Wednesday, 21 October 2015

Gaji Fresh Graduate 2015 di Malaysia Antara RM2,100 dan RM2,300.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia Bhd atau lebih dikenali dengan TalentCorp, Johan Mahmood Merican telah mengeluarkan statistik-statistik yang dirasakan beliau sebagai seorang CEO Talencorp sesuatu yang boleh dibanggakan.

Apa dia statistik yang ingin dikongsikan beliau, antaranya?

  1. Keadaan ekonomi semasa negara bukan cerminan kepada pasaran kerja hari ini
  2. Kadar pengangguran di malaysia masih lagi rendah katanya, sekitar 3.2 peratus naik sedikit berbanding 3.0 peratus sebelum ini
  3. Graduan yang telah diserapkan ke dalam Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Skim Pengurusan Kebolehpasaran Graduan (GEMS) akan bertambah kepada 15,000 pada tahun 2016 kelak
  4. Beliau mengatakan gaji fresh graduate di Malaysia pada tahun 2015 adalah lebih kurangan sama dengan gaji fresh graduate tahun 2014 iaitu antara RM2,100 dan RM2,300. Setuju?

Gaji Fresh Graduate Antara RM2,100 dan RM2,300 Tahun 2015 VS 2007?


Tertanya-tanya Berita Semasa adakah gaji fresh graduate sekarang ini yang ditawarkan antara RM2,100 dan RM2,300 sebagai satu kejayaan?

Sepengetahuan Berita Semasa pada tahun 2007 lagi sudah ada tawaran gaji fresh graduate sekitar :

·         1st kerja : RM2,300

·         3 bulan confirm : RM2,500

·         1 Tahun kerja : RM3,000


Itu tahun 2007, kita singkap untuk tempoh yang lebih panjang iaitu pada tahun 1989. Pada tahun tersebut gaji seorang akauntan sekitar RM1,800 bagi gaji fresh graduate. Sekarang? Itu sebab jangan salahkan rakyat Malaysia yang berhijrah keluar ke luar negara.

Tiba-tiba Talencorp ditubuhkan mahu kerja-kerja mereka-mereka ini untuk balik pulang ke Malaysia dalam keadana pasaran gaji di malaysia masih lagi lembap dan menekan pekerja mereka.

Dibanding paras gaji fresh graduate di Malaysia tahun 2007 hingga 2015, apa yang mahu dibanggakan? Apa yang mahu dicanangkan ke seluruh pelusuk negara? Masih lagi paras tersebut gaji fresh graduate?

Hakikatnya hari ini :


·         nasi lemak 20 sen dahulu sama seperti nasi lemak seringgit sekarang

·         nasi lemak 50 sen dahulu sama seperti sepinggan nasi lemak premium sekarang


P/S : Inilah jadinya kerajaan Malaysia dilihat masih lagi gagal dalam melakukan kajian yang begitu komprehensif melihat pasaran kerja untuk setiap permintaan kerja dari industri dan sektor pekerjaan lain di Malaysia. Akhirnya gaji di Malaysia turut sama depressed dek kerana lambakan graduan yang keluar setiap tahun. 

sumber : beritasemasa.com.my/

No comments: