Thursday 3 March 2016

Inflasi di Malaysia Naik Kepada 3.5 Peratus. Pakar Ekonomi Jangka Akan Cecah 4 Peratus Gara-gara…


Nampaknya satu demi satu keistimewaan yang diberikan atas nama subsidi selama ini untuk rakyat marhaen ditarik semula oleh kerajaan.

Apa lagi yang bakal dutarik selepas ini? Rakyat marhaen perlu lebih “berdikari” selepas ini di atas bumi yang bernama Malaysia, kurangkan bergantung kepada bantuan dan pemerian kerajaan.

Semakan Berita Semasa terhadap kadar inflasi di Malaysia yang terkini terus naik dan meningkat kepada 3.5 peratus, yang tertinggi untuk tempoh 2 tahun terakhir ini. Dan ia adalah kenaikan inflasi di Malaysia yang cukup mendadak berbanding bulan Disember lepas iaitu sekitar 2.7 peratus sahaja.

Kenaikan ini bermakna semakin berkurang perbelanjaan boleh guna akan “disposable income” rakyat Malaysia setiap hari dan setiap bulan.

Cakap-cakap yang mengatakan pengenalan GST akan membuat harga barang akan turun dan stabil adalah satu  "pembohongan" terbesar di peringkat tertinggi. Akhirnya angka dan statistik yang membuktikan kebenaran kepada umum.

Selain itu pemotongan subsidi minyak, beras dan tidak lupa juga kenaikan pengangkutan awam. Terkini pemotongan subsidi tepung gandum akan terus menyumbang kepada kenaikan inflasi di Malaysia yang seterusnya selepas ini.

Penganalisis Ekonomi daripada Anz Investment Bank menjangkakan inflasi di Malaysia akan naik lagi sehingga separuh pertama tahun 2016 ini. Antaranya disebabkan penganalisis ekonomi meramalkan akan ada kenaikan tarif elektrik di Malaysia selepas ini. Nantikan! Ditambah, Bank Negara Malaysia BNM juga jangka inflasi Malaysia akan naik sehingga 4 peratus.

Data dan Statistik Mengenai Keadaan Inflasi di Malaysia?

Seperti biasa, data dan statistik yang dikongsikan di bawah ini tidak pernah berbohong…. - beritasemasa.com.my/


No comments: