tetapan Panorama, Burst Mode dan Timelapse.

Lapisan anti pantulan
Salah satu ciri terbaru daripada iPad Air 2 adalah ia mempunyai versi yang lebih baik dari segi paparan retina dimana ia boleh mendapatkan foto dan video yang lebih jelas, tajam dan terang dengan skrin anti reflektif yang menepis silau sebanyak 48 peratus.

Fungsi Touch ID
iPad Air 2 turut memberi fungsi baru iaitu Touch ID yang boleh didapati daripada iPhone 5s. Ia membolehkan pengguna mengunci iPad mereka atau membeli aplikasi menggunakan Apple Pay dengan sentuhan cap jari mereka.

Pilihan warna
iPad Air 2 boleh didapati dalam tiga warna iaitu emas, perak dan kelabu.

Ketahanan bateri
Bateri untuk iPad Air 2 boleh bertahan sehingga 10 jam, bermakna lebih banyak masa untuk bermain permainan atau melayari laman sesawang.

iPad Mini 3

Tidak begitu banyak peningkatan untuk iPad 3 selain daripada di bawah:

Fungsi Touch ID
Seperti iPad Air 2, iPad Mini 3 turut menggunakan fungsi Touch ID untuk membolehkan pengguna mengunci iPad mereka atau membeli aplikasi menggunakan sistem sentuhan cap jari.

Pilihan warna
iPad Mini 3 boleh didapati dalam tiga warna iaitu emas, perak dan kelabu.

Harga untuk iPad Air 2 dan iPad Mini 3 adalah seperti berikut:

• iPad Air 2 dengan Wi-Fi : AS$499 (16GB), AS$599 (64GB) dan AS$699 (128GB)
• iPad Air 2 dengan Selular dan Wi-Fi : AS$629 (16GB), AS$729 (64GB) dan AS$829 (128GB)
• iPad Mini 3 dengan Wi-Fi : AS$399 (16GB), AS$499 (64GB) dan AS$599 (128GB)
• iPad Mini 3 dengan Selular dan Wi-Fi : AS$529 (16GB), AS$629 (64GB) dan AS$729 (128GB)

iPad Air 2 dan iPad Mini 3 dijangka berada di pasaran Malaysia pada tahun hadapan. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Apple.

[Sumber Foto: Gadget Helpline]

sumber berita : https://my.entertainment.yahoo.com/

Cek 5 Angka ‘Hilang’! Bank Islam Tidak Mahu Bertanggungjawab!

Tidak ramai yang berani mengambil risiko untuk menggunapakai perkhidmatan servis daripada Bank Islam. Mungkin yang menjadi pelanggan setia “Bank Islam’ mungkin anda ada kisah dan pengalaman tersendiri sehingga menyebabkan anda begitu berpuas hati dengan servis dan perkhidmatan bank Islam.

Walaubagaimanapun rata-rata tinjauan yang Berita Semasa lakukan daripada..kalangan pelanggan, bekas pelanggan hampir-hampir mahu bergelar pelanggan Bank Islam mempunyai satu perkataan sama yang mereka lontarkan. Servis Bank Islam tidak bagus berbanding bank lain. Ditambah dengan tawaran kadar faedah yang digunapakai bank Islam agak tinggi. Keuntungan Bank Islam yang dikaut daripada Bank Islam disbealik pinjaman rumah turut membeban pelanggan mereka yang tiada banyak pilihan. Begitu juga dengan kemudahan kad kredit mereka.

Menghubungi call center Bank Islam juga satu penyiksaan menyebabkan kredit telefon habis tetapi bantuan yang diperlukan sukar disambut & disahut. Mesin ATM?Mesin ATM pula kurang diselenggarakan, perkhdimatan online juga agak menyedihkan.

Berdasarkan pengamatan Berita Semasa perkhidmatan Bank seperti Public Bank, OCBC berada di kelas tersendiri. Maybank & CIMB juga tidak menghampakan terus mempertingkatkan servis mereka daripada masa ke semasa.

Walaubagaimanapun ada seorang pengadu Erman Syah Abdul Hamid namanya yang mendakwa menjadi mangsa kepada penipuan dan kelemahan pengurusan Bank Islam, di mana hasil wang gaji Erman Syah Abdul Hamid yang disimpan di Bank Islam telah hilang begitu sahaja. Bertambah teruk lagi, Erman Syah Abdul Hamid mendakwa pihak Bank Islam dilihat bersikap lepas tangan di atas kejadian yang berlaku tanpa sebarang penjeladan yang konkrit daripada pihak Bank Islam.

Bersama-sama ini saudara Erman Syah Abdul Hamid telah tampil berkongsi berita pengalaman kisah benarnya menjadi pelanggan Bank Islam sehingga menjadi mangsa yang masih lagi tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya

Bank Islam – Bukan Bank Pilihan Saya

Sebagai seorang pengguna beragama Islam, saya amat berbesar hati dan teruja menjadi pelanggan sebuah bank yang mempunyai perkataan “Islam” pada namanya. Mesti gah dan tidak menyusahkan pelanggan dan serba-serbinya baik berbanding bank lain yang belum tentu ‘shariah-compliant’.

Tetapi apa ada pada nama? Bukan sedikit orang atau organisasi meletakkan perkataan Islam pada nama organisasi mereka tetapi menjadi topeng untuk melariskan bisnes mereka.

Pertengahan tahun ini, saya membuka akaun semasa di Bank Islam setelah mempunyai akaun simpanan dan akaun pembiayaan peribadi sejak beberapa tahun lepas. Barulah tembelang Bank Islam terbongkar. Cek berjumlah 5 digit, hasil kerjaya selama setahun tanpa dipastikan sebabnya telah ‘hilang’.

Pelik., setelah kira-kira 3 minggu cek dimasukkan, tiada panggilan dari bank diterima menyatakan cek bermasalah. Jadi, saya dengan yakin mengeluarkan cek persendirian tidak melebihi amaun yang ada di dalam akaun simpanan. Alangkah terperanjatnya kedua-dua cek saya adalah cek tendang!

Bank Islam bila dihubungi bermati-matian menyatakan saya tidak memasukkan cek ke Bank Islam. Hanya setelah saya memeriksa dengan syarikat pengeluar cek, menyatakan cek sudah lama ditunaikan dan saya akan membuat aduan ke Bank Negara seandainya cek masih hilang, barulah menggelabah kakitangan bank menyatakan cek memang sudah ditunaikan tetapi tidak dimasukkan ke akaun saya.

Jawapan apakah ini? Jika saya ada bisnes besar tidak mungkin saya perasan kehilangan wang sebegitu kecil. Tetapi kerana kerjaya cuma makan gaji, maka apa yang diperolehi amat berharga.

Bukan itu sahaja bala dikurniakan oleh Bank Islam kepada pelanggannya. Saya ketika itu cuma menghitung hari untuk ke Tanah Suci. Dengan jelas dan terang saya memberitahu satu cek tersebut adalah untuk dimasukkan ke akaun simpanan saya supaya menjadi belanja di Tanah Suci. Tetapi bila di Tanah Suci, wang di dalam akaun cuma seratus lebih.

Dua bulan ‘menghambat’ bank Islam dan aduan ke Bank Negara sudah pun dibuat, saya meminta permintaan khas kerana kepayahan yang di’hadiah’kan kepada saya ini, kurangkanlah faedah ke atas pinjaman peribadi saya. Adakah kesusahan ini disebabkan kesilapan saya. Tetapi dengan angkuh dan tidak rasa bersalah, Bank Islam membalas email saya menyatakan kadar faedah pinjaman TIDAK DAPAT dikurangkan. Malah dicadangkan membuat pinjaman lagi dengan Bank Islam.
Jadi … SEGALA KESUSAHAN YANG DITERIMA OLEH SAYA KERANA KESILAPAN BANK ISLAM ADALAH PERCUMA??????
Untuk sahabat yang membaca kisah ini, jadikan iktibar. Dewasa ini, perkataan ISLAM didalam organisasi adakalanya cuma pelaris bisnes, semangat ISLAM tidak dijiwai dan diterapkan. Janji untung, agama boleh dijual-beli.
“Saya dah serik berurusan dgn Bank Islam Lisa. Tak sangka nama Islam tp perangai Yahudi. Dan takde faedah berlembut juga memandangkan seantero Malaya ni ada masalah dgn Bank Islam. Saya akan bayar segala hutang-piutang tg saya akan pastikan kawan2 saya tak tertipu dgn kulit Islam bank Islam ni.” katanya.
Jika rasa tidak perlu, saya tidak memaksa. Saya berharap anda semua mengambil iktibar….
Pengadu : Erman Syah

Laporan Polis Kes Erman Syah Abdul Hamid?

Anda boleh semak laporan polis yang dikemukan oleh saudara Erman Syah Abdul Hamid seperti di bawah ini….

Walaubagaimanapun, Berita Semasa difahamkan Erman Syah Abdul Hamid telah berjaya mendapatkan kembali wangnya yang telah “hilang” sebelum ini melalui perkhidmatan simapanan Bank Islam. Hakikatnya Erman Syah Abdul Hamid terpaksa melalui liku-liku dan “jalan yang sukar” untuk mendapatkan kembali wangnya sendiri. Bagaimana pula dengan anda? Ada pengalaman menjadi pelanggan Bank Islam?

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/