Friday 17 October 2014

Ringkasan produk terbaru Apple

Selepas melancarkan iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch beberapa minggu lalu, Apple kini membawa dua lagi produk terbaru mereka iaitu tablet iPad Air 2 dan iPad Mini 3.

Bersama-sama pengenalan produk terbaru ini, Apple turut mengemaskini harga jualan tablet sedia ada untuk pasaran Malaysia serta menawarkan iPad Mini, iPad Mini Retina dan iPad Air pada harga lebih rendah berbanding sebelum ini.

Berikut adalah ringkasan kami mengenai iPad Air 2 dan iPad Mini 3 bagi membantu anda membuat pilihan sekilas pandang.

iPad Air 2

Nipis dan ringan
Menurut kenyataan media Apple, iPad Air 2 adalah tablet ternipis yang pernah diriliskan oleh Apple dengan ketebalan 6.1 milimiter, berbanding iPad Air 1 iaitu 7.5 milimeter. Beratnya pula hanyalah 440 gram sahaja.

Kamera
Kamera iPad Air 2 telah dipertingkatkan daripada 5 megapiksel kepada 8 megapiksel dan turut menawarkan tetapan Panorama, Burst Mode dan Timelapse.

Lapisan anti pantulan
Salah satu ciri terbaru daripada iPad Air 2 adalah ia mempunyai versi yang lebih baik dari segi paparan retina dimana ia boleh mendapatkan foto dan video yang lebih jelas, tajam dan terang dengan skrin anti reflektif yang menepis silau sebanyak 48 peratus.

Fungsi Touch ID
iPad Air 2 turut memberi fungsi baru iaitu Touch ID yang boleh didapati daripada iPhone 5s. Ia membolehkan pengguna mengunci iPad mereka atau membeli aplikasi menggunakan Apple Pay dengan sentuhan cap jari mereka.

Pilihan warna
iPad Air 2 boleh didapati dalam tiga warna iaitu emas, perak dan kelabu.

Ketahanan bateri
Bateri untuk iPad Air 2 boleh bertahan sehingga 10 jam, bermakna lebih banyak masa untuk bermain permainan atau melayari laman sesawang.

iPad Mini 3

Tidak begitu banyak peningkatan untuk iPad 3 selain daripada di bawah:

Fungsi Touch ID
Seperti iPad Air 2, iPad Mini 3 turut menggunakan fungsi Touch ID untuk membolehkan pengguna mengunci iPad mereka atau membeli aplikasi menggunakan sistem sentuhan cap jari.

Pilihan warna
iPad Mini 3 boleh didapati dalam tiga warna iaitu emas, perak dan kelabu.

Harga untuk iPad Air 2 dan iPad Mini 3 adalah seperti berikut:

• iPad Air 2 dengan Wi-Fi : AS$499 (16GB), AS$599 (64GB) dan AS$699 (128GB)
• iPad Air 2 dengan Selular dan Wi-Fi : AS$629 (16GB), AS$729 (64GB) dan AS$829 (128GB)
• iPad Mini 3 dengan Wi-Fi : AS$399 (16GB), AS$499 (64GB) dan AS$599 (128GB)
• iPad Mini 3 dengan Selular dan Wi-Fi : AS$529 (16GB), AS$629 (64GB) dan AS$729 (128GB)

iPad Air 2 dan iPad Mini 3 dijangka berada di pasaran Malaysia pada tahun hadapan. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Apple.

[Sumber Foto: Gadget Helpline]

sumber berita : https://my.entertainment.yahoo.com/

No comments: