
Walaubagaimanapun setiap yang naik akan ada yang turun. Jikalau pembayaran
Br1M naik, peruntukan untuk subsidi kepada rakyat marhaen semakin berkurang.
Apa yang telah berkurang dan semakin meningkat?
Pendapatan Kerajaan Malaysia VS Perbelanjaan Untuk Rakyat Marhaen?
- Subsidi minyak telah dihapuskan
- Adakah pemotongan subsidi minyak masakan akan menunggu giliran selepas ini? Seperti kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah bagi mengukuhkan fiskal negara?
- Peruntukkan kepada universiti dipotong sejumlah RM1.4 bilion
- Kutipan GST terus melonjak naik daripada RM27 bilion pada tahun 2015 ini kepada RM39 bilion pada tahun 2016. Terima kasih kepada sumbangan daripada penganggur, ahli perniagaan, peniaga, kakitangan awam, kakitangan swasta, pelajar, orang miskin, orang kampung, orang bandar dan orang kaya.
- Kutipan cukai pendapatan dijangka akan melepasi kutipan cukai korporat
- Kutipan cukai eksais termasuk kepada kereta, rokok dan lain-lain lagi meningkat RM200 juta kepada RM12.4 bilion tahun 2016 berbanding RM12.2 bilion tahun 2015
- Cukai pendapatan naik kepada RM30 bilion tahun 2016 berbanding cukai pendapatan tahun 2015 sebanyak RM28 bilion
Dan buat pertama akalinya dalam
sejarah Malaysia, pada tahun 2016 sumbangan cukai individu meliputi cukai GST,
cukai pendapatan dan juga cukai eksasi telah berjaya melepasi cukai korporat.
·
Cukai individu 2016 (eksais,
pendapatan, GST) : RM82 bilion
·
Cukai korporat 2016 : RM74 bilion
Berdasarkan semakan Berita Semasa
terhadap kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Datuk Ahmad Maslan :
·
Subsidi minyak 2009 : RM6.2 bilion
(minyak USD62)
·
Subsidi minyak 2010 : RM9.6 bilion
(minyak USD80)
·
Subsidi minyak 2011 : RM20.4 bilion
(minyak USD111)
·
Subsidi minyak 2012 : RM24.7 bilion
(minyak USD112)
·
Subsidi minyak 2013 : RM24.8 bilion
(minyak USD110)
·
Subsidi minyak 2014 : sekitar RM21
billion
Semua angka-angka subsidi ini sudah
tiada lagi. Ini bermakna kerajaan sudah banyak berjimat, dan tidak perlu lagi
memikirkan perbelanjaan untuk mengurangkan kos pengangkutan kenderaan rakyat
Malaysia dan juga pengangkutan logistik di Malaysia. Tidak perlu lagi.
Persoalannya sekarang ini, mana
pergi duit subsidi minyak yang bilion-bilion ini? Sehingga ke hari ini tidak
diketahui perincian pergi ke mana?
sumber : beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment