WANG RM150,000 sebelum diserahkan kepada dua rakan mangsa.
Kuala Lumpur: Akibat terlalu percayakan dua rakan bergelar ustaz,
seorang lelaki kini tenggelam punca apabila wang untuk majlis
perkahwinannya sebanyak RM150,000 lebur di tangan ‘Sheikh Sudan’ dua
beranak.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Amin, 28, berkata, dia setuju
meminjamkan wang kepada dua rakannya itu atas dasar percaya dan bagi
membalas jasa mereka yang pernah menolongnya sebelum ini.
“Saya sama sekali tidak menyangka mereka menyerahkan pula wang itu
kepada dua beranak dari Sudan yang mereka panggil Sheikh untuk upacara
tarik duit,” katanya.
Amin berkata, ketika mahu meminjam wang,
dua rakannya yang bergelar ustaz itu memberi alasan mereka memerlukan
wang untuk perniagaan dan berjanji membayar semula dalam tempoh lima
jam.
Menurutnya, kejadian itu berlaku awal Mac lalu dan kini dia pening
memikirkan bagaimana mahu meneruskan majlis perkahwinannya yang dijadual
Jun depan kerana masih gagal mendapatkan wangnya semula.
sumber dipetik dari:- http://www.hmetro.com.my/
No comments:
Post a Comment