Saturday 14 November 2015

Low Yat 'kecoh' lagi

 
PEKERJA yang diekori suspek bekerja di Plaza Low Yat.

Kuala Lumpur: Plaza Low Yat di Bukit Bintang sekali lagi terpalit dengan insiden kekacauan selepas seorang lelaki kurang siuman mengamuk dan menumbuk pekerja menjual telefon di lokasi itu, malam kelmarin
Difahamkan, suspek berusia 27 tahun berang selepas motosikal ditunggang dihimpit kereta Honda Civic dipandu seorang lelaki yang juga pekerja kedai telefon bimbit berhampiran Taman Maluri, jam 9.30 pagi Khamis lalu. 

Suspek kemudiannya mengekori kereta itu sehingga ke parkir Plaza Low Yat sebelum memukul belakang mangsa dan but kereta menggunkan topi keledarnya. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, mangsa yang takut dibelasah kemudiannya bertindak melarikan diri Menurutnya, suspek dipercayai berlegar-legar di dalam kompleks itu sebelum dilihat keluar semula selepas ditegur pengawal keselamatan kerana menghisap rokok. 

“Pada jam 7.20 malam kelmarin, suspek sekali lagi muncul di pusat beli-belah itu dan bertanyakan alamat rumah serta jadual kerja mangsa. 

“Tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan, suspek kemudian menumbuk rakan sekerja mangsa sebelum ditahan pengawal keselamatan Low Yat,” katanya dalam sidang media, semalam. 

Kejadian itu turut dirakam seorang lelaki menggunakan tablet miliknya sebelum suspek merampas barangan itu dan mencampakkannya. 

Zainol berkata, siasatan awal polis mendapati suspek mempunyai masalah psikiatri berdasarkan kad rawatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dibawa bersama-sama. 

Katanya, suspek ditahan reman mulai semalam sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan selanjutnya.

“Polis menerima empat laporan polis termasuk daripada mangsa dan rakannya mengenai insiden berkenaan. “Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya. 

sumber : hmetro.com.my/

No comments: