Ini semua gara-gara dapatan daripada kajian yang
dilakukan sendiri oleh Maybank mengenai kemungkinan besar intipati Bajet 2016
Malaysia pada 23 Oktober 2015 ini antara lain terkandung pengumuman cukai bakal
naik dan menjadi lebih tinggi untuk tujuan mengimbangkan semula kehilangan
pendapatan negara disebalik kejatuhan harga minyak dunia pada ketika ini.
Walaubagaimanapun BIMB Security berdasarkan
kajiannya merasakan cukup dengan pendapatan tambahan yang diperolehi kerajaan
melalui pelaksanaan cukai GST 6 peratus disebalik kelembapan harga minyak dunia
sekarang.
Jangkaan Maybank : Bajet 2016 Cukai dan BRIM Naik?
Berikut di bawah ini, Berita Semasa senaraikan
lagi jangkaan intipati Bajet 2016 :
- Kemungkinan perbelanjaan pembangunan akan naik dari RM48.5 bilion kepada RM52 bilion
- Defisit
fisikal akan dikurangkan daripada 3.5 peratus kepada 3.2 peratus
Kerajaan akan mengumumkan sesuatu melibatkan beberapa projek berimpak tinggi termasuklah KVMRT2, LRT3, landasan berkembar Gemas-JB, Lebuhraya Pan Borneo, RAPID Penerangan, TRX, Kwasa
Damansara, KL118 ataupun dikenali Warisan Merdeka, BB City Centre - Najib akan umumkan kenaikan cukai?
- Butiran projek keretapi laju KL – Singapore tidak dibentangkan dan dijangka projek tersebut akan ditunda sehingga tahun 2018.
- Semakan pelaksanaan gaji minimum
- Akan memberikan tumpuan kepada projek-projek pembinaan rumah mampu milik di Malaysia
- Berita baik kepada penyokong BR1M dan bakal penerima seterusnya duit bayaran Brim, dijangka akan naik sejumlah antara RM100 hingga ke Rm150. Nantikan!
beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment