KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
(Maidam) memperuntukkan RM5 juta daripada kutipan zakat berbanding RM2
juta pada tahun 2013 bagi membaiki kediaman fakir miskin di Terengganu
tahun ini.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd. Rozali
Salleh berkata, pada sesi pertama tahun ini Maidam memperuntukkan RM1.3
juta untuk membaiki 84 kediaman di seluruh negeri.
"Untuk sesi pertama ini Maidam melantik 77 kontraktor yang mempunyai
lesen kelas F, di mana mereka ini tidak disenarai hitam oleh Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya.
"Di samping itu, mereka ini akan bertanggungjawab membaiki kediaman
orang-orang susah yang kemungkinan dinding rumah mereka tidak sempurna
atau atap rumah mereka bocor,” katanya pada sidang media selepas Majlis
Penyampaian Inden Kerja Pembaikan Rumah Asnaf 2014 kepada
kontraktor-kontraktor Maidam di sini semalam.
Artikel dipetik dari:- http://www.kosmo.com.my/kosmo/
No comments:
Post a Comment