Bismillahir Rahmanir Raheem. Sekitar
tahun 2013, saya menulis mengenai satu timeline. Saya menyusunnya kepada
3 bahagian perkara yang mungkin akan berlaku ke atas negara ini.
Pertama….
Pertama, usaha perubahan rejim akan dijalankan. Jika gagal, perkara kedua akan dilaksanakan. Perkara Kedua, sebaik usaha perubahan
rejim untuk mengangkat boneka dinilaikan sebagai gagal untuk dijalankan,
satu bentuk false flag akan dijalankan. Jika ini turut gagal untuk
memaksa dasar pro Amerika di dalam negara, maka pilihan ketiga akan
dijalankan dirantau ini.
Ketiga, meletuskan perang setelah
kekuatan China dinilaikan berjaya diruntuhkan sedikit-demi sedikit
melalui Modus Operandi yang sama dengan cara yang digunakan untuk
meruntuhkan Kesatuan Soviet satu ketika dahulu. Sentiasa saya tegaskan berkali-kali
bahawa kehilangan MH370 tidak dapat dipisahkan daripada penguasaan Selat
Melaka, kedudukan Malaysia sebagai Ring of Pearls China, serta
perkembangan yang sedang berlaku di Ukraine.
Apa Hubungkaitnya Dengan Krisis Russia-Ukraine-US? Pada Mei 2013, satu kertas kerja telah
dibentangkan di Sidang Kemuncak BRICS, di Durban. Kertas kerja yang
membentangkan agenda Russia untuk memperkukuhkan kesepakatan ekonomi
negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan)
bagi menangani asakan ekonomi Amerika dan Euro.
Sergei Glaziev, pakar ekonomi dunia
Antara Perkara Berani Yang Dibentangkan Ialah :
- Pemansuhan penggunaan Dollar sebagai matawang dagangan untuk urusniaga minyak antara negara BRICS + Iran + Venezuela.
- Memperkenalkan satu matawang yang akan digunakan secara bersama dalam urusan urusniaga minyak.
- Memperkenalkan serta mempromosikan kedua dasar di atas untuk digunakan secara meluas di dunia.
Sergei Glaziev, pakar ekonomi dunia
berada dibelakang penubuhan Eurasian Union, telah mengajak Russia
melakukan satu anjakan kepada perubahan sistem ekonomi baru yang lebih
kukuh, stabil dan kuat. Glaziev menempelak sistem ekonomi yang diamalkan
oleh Amerika dan sahabat mereka di Eropah yang menggunakan sistem riba
secara melampau untuk menampung piramid-piramid hutang dan dalam masa
yang sama menjajah dunia melalui hutang-hutang yang diberikan.
Sergei Glaziev : Sistem Hutang + Riba Tidak Masuk Akal
Sergei Glaziev menyatakan, sistem hutang
dengan riba yang tidak masuk akal ini, memenjarakan setiap pihak yang
berhutang di dalam satu putaran hutang yang tidak akan habis. Ianya
melumpuhkan keupayaan kewangan pihak yang berhutang sehingga akhirnya
asset-aset milikan mereka dirampas. Beginilah cara sistem ekonomi barat
menjajah dunia tanpa perlu mereka mempunyai wang dan keupayaan kewangan
untuk mendapatkan sebarang pemilikan. Dengan mempunyai pihak yang
berhutang dengan mereka, mereka menjual hutang tersebut sebagai satu
lagi bentuk hutang dan menggandakannya dengan sistem yang tidak
bersandarkan sesuatu yang realiti.
Semua
ini perlu dihentikan menurut Sergei Glaziev. Lalu Sergei Glaziev
mencadangkan agar Russia mengetuai dunia untuk melakukan satu perubahan
drastik. Cadangan drastik ini termasuklah membuang amalan menggunakan Dollar Amerika di dalam urusniaga minyak antara negara-negara bersekutu dengan mereka.
Sergei Glaziev yang menjadi penasihat
ekonomi kepada sebuah kuasa besar dunia. Sebuah negara yang dikatakan
oleh jurucakap media mereka sebagai berkemampuan untuk menukarkan
Amerika Syarikat dari sebuah negara kepada lebuan radioaktif yang
beterbangan di udara. Russia sebuah negara dengan keupayaan nuklear yang
hebat dan kemampuan keupayaan perang yang digeruni.
Apabila Sergei Glaziev mengutarakan idea
tersebut, dia menyatakan bahawa ini merupakan jalan perubahan ekonomi
yang bakal mengundang risiko retaliasi termasuk sehingga mencetus sebuah
perang yang besar.
Russia tidak akan bertindak sedemikian
jika Washington tahu berpegang kepada janjinya 30 tahun dahulu kepada
Gorbachev. 30 tahun dahulu, Washington telah berjanji untuk tidak
mengganggu blok negara Eropah Timur supaya menjadi sebahagian daripada
negara NATO. Tetapi, sepertimana Uncle Sam yang biasa, satu persatu
negara Eropah Timur ditarik masuk ke dalam NATO. Malah tentera-tentera
NATO sudah pun mula ditempatkan pada sebahagian Ukraine ketika krisis
ekonomi Ukraine mula memuncak.
Washington Risau Kebangkitan Rusia? Washington menyedari Russia sedang cuba
mengumpulkan kekuatan lamanya kembali. Jika dahulu, melalui Warsaw Pact,
Russia diperkukuhkan sehingga menjadi satu blok ekonomi yang memberi
saingan kepada Amerika dan Eropah. Lalu, satu persatu tiang sokongan
Russia di dalam Warsaw Pact ini diruntuhkan sehingga kejatuhah Kesatuan
Soviet berlaku pada 1991. Melalui dasar Perestroika dan Glasnost,
Gorbachev merosakkan kekuatan Kesatuan Soviet dengan anai-anai yang
kemudiannya menamatkan era Perang Dingin antara Amerika dan Russia.
Lewat beberapa tahun ini, Washington
melihat Russia sedang mengumpulkan kekuatannya kembali. Eric Margiolis,
melalui kolumnya yang disindiketkan kepada akhbar the Sunmenyatakan
bahawa Russia sedang menjalankan Ancshluss (penggabungan) secara senyap.
Pungutan suara yang memasukan Crimea ke dalam Russia menunjukkan bahawa
Ancshluss itu benar-benar kini sedang berlaku tanpa diselindungkan.
Bermula 2013, Russia cuba memperkukuhkan ekonomi negaranya dan
membersihkan pemimpin politik serta golongan oligarki daripada golongan
yang senang diugut oleh negara barat.
Vladimir Putin telah memperkenalkan dasar anti-dana pesisir
(Anti-offshore) bagi membersihkan negaranya daripada kelompangan yang
boleh menyebabkan golongan politikus dan oligarki menjadi mangsa ugutan
barat. Dalam masa yang sama dasar anti-offshore tersebut akan
mengembalikan sebahagian besar dana milik orang Russia di luar pesisir
kembali untuk mengukuhkan ekonomi Russia. Pada mula dasar ini
diperkenalkan, golongan mewah, politikus dan oligarki Russia dipujuk
untuk membawa masuk dana kembali secara sukarela. Tetapi, ramai yang
tidak mengendahkannya sehinggalah berlaku krisis ekonomi di Greek dan
Cyprus.
Keruntuhan Ekonomi Cyprus menjadi titik
tolak kepada kejayaan Putin untuk menggalakkan dasar Anti-pesisir untuk
ditegakkan di dalam negara.Cyprus merupakan antara negara luar pesisir
di mana ramai golongan kaya Russia menyimpan kekayaan mereka. Apabila
berlaku masalah ekonomi sehingga memaksa kerajaan Cyprus mengambil
harta-harta yang disimpan untuk menghidupkan ekonomi mereka kembali,
kerajaan Russia berlepas diri daripada membantu golongan rakyatnya yang
menyimpan kekayaan di luar Russia.
Dari cara pujukan, ia kemudiannya
dijadikan undang-undang dengan mengharamkan mana-mana golongan politik
dan oligarki untuk mempunyai apa-apa kepentingan perniagaan serta
simpanan dana di luar pesisir. Kembalinya dana-dana milik Russia dari
luar, maka ekonomi Russia mula dipekukuhkan.
Vladimir
Putin mempunyai sokongan yang kuat dan kukuh di Russia biarpun
Washington cuba memasang kolum kelima dan membiayai puak-puak penentang
untuk menggugatkan pemerintahannya. Dasar Anschluss menyebabkan
Washington tidak senang duduk. Apabila mereka mengganggu kecenderungan
sokongan politik di Ukraine, Russia sudah mentafsirkan tindakan Uncle
Sam tersebut sudah melampaui batas yang sepatutnya dihormati sejak 30
tahun dahulu.
Tiada guna untuk berdialog dengan
Amerika. Vladimir Putin mengarahkan tentera Russia untuk segera masuk ke
dalam Crimea untuk menunjukkan tahap seriusnya Russia dalam
mempertahankan rakan-rakan sekutunya daripada jatuh ke dalam perangkap
Washington dan Nato. Vladimir Putin menendang maruah Amerika dengan penuh bergaya.
Tetapi Washington, salah sebuah negara
Yakjuj dan Makjuj, masih bijak memanipulasi keadaan. Perhatikan kini
mereka sedang berusaha memencilkan sokongan ke atas Russia dengan cuba
menggunakan prinsip ‘Enemy of my enemy is my friend’. Mereka kini sedang
cuba memencilkan China daripada menyokong Russia di dalam isu di
Crimea. Orang Islam dengan matahati yang terang akan segera sedar
permainan mereka di sini. Walaupun Amerika cuba menggunakan prinsip
‘Enemy of my enemy is my friend’, kita melihat cara mereka mendekati
China ialah dengan menggunakan prinsip dalam pepatah Klingon sepertimana
yang pernah digunakan di dalam filem Star Trek, ‘Enemy of my enemy is
the enemy I killed last’.
Bagaimana mereka melakukannya? Masih
ingat dengan peristiwa pembunuhan beramai-ramai di stesen keretapi di
China dua minggu lepas? Puak pemisah Uighur telah dituduh sebagai
bertanggungjawab dalam peristiwa tersebut. Seluruh negara China sekarang
ini berada di dalam satu bentuk sentimen membenci orang Islam kerana
‘perbuatan etnik Uighur di stesen keretapi tersebut’.
Tahukah sahabat-sahabat, bahawa apa yang
berlaku di stesen keretapi tersebut adalah satu skrip berulang dengan
tempoh masa yang hampir sama sepertimana yang Amerika pernah gunakan
satu ketika dahulu sebelum menjajah Afghanistan? Mari kita lihat
persamaannya.
Modus Operandi Amerika Porak Perandakan Dunia? Dua minggu sebelum Amerika melancarkan
perang ke atas Afghanistan, mereka telah mengirimkan dua orang wartawan
yang dikatakan mewakili National Geographic untuk membunuh Ahmad Shah
Masood. Ahmad Shah Masood ialah pemimpin golongan mujahidin Pakatan
Utara yang digelarkan sebagai Singa Panjsher. Allahyarham tidak pernah
mengizinkan mana-mana wartawan menemubual dirinya kecuali oleh dua
wartawan tersebut. Apabila sesi temuduga tersebut dijalankan, sebutir
bom yang diletakkan di dalam kamera salah seorang wartawan tersebut
telah diletupkan.
Pakatan Utara sebelum daripada itu telah
mencapai satu perjanjian damai dengan puak Taliban supaya pihak mereka
tidak bertembung dan berperang sesama sendiri. Tetapi peristiwa letupan
bom ini mengejutkan pihak Pakatan Utara. Amerika segera mencadangkan
kepada dunia melalui salakan anjing-anjing di dalam media mereka bahawa
Puak Taliban yang membunuh Ahmad Shah Masood. Oleh
kerana majoriti daripada penduduk Afghanistan tidak berminat untuk
membaca dan meneliti berita, sama seperti kebanyakan rakyat Malaysia, maka fitnah itu kemudiannya dikipaskan dengan deras.
Hasilnya, Pakatan Utara mengangkat
senjata kembali dan memulakan perang mereka dengan golongan Taliban.
Selang beberapa minggu selepas itu, Amerika melancarkan perang ke atas
Afghanistan dengan membantu Pakatan Utara untuk berperang bagi pihak
Amerika dengan menundukkan Taliban di beberapa kawasan.
Itulah juga modus operandi yang sedang
dijalankan sekarang ini. Setelah mengejutkan negara China dengan berita
pembunuhan warga mereka dan menuduh puak pemisah Uighur yang beragama
Islam melakukannya, maka mereka telah menyediakan rakyat China dengan
satu bentuk sentimen membenci kepada orang Islam. Apa yang mereka
perlukan sesudah itu ialah satu lagi bentuk percikan api yang
menyebabkan China mengambil sikap anti Islam yang Amerika
harap-harapkan. Disinilah sebahagian cerita MH370 bermula.
Perkongsian artikel oleh penulis : Imran Haaz