Monday 31 March 2014

Daftar Skim Myhome Malaysia 2014 : Cara Permohonan Telah Didedahkan Menteri!

Baru-baru ini Datuk Sero Najib ada umumkan di sini Program Skim Myhome Malaysia 2014 akan dilancarkan pada 1 April 2014 ini. Tinggal beberapa jam daripada sekarang. Sebelum ini, sudah ada beberapa projek & skim perumahan di bawah kerajaan Malaysia termasuklah PR1MA (KLIK SINI), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), akan datang 1Malaysia Development Berhad. Terbaru Program Myhome.

Apa yang kerajaan Malaysia tawarkan kepada anda semua yang bercita-cita memiliki kediaman dan rumah sendiri melalui skim Myhome Malaysia 2014 ini?
Menteri yang bertanggungjawab telah mendedahkan butiran yang lebih lengkap mengenai program skim Myhome Malaysia 2014 ini. Antaranya ialah :

Daftar Skim Myhome Malaysia 2014 : Tawaran Kerajaan Malaysia
  • Tawaran subsidi maksimum RM30,000 bagi membeli rumah kos rendah kepada individu berpendapatan RM3,000 ke bawah
  • Mensasarkan pembinaan 10,000 unit rumah bagi tahun 2014
  • RM300 juta diperuntukkan bagi menjayakan program ini
Daftar Skim Myhome Malaysia 2014 : Syarat Kelayakan?
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pembelian adalah rumah pertama
  • Bantuan(Subsidi) Maksimum: RM30,000
  • Subsidi Skim MyHome akan dibayar terus ke akaun pembeli
MyHome 1:
  • Pendapatan isi rumah: RM3,000 hingga RM4,000
  • Jualan harga rumah
  • Semenanjung: RM80,000 hingga RM120,000
  • Sabah Sarawak: RM90,000 hingga RM120,000
  • Berkeluasan 800 kaki persegi
MyHome 2:
  • Pendapatan isi rumah: RM4,001 hingga RM6,000
  • Jualan harga rumah
  • Semenanjung: RM120,001 hingga RM200,000
  • Sabah Sarawak: RM120,001 hingga RM200,000
  • Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air serta kemudahan asas seperti tempat letak kereta, dewan komuniti, surau dan taman permainan
  • Berkeluasan 850 kaki persegi
Daftar Skim Myhome Malaysia 2014 : Cara Permohonan?
  1. Muat turun borang permohonan menerusi Laman Web Jabatan Perumahan Negara dengan cara Klik Sini: http://ehome.kpkt.gov.my
  2. (atau) Dapatkan borang di Pejabat Setiausaha Negeri (Seluruh Negara)
  3. Borang permohonan dibuka: 1 APRIL 2014
  4. Pusat Panggilan MyHome:
  • * 03-8891 4322
  • * 03-8891 4317
  • * 03-8891 4313
Di bawah ini Berita Semasa kongsikan penerangan lebih terperinci oleh menteri yang bertanggungjawab dengan Skim Myhome Malaysia 2014 kali ini berdasarkan jawapan beliau di Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia.

Cuma, Berita Semasa berharap sangat agar Daftar Skim Myhome Malaysia 2014 akan diperluaskan dengan cara diagihkan subsidi RM30,000 ini juga kepada rakyat yang mahu bina dan buat rumah secara persendirian.

Jikalau Program Skim Myhome Malaysia 2014 boleh diberikan kepada pihak swasta, mengapa tidak diberikan terus kepada rakyat untuk membina rumah secara persendirian? Mungkin kerajaan Malaysia boleh pertimbangkan?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/

No comments: