Saturday 24 October 2015

Umno Tidak Bawa Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Najib

 

KUALA LUMPUR: Umno tidak akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan agung parti itu Disember depan, demikian menurut Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. 

Syed Ali berkata, ini kerana mereka akan sentiasa menyokong kepimpinan Umno hari ini. 

"Kenapa kita perlu berbincang? Kita tidak perlu berbincang tentang perkara ini. Mereka (pembangkang) adalah kumpulan yang tidak percaya...tapi kami tetap percaya. 

"Sebab itu kita teruskan perjalanan kita dalam parti ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Kembara Ilmu Wilayah Persekutuan di sini, Sabtu. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan media sama ada usul berkenaan akan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Umno yang akan datang. 

sumber : mstar.com.my/

Pasaran wang dijangka stabil minggu depan


Pasaran wang Malaysia dijangka kekal stabil minggu depan dengan kadar lebih kukuh berikutan jangkaan campur tangan BNM bagi menguruskan lebihan mudah tunai. -Gambar hiasan 

KUALA LUMPUR: Pasaran wang Malaysia dijangka kekal stabil minggu depan dengan kadar lebih kukuh berikutan jangkaan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menguruskan lebihan mudah tunai.

Bank pusat itu dijangka terus campur tangan dengan tender harian untuk menyerap lebihan dana dari pasaran, kata peniaga.

Bagi minggu yang baru berakhir, BNM campur tangan setiap hari untuk mengurangkan lebihan mudah tunai dengan menawarkan tender konvensional, program komoditi Murabahah, Qard, lelongan matang dan tender repo.

Pada Jumaat, tindakan Bank Negara telah membantu mengurangkan jumlah lebihan kecairan pasaran kepada RM27.38 bilion dalam sistem konvensional dan  RM5.17 bilion dalam dana Islam.

Kadar rujukan Islam semalaman kekal pada 3.21 peratus manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing berada pada 3.28 peratus, 3.33 peratus dan 3.37 peratus.

Penanda aras kadar tiga bulan antara bank berada pada 3.74 peratus.
 

sumber : astroawani.com/

BR1M: Tambah RM50 tiada makna apa pun



KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan nilai tambahan sebanyak RM50 dalam pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini tidak bermakna apa-apa.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, ia kerana nilai itu tidak dapat mengawal inflasi.

"Saya rasa RM50 itu tidak bermakna apa-apa pun kerana kadar inflasi sekarang lebih daripada 5 peratus.

"Jika dia naik daripada RM950 kepada RM1000, kadar naik 5 peratus sahaja, tidak boleh 'cover' inflasi...maknanya? Kosong," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Dalam pembentangan bajet 2016, pemberian BR1M untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah akan ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000 dan isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 akan ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800.

Manakala individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan berkata, kenaikan RM50 itu tidak memadai dengan kenaikan harga barangan muktahir ini ditambah dengan kejatuh nilai mata wang negara.

"Saya pada dasarnya menolak pemberian BR1M kerana ia tidak setaraf dengan malapetaka yang sedang melanda negara. Kenaikan RM50 itu tidak memadai dengan kenaikan harga barang, mata wang yang sedang jatuh dan sebagainya.

"RM50 itu untuk setahun. Kadar inflasi kita, harga barang, tol, tarif elektrik dan sebagainya pun sudah lebih daripada RM50. Kenaikan ini hanya syok sendiri sebab dia perlukan 'point-point' untuk bentang.  Jadi, saya rasa pemberian BR1M ini tidak sepatutnya diteruskan," katanya.

Malah beliau turut melahirkan melahirkan melahirkan Bajet kali ini tidak membawa apa-apa dasar untuk pembangunan ekonomi negara.

"Saya lihat pembentangan bajet kali ini tidak banyak 'point' dan habis lebih awal daripada tahun lepas. Maka, saya rasa beliau perlukan 'point' yang banyak sebab itu beliau asyik ulang 'tambah RM50' beberapa kali.

"Saya tidak puas hati dan kecewa keran tiada apa-apa dasar yang dibawa untuk pembangunan ekonomi. Tiada juga dasar yang dibawa untuk membangunkan mata wang kita yang sedang jatuh. Nampak di situ ini bajet syok sendiri yang tidak memperhalusi penderitaan rakyat. Ini bukan bajet rakyat," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, kerajaan menambah 'gula-gula' untuk diberi kepada rakyat, namun masalah dasar negara masih terus memburuk.

"Kalau begitu ramai jumlah penerima...hampir 5 juta, itu bermaksud, kadar gaji yang diterima rakyat di negara ini tidak mencukupi untuk menangani inflasi.

"Jadi, kenapa kerajaan masih lagi melaksanakan dasar yang akhirnya membebankan mereka? Tambah gula-gula tapi masalah dasar masih lagi diburukkan oleh kerajaan," katanya.

sumber : sinarharian.com.my/

Friday 23 October 2015

Wanita Mangsa Keganasan di Bachok Kelantan Tampil Dedah Kisah Sebenar



Wanita Mangsa Keganasan di Bachok Kelantan Tampil Dedah Kisah Sebenar“Saya tak salah dalam hal itu, sebaliknya menjadi mangsa keadaan. Namun mereka menyerang saya seperti samseng.

“Disebabkan kejadian itu saya takut untuk keluar rumah dan trauma hingga kini,” “Kes dalam perhatian pihak berkuasa dan saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dan bersyukur mereka ditahan.

“Saya berharap mendapat pembelaan sewajarnya kerana yakin tidak bersalah dalam hal ini. Semua yang terjadi akibat rasa tidak puas hati dan salah faham,"

“Kerana masih tidak puas hati, dia mencari saya lagi ketika saya ke Wakaf Mek Zainab untuk ke rumah rakan. Ketika itu saya menunggu di dalam kereta dan secara tiba-tiba diheret keluar.

“Mereka pukul saya dengan teruk dan merakam kejadian yang berlaku jam 7 pagi. Saya tak tahu apa yang dia dendam sangat kerana tidak mempunyai hubungan dengan teman lelakinya seperti didakwa. 

“Saya juga tidak tahu-menahu mengenai barang kemas yang didakwanya dalam milikan saya. Dia sebenarnya mencari seorang rakan saya di Kuala Terengganu kerana masalah antara mereka,”


Itulah antara kata-kata dari mangsa pukul beberapa wanita termasuk seorang gangster warna rambut karat yang menjadi viral baru-baru ini. 

Mangsa dikenali sebagai Nila, 22, telah dibelasah amat teruk dan dimalukan oleh gang rambut karat itu hanya kerana salah faham serta didakwa menjalin hubungan sulit dengan teman lelaki pelaku serta suami orang.

Kejadian berlaku di Wakaf Mek Zainab, di sini, 15 Oktober lalu dan menyebabkan tiga wanita berusia 20-an ditahan polis sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. 

Nila berkata dia tiada upaya melawan kembali perbuatan wanita terbabit kerana hanya seorang diri dipukul secara beramai-ramai.

Nila yang juga ibu anak satu itu bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan teruk, sebaliknya hanya menerima rawatan pesakit luar di hospital. 

Menceritakan kejadian itu, Nila berkata, sebelum insiden, dia dipukul wanita sama pada 13 Oktober kerana rasa tidak puas hati, namun tiada pihak merakam kejadian itu

sumber : eberita.org

Bajet 2016 Cukai Naik Dan Juga BRIM 2016 Naik Antara RM100 Hingga RM150? Apa Kata Anda?

Ringgit Malaysia sempat mengukuh sehingga RM4.09 bagi satu dolar Amerika pada 9 Oktober 2015 tetapi secara tiba-tiba menunjukkan trend ringgit Malaysia terus jatuh ke paras RM4.30 untuk setiap satu dolar Amerika sejak 12 Oktober 2015. 

Ini semua gara-gara dapatan daripada kajian yang dilakukan sendiri oleh Maybank mengenai kemungkinan besar intipati Bajet 2016 Malaysia pada 23 Oktober 2015 ini antara lain terkandung pengumuman cukai bakal naik dan menjadi lebih tinggi untuk tujuan mengimbangkan semula kehilangan pendapatan negara disebalik kejatuhan harga minyak dunia pada ketika ini. 

Walaubagaimanapun BIMB Security berdasarkan kajiannya merasakan cukup dengan pendapatan tambahan yang diperolehi kerajaan melalui pelaksanaan cukai GST 6 peratus disebalik kelembapan harga minyak dunia sekarang.

Jangkaan Maybank : Bajet 2016 Cukai dan BRIM Naik?


Berikut di bawah ini, Berita Semasa senaraikan lagi jangkaan intipati Bajet 2016 :

  1. Kemungkinan perbelanjaan pembangunan akan naik dari RM48.5 bilion kepada RM52 bilion
  2. Defisit fisikal akan dikurangkan daripada 3.5 peratus kepada 3.2 peratus
    Kerajaan akan mengumumkan sesuatu melibatkan beberapa projek berimpak tinggi termasuklah KVMRT2, LRT3, landasan berkembar Gemas-JB, Lebuhraya Pan Borneo, RAPID Penerangan, TRX, Kwasa
    Damansara, KL118 ataupun dikenali Warisan Merdeka, BB City Centre
  3. Najib akan umumkan kenaikan cukai?
  4. Butiran projek keretapi laju KL – Singapore tidak dibentangkan dan dijangka projek tersebut akan ditunda sehingga tahun 2018.
  5. Semakan pelaksanaan gaji minimum
  6. Akan memberikan tumpuan kepada projek-projek pembinaan rumah mampu milik di Malaysia
  7. Berita baik kepada penyokong BR1M dan bakal penerima seterusnya duit bayaran Brim, dijangka akan naik sejumlah antara RM100 hingga ke Rm150. Nantikan!

beritasemasa.com.my/

Thursday 22 October 2015

BR1M bukti kerajaan salah guna kuasa

 

KUALA LUMPUR - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan sudah salah guna kuasa, dakwa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Kata Ahli Parlimen DAP itu, pemberian BR1M adalah bentuk bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada golongan tertentu sahaja dan bukannya diberi kepada kebanyakan rakyat negara ini.

"Sebenarnya dasar BR1M adalah dasar yang boleh diterima. Namun ia telah disalahgunakan (fungsinya) dan bantuan itu telah diberikan kepada (terlalu) ramai orang.

"Kalau mahu beri sahaja kepada orang miskin. Itu tak ada masalah.. Tetapi kalau semua orang dapat (hampir 40 peratus rakyat Malaysia dapat), ia sudah dikira seperti satu bentuk penyalahgunaan kuasa," katanya ketika ditemui Sinar Online.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas mengenai pemberian BR1M yang akan menjadi sebahagian perkara yang disentuh dalam pembentangan Bajet 2016 esok.

"Kita kena tengok angka belanjawan yang dibentang esok dalam Bajet 2016. Selepas itu baru kita boleh cerita pasal (tentang) ini," katanya lagi.

sumber : sinarharian.com.my

Jerebu Kuning : Bacaan IPU Jabatan Alam Sekitar Malaysia VS Aduan Rakyat?



Ramai-ramai yang mula tertanya-tanya kesahihan dan meragui bacaan IPU Jerebu terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) apabila realiti yang mereka hadapi dengan keadaan jerebu di luar sana dirasakan kalangan ibu bapa dan rakyat Malaysia seakan tidak sama dengan data yang dikeluarkan JAS bagi seluruh kawasan negeri di Malaysia.

Jerebu Kuning : Bacaan IPU Jabatan Alam Sekitar Malaysia VS Aduan Rakyat?

Aduan yang Berita Semasa terima adalah :
  1. Bacaan rendah, tetapi keadaan jerebu di luar sana dirasakan mereka lebih daripada kebiasaannya sehingga sudah dirasakan bau asap
  2. Rakyat Malaysia sudah merasakan timbulnya jerebu kuning. Bacaan jerebu 100+, sedangkan di luar sana sudah kelebihan seperti jerebu kuning kata rakyat Malaysia
  3. Sehingga ada yang mengatakan, mereka lebih selesa mengikut andaian sendiri dirasakan lebih tepat kerana menghadapi sendiri situasi sebenar di luar sana berbanding bacaan IPU Jabatan Alam Sekitar
Walaubagaimanapun Jabatan Alam Sekitar JAS telah tampil menjelaskan keadaan dan fenemona jerebu kuning yang telah menjadi kerisauan dikalangan rakyat Malaysia apabila mereka menjelaskan :
  1. Jabatan Alam Sekitar JAS menafikan adanya fenomena jerebu kuning di Malaysia pada ketika ini
  2. Keadaan dan indikator bacaan kepekatan karbon monoksida masih lagi ditahap yang rendah iaitu masih kurang daripada Recommended Malaysian Air Quality (Garis panduan Kualiti Udara Malaysia) iaitu di bawah 30 ppm (1 jam) atau 35 mikrogram per meter padu (1 jam)
  3. Bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) di Malaysia adalah mengikut standard antarabangsa
  4. Bacaan jerebu di Malaysia melalui Jabatan Alam Sekitar adalah kiraan purata untuk setiap 24 jam
Jikalau anda mahu pilihan lain selain daripada semakan daripada JAS, anda boleh juga gunakan kemudahan dan klik link di bawah ini :
  1. Bacaan IPU Jerebu Terkini di Malaysia tahun 2015. (Sumber Antarabangsa)
  2. apims.doe.gov.my
P/S : Mungkin terlampau banyak yang sukar dipercayai telah berlaku di Malaysia. Sehinggakan bacaan IPU jerebu pun dikatakan tidak boleh dipercayai. 

sumber : beritasemasa.com.my/