Saturday, 14 November 2015

Low Yat 'kecoh' lagi

 
PEKERJA yang diekori suspek bekerja di Plaza Low Yat.

Kuala Lumpur: Plaza Low Yat di Bukit Bintang sekali lagi terpalit dengan insiden kekacauan selepas seorang lelaki kurang siuman mengamuk dan menumbuk pekerja menjual telefon di lokasi itu, malam kelmarin
Difahamkan, suspek berusia 27 tahun berang selepas motosikal ditunggang dihimpit kereta Honda Civic dipandu seorang lelaki yang juga pekerja kedai telefon bimbit berhampiran Taman Maluri, jam 9.30 pagi Khamis lalu. 

Suspek kemudiannya mengekori kereta itu sehingga ke parkir Plaza Low Yat sebelum memukul belakang mangsa dan but kereta menggunkan topi keledarnya. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, mangsa yang takut dibelasah kemudiannya bertindak melarikan diri Menurutnya, suspek dipercayai berlegar-legar di dalam kompleks itu sebelum dilihat keluar semula selepas ditegur pengawal keselamatan kerana menghisap rokok. 

“Pada jam 7.20 malam kelmarin, suspek sekali lagi muncul di pusat beli-belah itu dan bertanyakan alamat rumah serta jadual kerja mangsa. 

“Tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan, suspek kemudian menumbuk rakan sekerja mangsa sebelum ditahan pengawal keselamatan Low Yat,” katanya dalam sidang media, semalam. 

Kejadian itu turut dirakam seorang lelaki menggunakan tablet miliknya sebelum suspek merampas barangan itu dan mencampakkannya. 

Zainol berkata, siasatan awal polis mendapati suspek mempunyai masalah psikiatri berdasarkan kad rawatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dibawa bersama-sama. 

Katanya, suspek ditahan reman mulai semalam sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan selanjutnya.

“Polis menerima empat laporan polis termasuk daripada mangsa dan rakannya mengenai insiden berkenaan. “Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya. 

sumber : hmetro.com.my/

Dengan Idea Paling Bodoh di Dunia. 2 Lelaki Ini Jadi Kaya Raya.

 

Dua lelaki di dalam gambar di atas adalah Alan Whitman dan Andrew Masters. Mereka berdua adalah jenis yang tidak mahu 'membesar' tapi apa yang best, mereka masih lagi berjaya buat duit yang banyak.

Bagaimana?

Dengan mencipta satu spray yang dipanggil 'Liquid Ass'; cecair yang boleh menghasilkan bau yang tersangat busuk.
 

Semuanya bermula ketika Whitman berada di sekolah - ibu bapa Whitman memberikannya satu kit chemistry dan dia menggunakan bahan-bahan di dalam kit tersebut untuk mencipta satu kombinasi bau longkang, punggung dan bangkai haiwan. Dia menggunakannya untuk mem'prank' seorang guru bahasa Inggeris yang dia tidak suka, dan pada saat itu dia sedar bahawa dia kini memiliki satu 'senjata' yang sangat berkuasa.

Namun ramuan itu tidak berguna baginya sehinggalah 10 tahun lalu, dimana dia hampir dipecat dari sebuah syarikat pembuat trak. Hubungan yang tidak baik antara dirinya dan pihak pengurusan menyebabkan dia mengeluarkan kembali 'senjata' lamanya. Ketika itu dia sudah mengenali Masters yang turut mempunyai masalah dengan pihak pengurusan.
 

Whitman dan Master meletakkan sedikit Liquid Ass berdekatan dengan mikrowave di bilik rehat dan menunggu 'bau' itu mula bekerja. Hasil dari cecair Liquid Ass, seluruh kawasan itu berbau busuk namun pekerja-pekerja lain tidak dapat mengenalpasti punca bau busuk itu walaupun mereka sudah mencuba pelbagai cara; termasuklah membaiki saluran air, menukar mikrowave, membuang karpet, dan menutup bilik air; namun tiada apa yang berhasil.

Setelah itu, Whitman dan Master berhenti dari syarikat itu namun tahu apa yang perlu mereka buat seterusya, memastikan 'senjata' mereka dikongsi kepada mereka yang memerlukannya.

Whitman dan Masters masing-masing melabur $18,000 untuk produksi dan marketing "Liquid Ass" dan pada ketika itu keluarga mereka sudah mula memikirkan mereka berdua gila. Isteri Whitman melawan sekeras-kerasnya idea tersebut manakala keluarga Masters memikirkan Masters sudah gila. Namun semua tanggapan itu terbukti salah apabila "Liquid Ass" menjadi satu kejayaan besar dua tahun selepas itu.

Mereka mula dibanjiri dengan pesanan untuk Liquid Ass. Orang ramai membeli Liquid Ass untuk pelbagai prank termasuklah menyemburnya di dalam locker dan membalas dendam kepada jiran-jiran bising. Kerana kepelbagaian guna Liquid Ass, Whitman dan Masters turut menjenamakan semula produk itu kepada BARTFume, Tex-Ass, Fake Dog Poop dan Bad Karma, tapi pada hakikatnya ia hanyalah produk yang sama. Lebih menarik, Liquid Ass kini bukan sahaja digunakan untuk prank, tetapi ia juga digunakan untuk melatih ahli perubatan professional.
 

sumber : siakapkeli.my/

Cukai Pendapatan, Eksais, GST Berjumlah RM82 Bilion VS Cukai Korporat 2016 RM74 Bilion

 

Berita baik pada pembentangan Bajet 2016 Malaysia tempoh hari kalangan penerima BR1M akan menerima kenaikan pembayaran BR1M iaitu tambahan sebanyak RM50 lagi setahun atau bersamaan 14 sen satu hari. 

Walaubagaimanapun setiap yang naik akan ada yang turun. Jikalau pembayaran Br1M naik, peruntukan untuk subsidi kepada rakyat marhaen semakin berkurang. Apa yang telah berkurang dan semakin meningkat?

Pendapatan Kerajaan Malaysia VS Perbelanjaan Untuk Rakyat Marhaen?


  1. Subsidi minyak telah dihapuskan
  2. Adakah pemotongan subsidi minyak masakan akan menunggu giliran selepas ini? Seperti kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah bagi mengukuhkan fiskal negara?
  3. Peruntukkan kepada universiti dipotong sejumlah RM1.4 bilion
  4. Kutipan GST terus melonjak naik daripada RM27 bilion pada tahun 2015 ini kepada RM39 bilion pada tahun 2016. Terima kasih kepada sumbangan daripada penganggur, ahli perniagaan, peniaga, kakitangan awam, kakitangan swasta, pelajar, orang miskin, orang kampung, orang bandar dan orang kaya.
  5. Kutipan cukai pendapatan dijangka akan melepasi kutipan cukai korporat
  6. Kutipan cukai eksais termasuk kepada kereta, rokok dan lain-lain lagi meningkat RM200 juta kepada RM12.4 bilion tahun 2016 berbanding RM12.2 bilion tahun 2015
  7. Cukai pendapatan naik kepada RM30 bilion tahun 2016 berbanding cukai pendapatan tahun 2015 sebanyak RM28 bilion

Dan buat pertama akalinya dalam sejarah Malaysia, pada tahun 2016 sumbangan cukai individu meliputi cukai GST, cukai pendapatan dan juga cukai eksasi telah berjaya melepasi cukai korporat.


·         Cukai individu 2016 (eksais, pendapatan, GST) : RM82 bilion

·         Cukai korporat 2016 : RM74 bilion


Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Datuk Ahmad Maslan :

·         Subsidi minyak 2009 : RM6.2 bilion (minyak USD62)

·         Subsidi minyak 2010 : RM9.6 bilion (minyak USD80)

·         Subsidi minyak 2011 : RM20.4 bilion (minyak USD111)

·         Subsidi minyak 2012 : RM24.7 bilion (minyak USD112)

·         Subsidi minyak 2013 : RM24.8 bilion (minyak USD110)

·         Subsidi minyak 2014 : sekitar RM21 billion


Semua angka-angka subsidi ini sudah tiada lagi. Ini bermakna kerajaan sudah banyak berjimat, dan tidak perlu lagi memikirkan perbelanjaan untuk mengurangkan kos pengangkutan kenderaan rakyat Malaysia dan juga pengangkutan logistik di Malaysia. Tidak perlu lagi.

Persoalannya sekarang ini, mana pergi duit subsidi minyak yang bilion-bilion ini? Sehingga ke hari ini tidak diketahui perincian pergi ke mana? 

sumber : beritasemasa.com.my/

Friday, 13 November 2015

Tak Tahu Malu!!! Budak Sekolah Ajar ‘Step’ Buat Sæks. Lihat video

 

ALAHAI… rasa nak menangis tengok perangai budak-budak sekolah zaman sekarang. 

Mana tidaknya, baharu berusia belasan tahun sudah berani mengajar rakan mengenai cara-cara melakukan seks. 

Lebih mengejutkan, ilmu seks itu dihebahkan oleh seorang pelajar perempuan yang bertudung litup dalam sebuah sekolah menengah. 

Buktinya, lihat video yang dirakam oleh rakannya ini. Tak senonoh dan langsung tidak tahu malu! 

Menerusi video berdurasi 17 saat itu, pelajar berkenaan dilihat memegang telefon bimbit yang tertera dengan imej aksi-aksi lucah sambil mendedahkan cara-cara melakukan seks. 

Antara ayat yang disebut oleh pelajar tersebut adalah, “raba-raba” dan “korek-korek” sambil melakonkan aksi sedang bermain seks. 

Kelakuan pelajar perempuan ini ternyata mengundang kritikan sebaik sahaja ianya tersebar. 

Semoga perkara ini disiasat oleh pihak kementerian pendidikan agar kejadian sama tidak berulang. “Wahai Wanita, Mana Hilangnya Harga Dan Maruah Diri”?


sumber : mynewshub.cc

Bayi perempuan dilahir berkepala dua di Bangladesh

Seorang bayi perempuan berkepala dua telah dilahirkan melalui pembedahan di sebuah hospital di Bangladesh pada Khamis. –AFP

DHAKA: Seorang bayi perempuan berkepala dua telah dilahirkan melalui pembedahan di sebuah hospital di Bangladesh pada Khamis, lapor pegawai perubatan tempatan.

Menurut bapa bayi tersebut, anaknya dilahirkan lewat malam Rabu dan kini dirawat kerana mengalami masalah pernafasan selepas keluar dari unit rawatan rapi di sebuah hospital terbesar di Dhaka.

"Saya terkejut melihat bayi saya. Mempunyai dua kepala yang sempurna. Makan dengan dua mulut dan bernafas dengan dua hidung," kata Jamal Mia, bapa kepada bayi tersebut.

"Namun, saya bersyukur kepada Allah kerana anak dan isteri berada dalam keadaan baik,” kata Mia kepada AFP.

Abu Kawsar, pemilik Hospital Standard Total Healthcare di mana bayi itu dilahirkan berkata ujian awal tidak menunjukkan bayi tersebut mempunyai dua kepala, hanya satu set organ-organ penting.

"Bayi itu dilahirkan dengan organ sempurna, kecuali dengan kepala dua,” kata Kawsar kepada AFP.

Beribu-ribu orang membanjiri hospital di Brahmanbaria, kira-kira 120 dari timur Dhaka, untuk melihat bayi tersebut.
 

Sebelum ini, seorang bayi berkepala dua turut dilaporkan dilahirkan di Bangladesh pada tahun 2008, namun telah meninggal dunia. 

sumber : astroawani.com/

"Harum manis" pertama gugur 19 November

 

ALOR SETAR – Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah memberi gambaran bahawa ‘harum manis’ pertama akan gugur dalam masa terdekat. 

Pengerusinya, Dr Ismail Salleh berkata, harum manis yang dimaksudkan ialah pemimpin dan ahli yang luarannya pengikut Pas tetapi dalamannya menyokong Amanah. 

“Kita seolah dicabar untuk menunjukkan bukti bahawa wujudnya ahli Pas yang cenderung kepada Amanah.
“Maka kita akan tunjuk bukti kepada mereka dalam bentuk gugurnya buah itu. Sekarang kita bagi mereka bau dulu bunganya,” katanya kepada media di Ibu Pejabat DAP Kedah, Jalan Putra, di sini, semalam. 

Menurutnya, maklumat lanjut berhubung perkara itu akan didedahkan pada 19 November ini kerana terpaksa menunggu ‘harum manis’ tersebut masak sebelum boleh diambil dan kupas.

Difahamkan, gelombang pertama ‘harum manis’ itu adalah melibatkan lebih 300 ahli Pas Kawasan Pokok Sena. 

Mengulas lanjut perkara itu, Ismail mengesahkan terdapat beberapa pemimpin besar dalam Pas Kawasan juga akan terlibat.

“Buat masa ini ia hanya melibatkan peringkat kawasan. Di peringkat negeri kita akan buat pada gelombang berikutnya nanti,” katanya. 

Pas Kedah sebelum ini tidak bimbang dengan dakwaan wujudnya ‘harum manis’ yang dikatakan cenderung kepada Amanah walaupun masih bergelar ahli pas.

Timbalan Pesuruhjaya III, Muhammad Sanusi Md Noor turut mencabar Amanah untuk menunjukkan bukti jika benar terdapat ‘harum manis’ dalam parti Islam itu. 

Pada perkembangan lain, Ismail turut menegaskan bahawa Amanah Kedah belum berbincang mengenai hasrat untuk bertanding di kawasan Pas.

“Kita berada dalam satu pakatan. Apa-apa keputusan akan dibincangkan dahulu dengan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan. 

“Lawan kita hanyalah BN. Bermakna hanya ada dua penjuru iaitu satu oleh Pakatan Harapan dan satu lagi oleh BN,” katanya.

Tambahnya, mana-mana parti lain yang tercicir daripada itu adalah dianggap melakukan pertandingan tiga penjuru dalam PRU14. 

“Kami dalam Pakatan Harapan hanya akan lawan BN, yang lain kami tidak kacau. Tapi kalau dia (Pas) masuk, dia lah yang akan buat tiga penjuru.

“Tentang spesifik Dun dan Parlimen itu bukan dalam bayangan kita lagi sebab masih di peringkat awal untuk tambah bilangan ahli,” katanya. 

sumber : sinarharian.com.my/

Thursday, 12 November 2015

Ular sawa gergasi tumpas

Ular sawa 120 kilogram sepanjang lapan meter yang berjaya ditangkap di Kampung Kelulut, Jom Solat malam kelmarin.

MARANG - Masalah ternakan penduduk terutama ayam yang sering hilang berakhir malah kebimbangan serta tanda tanya terjawab apabila seekor ular sawa gergasi sepanjang lapan meter berjaya ditangkap di Kelulut, malam kelmarin. 

Ular sawa seberat 120 kilogram itu berjaya ditangkap sekumpulan empat anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Marang dalam keadaan kekenyangan selepas menelan beberapa ayam milik penduduk kampung. 

Ketua operasi, Koperal Nik Mohd Firdaus Nik Riduan, 26, berkata, pihaknya menerima panggilan selepas penduduk mengadu menemui reptilia tersebut pada jam 10 malam. 

“Sebaik kami tiba, ular sawa gergasi itu bersembunyi dalam reban ayam. Ketika itu, berdasarkan lingkaran lilitannya, kami percaya ia reptilia paling besar pernah dilaporkan ditemui penduduk pada tahun ini. 

“Selepas didekati, kami dapati ular tersebut dalam keadaan kekenyangan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pejabat JPAM Marang, semalam. 

Menurutnya, dia bersama tiga lagi anggota mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan ular itu dari dalam reban ayam ke kawasan lapang sebelum berjaya memasukkannya ke dalam sangkar khas yang disediakan. 

Menurutnya, dengan penangkapan ular sawa itu, penduduk Kampung Kelulut kini tidak perlu lagi bimbang kehilangan haiwan ternakan. 

Difahamkan, reptilia itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri tidak lama lagi. 

sumber : sinarharian.com.my/

Dana 2.6B: SPRM Akan Ambil Keterangan Najib (Pelaku rasuah tidak boleh “Bersembunyi” selamanya)

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed

JOHOR BAHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat berhubung siasatan mengenai SRC International dan dana RM2.6 bilion yang diterima beliau. 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pihaknya sudah menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan Perdana Menteri sudah bersetuju untuk diambil keterangan. 

“SPRM sedang menunggu tarikh untuk menemu bual beliau (Najib) bagi memberi penjelasan berhubung isu-isu yang berkaitan siasatan,” katanya. 

Abu Kassim berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 16 Bil. 2/2014 (Penolong Penguasa Gred P29) dan Siri 17 Bil. 3/2014 (Penguasa Gred P41) di sini hari ini. 

Abu Kassim berkata SPRM menyasarkan untuk melengkapkan siasatan kes SRC International sebelum akhir tahun ini dengan syarat badan itu boleh mengakses kepada dua pengarah SRC International iaitu saksi penting yang masih berada di luar negara dan diambil keterangan mereka. 

“Pun begitu ia tidak menghalang SPRM daripada memanggil Najib untuk diambil keterangan,” kata Abu Kassim. 

Menurutnya SPRM menjalankan siasatan merangkumi kesemua aspek dan pegawai SPRM sedang bekerja keras untuk menyiapkan kertas siasatan mengikut tempoh masa yang disasarkan. 

Mengenai siasatan dana RM2.6 bilion, SPRM memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan kerana kebanyakan transaksi berlaku di luar negara dan ini memerlukan proses Mutual Legal Assistance (MLA), kata beliau. 

“SPRM memerlukan masa untuk mendapatkan kerjsama beberapa pihak di luar negara,” kata Abu Kassim.
Beliau berkata sementara SPRM berhasrat menyelesaikan siasatan isu SRC International dan dana RM2.6 bilion dengan segera, namun badan itu tidak akan berkompromi dari segi kepentingan bukti dan saksi-saksi penting. 

SPRM akan memaklumkan status siasatan dari masa ke semasa kepada badan-badan bebas yang memantau perjalanan SPRM, katanya. 

Beliau seterusnya berkata sebagai sebuah suruhanjaya bebas, SPRM mengambil kira harapan semua pihak termasuk kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu pada awal Oktober. 

“SPRM memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional mengikut Akta SPRM 2009,” katanya. – BERNAMA 


mynewshub.cc/

Harga Minyak Dunia Jatuh dan Turun? Terkini, Goldman Sachs Jangka US$20 Setong?

 

Dahulu Petroleum dianggap sebagai emas hitam. Emas hitam bagi sesebuah negara yang kaya dengan limpahan petroleum. Kini, emas hitam dilihat semakin pudar sinar sekurang-kurangnya untuk 5 tahun daripada sekarang sehingga tahun 2020. Zaman melihatkan harga minyak dunia mencecah USD100 semakin berlalu.

Kita telah melihat sendiri harga minyak dunia daripada USD$105 setong sehingga pertengahan tahun 2013, jatuh mendadak sehingga ke paras harga minyak dunia serendah US$42.93 hari ini.
Apa punca, faktor dan sebab harga minyak dunia jatuh seperti yang kita lihat harga terkini diperlihatkan hari ini?

Malah lebih teruk lagi apabila Goldman Sach telah tampil dengan ramalan dan jangkaan bahawa harga minyak dunia akan berada paras serendah US$20 setong? Itu kata Goldman Sach. Mengapa mereka katakan begitu?

Punca Harga Minyak Dunia Terkini Jatuh Mendadak?

  1. Permintaan kurang termasuk pergolakan yang berlaku di beberapa buah negara
  2. Kartel minyak terus tamak untuk korek seberapa banyak minyak, sehingga berlaku lambakan di pasaran dunia hari ini
  3. Tangki simpanan minyak tidak cukup untuk menampung pengeluaran hasil minyak hari ini termasuklah di Amerika Syarikat. Terlalu banyak pengeluaran, yang mana anda boleh saksikan sendiri dan semak gambar-gambar yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini nanti. Sedangkan setiap tangki hanya boleh isi maksimum 86 peratus sahaja kapasitinya, sehingga mungkin akan menyebabkan keadaan minyak telah dijual drastik bagi menyeimbangkan semula kapasiti tangki yang sedia ada.
Walaubagaimanapun, beberapa pakar ekonomi dan industri petroleum telah dipanggil untuk ditemuramah berdasarkan kenyataan dan pengumuman drastik daripada Goldman Sach, termasuklah:
  1. Boone Pick, Pengerusi BP Capital
  2. Ken Rogoff, Profesor Ekonomi dan Polisi Awam di Universiti Harvard
  3. Howard Ward, Ketua Pegawai Maklumat, GAMCO Investors
Apa yang mereka katakan dengan keadaan terbaru harga minyak dunia dengan kenyataan Goldman Sach ini?
  1. Harga minyak dunia tidak begoitu mudah untuk dijangka apatah lagi kepada paras USD20
  2. Harga minyak dunia tidak akan jatuh serendah itu, malah akan naik lagi selepas ini
  3. Goldman Sach jangka harga rendah sebegitu rupa, kerana memiliki begitu banyak saham dalam industri minyak dalam akan buat tuntung apabila harga minyak rendah
Dengan keadaan harga minyak dunia hari ini, ramai yang sudah menjangka syarkat gergasi minyak di seluruh dunia akan terasa peritnya termasuklah Petronas. Ramai yang juga sudah menjangka Petronas akan kehilangan lebih banyak pendapatan pada tahun ini. Persoalannya berapa banyak?

Berdasarkan pengumuman Ketua pegawai Eksekutif Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin :
  1. Dividen Petronas kepada kerajaan Malaysia akan turun sejumlah RM10 bilion daripada RM26 bilion kepada hanya RM16 bilion tahun ini. bermakna kerajaan akan kehilangan pendapatan negara. Nasib baik ada GST 6 peratus, hasil sumbangan penganggur, kanak-kanak, pelajar, orang tua, orang miskin, orang kaya, kakitangan swasta, peniaga dan juga kakitangan awam berdasarkan perbelanjaan mereka setiap hari ini
  2. Petronas rugi RM565 juta pada suku ketiga tahun 2015
  3. Ini adalah kerugian kedua dicatatkan dalam 4 suku terakhir kewangan Petronas.
P/S : Walaubagaimanapun kejatuhan nilai tringgit Malaysia teah menyelamatkan sedikit sebanyak Petronas daripada kehilangan lebih banyak pendapatan bersih mereka tahun ini. 

sumber : beritasemasa.com.my/