Saturday, 5 March 2016

Kronologi Berita Najib VS Wall Street Journal WSJ. Daripada Dakwaan Fitnah Bertukar Kepada Perakuan Derma? (BAHAGIAN II)


Sebelum ni, apabila laporan berita Wall Street Journal yang dianggap sekelompok rakyat Malaysia, adalah akhbar kafir, akhbar yahudi, akhbar yang mahu menjatuhkan kerajaan, akhbar yang mahu menjadikan negara Malaysia kacau bilau, bla…..bla…..bla….di mana WSJ mendakwa :

  • Ada duit masuk ke akaun bank Najib Razak, sepantas kilat terdengar kenyataan yang mengatakan laporan berita Wall Street Journal WSJ ini adalah fitnah, FITNAH…FITNAHHHHHH!!!!
  • Mana mungkin Perdana Menteri sedangkal itu untuk terima duit tersebut ke dalam akaun peribadinya dan macam-macam lagi kenyataan yang boleh kita semua perhatikan…
  • Sesiapa yang buat fitnah tidak masuk syurga. Sebab fitnah adalah haram. Itu kenyataan dahulu…..
  • Sekarang?? Itu wang derma RM2.6 bilion sebenarnya dan apabila sudah masuk dalam akaun peribadi tiada siapa berhak untuk persoal
    sebab derma adalah halal. Oooohh….

Laporan Berita Najib VS Wall Street Journal WSJ : Respon Menteri dan Ahli Politik BN?

  • 14 Julai 2015, Husni Hanadzlah : Tuduhan tidak berasas dan tidak betul
  • 30 Julai 2015, Ahmad Maslan : Tiada wang masuk akaun Najib
  • 5 Julai 2015, Zahid Hamidi : Najib Razak perlu saman Wall Street Journal WSJ kerana ia babit maruah kepimpinan negara
  • 1 Ogos 2015, Rahman Dahlan : Mula bercakap mengenai derma kepada parti yang mana dan presiden parti mempunyai akaun amanah bagi pihak parti
  • 1 Ogos 2015, Azalina Othman : Mana-mana ahli politik bebas terima dana dari luar
Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan beberapa kenyataan menteri disebalik kontroversi berita Najib terhadap laporan Wall Street Journal mengenai dakwaan wang masuk ke akaun banak Najib Razak sejumlah RM2.6 bilion seperti di bawah ini :

sumber : beritasemasa.com.my/

Dahulu Hidupnya Mewah, Kini Merempat Di Surau


ALKISAHYA seorang lelaki tempatan yang dikenali sebagai Abd. Rahim Zakaria, 65, dahulunya merupakan seorang yang pernah disanjungi dan hidup serba mewah.

Dia pernah menjawat sebagai pegawai eksekutif di sebuah syarikat terkenal di Petaling Jaya, Selangor dan merupakan seorang yang begitu berpengaruh sewaktu ‘era’ nya sedang memuncak naik.

Namun, keadaannya kini berubah tidak lagi seperti dahulu daripada seorang yang berjawatan sehingga pernah dianugerahkan pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat pada 2012.

Kini dia hanyalah seorang lelaki yang sudah hilang segala-galanya. Kehidupan Abd. Rahim berubah ‘360 darjah’ apabila dia disahkan menghidap penyakit parkinson dan kanser darah.

Lebih malang lagi dia dipulaukan oleh isterinya sendiri selepas mereka bercerai.

Abd. Rahim hidup merempat sebatang kara di sebuah surau dekat pangsapuri Templer, Petaling Jaya, selepas dihalau tuan rumah sewanya.

Ternyata, dia mungkin tidak pernah menyangka hidupnya berakhir dalam situasi yang amat menyedihkan.. “Dalam keadaan saya yang sakit dan tidak sihat ini, terpaksa merempat dan tinggal di surau sebab tidak mempunyai tempat tinggal.

“Masa sihat, saya disanjung dan dihormati. Tetapi bila sakit, semuanya hilang. Rakan-rakan juga hilang kecuali mereka yang senasib dengan saya,” ujarnya yang dilaporkan sebuah portal tempatan.

Mujurlah Abd. Rahim mempunyai seorang anak angkat, Mohd. Rafi Karim, 30, yang sanggup menjaga dan menguruskan segala urusan ubat-ubatan setiap hari.

Namun apa yang menyedihkan, Rafi dan keluarganya juga merupakan seorang yang miskin, menyebabkan dia bersama ayah angkatnya itu pada minggu lepas telah dihalau oleh pemilik rumah sewa.

“Saya bersama isteri dan anak berusia tiga tahun terpaksa keluar apabila tuan rumah tidak benarkan kami tinggal di situ lagi.

“Sudah seminggu saya cari rumah, tapi sampai sekarang tiada siapa sudi beri bantuan. Penat lelah saya panjat tangga Majlis Perbandaran Selayang dan pejabat kerajaan negeri setiap hari untuk dapatkan rumah PPRT masih tak hilang.

“Setiap hari saya keluar cari rumah tapi tak jumpa. Kalau ada pun tuan rumah minta bayaran pendahuluan hampir RM1,000. Mana saya ada duit sebanyak itu. Kerja pun dah tiga hari tak pergi sebab sibuk cari rumah,” katanya.

Mohd. Rafi bekerja sebagai pencari besi buruk dan gajinya bergantung kepada berapa hasil yang diperoleh setiap hari, manakala isterinya pula tidak bekerja kerana terpaksa menjaga anak.

Pengerusi Surau Pangsapuri Templer yang sekarang mereka duduki, Zulkifli Ismail berkata pihaknya hanya boleh bantu setakat mana yang boleh.

Tambahnya, keluarga berkenaan tidak tahu lagi ke mana arah hendak di tuju, pelbagai aduan dan permohonan telah diadukan tetapi masih tiada jawapan.

“Pihak JKM juga telah maklum mengenai perkara ini, namun menurut pegawai yang datang melawat, mereka juga tidak dapat menempatkan kesemua keluarga ini di JKM berikutan tiada tempat sesuai.

Alasan pihak JKM yang mengeluarkan jawapan aneh “tiada tempat sesuai” seperti di atas sebenarnya langsung tidak boleh diterima kami dan tidak masuk dek akal.

Kami tertanya-tanya apakah fungsi sebenar Jabatan Kebajikan Masyarakat diwujudkan sekiranya masalah seperti yang dilanda oleh keluarga ini seakan begitu sukar hendak diselesaikan?

Juga lebih hairan, apakah gunanya zakat dikutip setiap tahun jutaan ringgit namun masih tidak dapat membantu golongan yang benar-benar memerlukan bantuan seperti ini?

Kita sudah berada di tahun 2016 dan bukan lagi ditahun 1950-an.- mynewshub.cc/

Berita Terkini WSJ Malaysia Najib Razak Semakin Popular. Imej Malaysia Tercalar, Apa Tindakan Kerajaan Malaysia?


Bukanlah bermakna apa sahaja yang keluar daripada laporan berita mana-mana akhbar dan portal adalah betul dan benar. Dan bukan bermakna apa sahaja kenyataan media yang dilaporkan adalah benar-benar belaka.

Tetapi semacam ada sesuatu yang tidak kena sekarang membelengu negara terutama kepada Perdana Menteri Malaysia kita, Datuk Seri Najib Razak. Ada sahaja imej buruk yang dilemparkan terhadapnya.

Satu demi satu akhbar-akhbar yang cukup berpengaruh di seluruh dunia terus melaporkan berita terkini Najib Razak disebalik isu RM2.6 bilion yang masih belum nampak kesudahannya walaupun Peguam negara kata tiada kes, dalam erti kata lain tiada kes jenayah untuk Najib Razak.

Hakikatnya nama Malaysia terus gah dan mekar di seluruh dunia. Seluruh dunia bercakap mengenai isu ini. Sebut sahaja baik laporan berita terkini Wall Street Journal, Ney York Times, The Economist, Bloomberg, CNBC dan sebagainya.

Malah Wall Street Journal WSJ Malaysia berbesar hati dan berlapang dada memuatkan laporan berita terhadap Najib Razak mengenai isu RM2.6 bilion di muka hadapan akhbar perniagaan mereka. Ini bermakna kalangan tokoh politik, ahli perniagaan, pelabur, taikun kaya termasuk, rakyat marhaen di luar negara “sudah hadam” dengan laporan berita mereka mengenai isu ini.

Tetapi sampai bila? Apa tindakan daripada pihak kerajaan Malaysia? Berpeluk tubuh? Hanya menidakkan dengan hanya sangkaan jahat, fitnah, ada niat jahat dan sebagainya? Sebegitu mudah mempertahankan maruah negara Malaysia jikalau diyakini dikalangan pemimpin politik dan pemimpin negara bahawa terdapat kekuatan kebenaran untuk menidakkan dakwaan demi dakwaan yang dicampak ke bumi Malaysia sekarang ini?

P/S : Ayuh tunjukkan bukti dokumen yang dakwaan berita WSJ adalah tidak benar dan tidak berasas. Segerakan bersih nama Malaysia yang terus tercalar hari ini.

Muka Hadapan Akhbar Berita WSJ Malaysia Terus Terkenal?

Ini contoh-contoh laporan berita melibatkan Najib Razak di WSJ Malaysia dan juga New York Times. - beritasemasa.com.my/

Friday, 4 March 2016

"KEJAM" Gadis Maut Dikerat Leher Karena Menolak Cinta Seorang Lelaki


Seorang wanita yang masih berumur di bawah 30 tahun di temukan mati genaskan di rumah sewanya pagi tadi dipercayai di bunuh seorang lelaki.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam lima subuh waktu setempat mangsa yang bekerja di nagoya hill BATAM ditemukan dengan luka di leher dipercayai di kerat menggunakan benda tajam seperti pisau.

Menurut cerita mulut warga setempat mangsa di bunuh karena masalah cinta.mangsa yang tidak bisa menerima cinta lelaki itu dan menganggapnya hanya sebagai rekan sahaja ,kemudian suspek yang tidak berpuas hati dan nekat membunuh mangsa dengan mengeratnya di bagian leher mangsa  hingga maut.

Dalam siasatan awal seorang lelaki yang dipercayai rekan mangsa di bawa kebalai polis batam untuk mendapat keterangan.

Gambar mangsa - eberita.org/