Bukanlah bermakna apa sahaja yang keluar daripada laporan berita
mana-mana akhbar dan portal adalah betul dan benar. Dan bukan bermakna
apa sahaja kenyataan media yang dilaporkan adalah benar-benar belaka.
Tetapi semacam ada sesuatu yang tidak
kena sekarang membelengu negara terutama kepada Perdana Menteri Malaysia
kita, Datuk Seri Najib Razak. Ada sahaja imej buruk yang dilemparkan
terhadapnya.
Satu demi satu akhbar-akhbar yang cukup
berpengaruh di seluruh dunia terus melaporkan berita terkini Najib Razak
disebalik isu RM2.6 bilion yang masih belum nampak kesudahannya
walaupun Peguam negara kata tiada kes, dalam erti kata lain tiada kes
jenayah untuk Najib Razak.
Hakikatnya nama Malaysia terus gah dan
mekar di seluruh dunia. Seluruh dunia bercakap mengenai isu ini. Sebut
sahaja baik laporan berita terkini Wall Street Journal, Ney York Times,
The Economist, Bloomberg, CNBC dan sebagainya.
Malah Wall Street Journal WSJ Malaysia
berbesar hati dan berlapang dada memuatkan laporan berita terhadap Najib
Razak mengenai isu RM2.6 bilion di muka hadapan akhbar perniagaan
mereka. Ini bermakna kalangan tokoh politik, ahli perniagaan, pelabur,
taikun kaya termasuk, rakyat marhaen di luar negara “sudah hadam” dengan
laporan berita mereka mengenai isu ini.
Tetapi sampai bila? Apa tindakan
daripada pihak kerajaan Malaysia? Berpeluk tubuh? Hanya menidakkan
dengan hanya sangkaan jahat, fitnah, ada niat jahat dan sebagainya?
Sebegitu mudah mempertahankan maruah negara Malaysia jikalau diyakini
dikalangan pemimpin politik dan pemimpin negara bahawa terdapat kekuatan
kebenaran untuk menidakkan dakwaan demi dakwaan yang dicampak ke bumi
Malaysia sekarang ini?
P/S : Ayuh tunjukkan bukti dokumen yang
dakwaan berita WSJ adalah tidak benar dan tidak berasas. Segerakan
bersih nama Malaysia yang terus tercalar hari ini.
Muka Hadapan Akhbar Berita WSJ Malaysia Terus Terkenal?
Ini contoh-contoh laporan berita melibatkan Najib Razak di WSJ Malaysia dan juga New York Times. - beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment