Monday 9 November 2015

“Terbaru” Jupiter7 Telefon Pintar Dengan Vape Terbina (Lihat Video & Gambar)

NAMPAKNYA isu vape ataupun rokok elektronik adalah topik yang begitu kerap diperbualkan masyarakat. 

Seperti sedia maklum, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan telah melakukan serbuan terhadap kedai menjual vape di seluruh negara kerana kesalahan menjual produk bernikotin tanpa lesen. 

Perkara ini mendatang bantahan dari pengusaha vape seluruh negara yang terasa diri mereka teraniaya oleh serbuan secara tiba-tiba oleh kerajaan. 

Masa depan industri vape di Malaysia kini mungkin berada di dalam keadaan yang agak terumbang ambing.
Tetapi perkara sebaliknya berlaku di Amerika Syarikat apabila negara yang mempunyai bilangan tertinggi pengguna rokok elektronik ini telah menggeluarkan sebuah peranti pintar dengan vape terbina. 

Jupiter ialah sebuah telefon pintar Android yang mempunyai sistem vape terbina pada bahagian atas peranti.
Kedengaran seakan janggal sahaja tetapi peranti ini menggunakan sistem operasi Android 4.4 dan mempunyai skrin sebesar 5.3 inci. 

Keistimewaan Jupiter ialah ia mempunyai aplikasi khas yang membolehkan pengguna mengawal bagaimana vape beroperasi dengan hanya menekan skrin sesentuh.

Aplikasi ini bukan sahaja dapat mengawal voltan vape malah mengenalpasti perisa vape apakah yang sedang digunakan. 

Terdapat juga aksesori tambahan berbentuk paip shisha panjang yang boleh dipasang sekiranya diperlukan. Tidak banyak maklumat lain peranti ini diketahui setakat ini kecuali ia akan hadir dalam versi 3G dan 4G. Harga jualan versi 3G ialah AS$299 (RM862) manakala versi 4G ialah AS$499 (~RM2150) sebuah.

 
 
 


sumber : mynewshub.cc

No comments: