Saturday 4 July 2015

9 Daripada 10 Rakyat Malaysia Bergelut dan Bekerja Keras bagi menampung Kos Sara Hidup Hari Ini!


GST Malaysia 

Mengikut laporan berita TV3, TV1 dan akhbar arus perdana termasuk Utusan Malaysia, Berita Harian semuanya yang indah-indah belaka sahaja. Kerajaan berjaya mengaut dan memenuhkan kantung mereka sejumlah berbilion-bilion ringgit daripada rakyat Malaysia, GST antara terbaik di dunia, GST mampu turunkan harga barang.

Walaubagaimanapun hakikat yang ditunjukkan baru-baru melalui kajian yang dilakukan oleh Jobstreet mendedahkan rakyat Malaysia sedang bergelut dengan pelaksanaan GST Malaysia.

Kesan GST Malaysia 6% : Senarai Hasil Kajian Jobstreet?

  • 9 daripada 10 orang rakyat Malaysia sedang bergelut dan bekerja keras untuk berhadapan dengan lonjakan kos sara hidup dek kerana GST
  • 90% daripada 1,454 pekerja yang merupakan responden Jobstreet tidak mampu menampung perbelanjaan harian sejak GST Malaysia dilaksanakan
  • 47% mula bawa bekal, menggunakan pantri dengan lebih kerap, dan berkongsi kereta bagi menampung perbelanjaan mereka
  • 56% bergerak makan tengahari bersama-sama rakan-rakan mereka
  • 40% memerlukan kenaikan gaji naik sejumlah antara 10% hingga 20%
  • 36% pula perlu menerima kenaikan gaji naik antara 20% hingga 50% untuk berhadapan dengan kesan cukai GST Malaysia
  • 63% mendesak untuk menerima elaun petrol
Persoalannya sekarang ini apa tindakan kerajaan Malaysia untuk terus membantu golongan dan kumpulan yang sering tertindas dek kerana pelaksanaan GST?

Peluang SAYA Kongsi “MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9822 893 / 013 9116 568  atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK banner di bawah :-

Thursday 2 July 2015

Petrol RON95 Naik 10 Sen Ron97 Naik 20 sen.

Harga Minyak Julai

Dengan trend harga minyak dunia dalam trend menurun sekarang ini, minyak di Iran sudah oversupply ditambah dengan keadaan ekonomi negara Greece, malangnya di Malaysia rakyat Malaysia terus dicampakkan dengan  berita kenaikan harga minyak Julai 2015 naik, gara-gara berpunca daripada ringgit Malaysia yang terus merudum pada ketika ini. Itupun ada menteri mengatakan ringgit Malaysia bagus untuk kita semua.

Yang mana masih ada tersimpan lagi baki duit pemberian Br1M oleh kerajaan sebelum ini, ataupun duit saguhati penjawat awam RM500 boleh digunakan sedikit sebanyak bagi menampung lonjakan kos penggunaan minyak RON95 dan minyak RON97 anda selepas ini.

Menjelang Hari Raya Aidilfitri 2015 kali ini, rakyat Malaysia akan balik kampung beraya dengan harga RON95 yang baru.

Ini kerana terkini, kenaikan harga minyak Julai 2015 naik 10 sen bagi harga petrol RON95 manakala harga petrol RON95 naik 20 sen dikala harga minyak dunia turun pada ketika ini.

Senarai Kenaikan Harga Minyak Julai 2015 : Harga Petrol RON95 dan RON97 Naik?

  • Harga minyak RON95 naik 10 sen menjadi : RM2.05 seliter
  • Harga minyak RON97 naik 20 sen menjadi RM2.35 seliter
Peluang SAYA Kongsi “MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9822 893 / 013 9116 568  atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK banner di bawah :

Wednesday 1 July 2015

Harga Rokok Naik 30 sen Kepada RM13.50 Sekotak.

Kenaikan Harga Rokok 2015 Naik 
Gelombang dan bahang cukai GST 6% sejak 1 April 2015 memberikan satu berita buruk kepada perokok tegar di Malaysia sehingga Kenaikan Harga Rokok 2015 Naik terpaksa diumumkan lagi sebanyak 30 sen lagi.

Bermula hari ini, Kenaikan Harga Rokok 2015 Naik akan mula dirasai oleh semua kumpulan perokok di Malaysia.

Sebelum ini British American Tobacco (BAT) pernah mengumumkan naik harga sebanyak 50 sen, tetapi ditarik balik. Walaubagaimanapun ia tidak bertahan lama. kenaikan tetap berlaku.

Sejarah Kenaikan Harga Rokok Naik 7 Bulan

  • November 2014 : RM12.00 naik RM1.50 kepada RM13.50
  • April 2015 : RM13.50 naik 50 sen kepada RM14.00. Walaubagaimanapun turun semula
  • 20 Jun 2015 : RM13.50 naik 30 sen kepada RM13.80
Kenaikan Harga Rokok 2015 Naik tetap berlaku. Bulan puasa adalah masa sesuai untuk berhenti merokok. Setiap kali berbuka puasa minum air mineral dengan banyak. Moga dipermudahkan niat murni anda.

sumber : http://www.beritasemasa.com.my

Peluang SAYA Kongsi “MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9822 893 / 013 9116 568  atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK banner di bawah :

Tuesday 30 June 2015

Menteri Kabinet Yang Patut Disingkir dan Ditukar Potfolio?

rombakan kabinet 2015 malaysia 
Jikalau menteri kabinet di negara maju dan besar seperti Jepun dan Amerika Syarikat hanya mempunyai 16 dan 18 menteri sahaja, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet, United Kingdom dengan 23 menteri kabinet mereka, manakala negara India yang memilik penduduk sejumlah 1.1 bilion mempunyai 32 menteri kabinet sahaja.

Jadi, mengapa Malaysia hanya sekadar negara membangun dengan penduduk sekitar 30 juta sahaja berlagak mewah membelanjakan pembayar cukai untuk menanggung sejumlah 35 menteri kabinet? Mengapa?

Adakah mereka ini benar-benar membela rakyat sehingga berjaya mengangkat nama dan ekonomi Malaysia melonjak ke paras yang begitu membanggakan? Atau sebenarnya bertujuan untuk menyuapkan mereka ini bagi memberikan peluang seramai mungkin kuasa atas nama kapasiti pemimpin politik? Adakah perbelanjaan boleh guna rakyat semakin baik?
  • Untuk apa Malaysia perlu ada sehingga 2 menteri kewangan?
  • Perdana Menteri tidak perlu pegang jawatan kepada Menteri Kewangan
  • Mengapa begitu ramai dilonggokkan di Menteri di Jabatan Perdana Menteri?
Berita Lanjut di : http://www.beritasemasa.com.my/rombakan-kabinet-2015-malaysia-menteri


Peluang SAYA Kongsi "MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9822 893 / 013 9116 568  atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK banner di bawah :

Monday 29 June 2015

EPF Risau Cara Belanja Duit atau Sayang Lepaskan Duit Orang Ramai?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beringin benar untuk menyimpan terus duit simpananan persaraan anda daripada sepatutnya boleh dikeluarkan pada umur 55 tahun tetapi mahu dianjakkan kepada tempoh 5 tahun lagi iaitu hanya boleh keluar KWSP umur 60.

Kengapa KWSP mengambil berat sangat dengan kalangan pencarum KWSP tentang corak perbelanjaan mereka?

Duit pencarum, hak pencarum. Berapa tahun mahu dihabiskan itu hak pencarum. Cuma, mungkin boleh diberikan pendidikan bagaimana mahu menguruskan wang pensaraan dengan kaedah yang betul dan selamat. Bukannya menyelesaikannya dengan mengelaurkan cadangan keluar KWSP umur 60 tahun.

Dividen yang rendah saban tahun. Sekurang-kurangnya dengan pengeluaran KWSP oleh pencarum boleh gunakan duit tersebut dalam urusan :
  • simpanan ASB ataupun Tabung Haji
  • beli tanah
  • menunaikan umrah dan haji
  • modal berniaga.
Adalah lebih baik pencarum KWSP bangkit lebih awal bagi menolak cadangan keluar KWSP umur 60 tahun daripada mengelupur kemudian hari. Lebih baik bantah ketika baru diperingkat pertimbangan daripada bantah pada ketika ia sudah mula dilaksanakan.


Peluang SAYA Kongsi "MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Anda melakukan tugasan hanya 10% selebihnya di lakukan oleh system . Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9822 893 / 013 9116 568  atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK baner dibawah :-