Kita telah melihat sendiri harga minyak dunia daripada USD$105 setong
sehingga pertengahan tahun 2013, jatuh mendadak sehingga ke paras harga minyak
dunia serendah US$42.93 hari ini.
Apa punca, faktor dan sebab harga minyak dunia jatuh seperti yang kita lihat
harga terkini diperlihatkan hari ini?
Malah lebih teruk lagi apabila Goldman Sach telah tampil dengan ramalan dan
jangkaan bahawa harga minyak dunia akan berada paras serendah US$20 setong? Itu
kata Goldman Sach. Mengapa mereka katakan begitu?
Punca Harga Minyak Dunia Terkini Jatuh Mendadak?
- Permintaan kurang termasuk pergolakan yang berlaku di beberapa buah negara
- Kartel minyak terus tamak untuk korek seberapa banyak minyak, sehingga berlaku lambakan di pasaran dunia hari ini
- Tangki simpanan minyak tidak cukup untuk menampung pengeluaran hasil minyak hari ini termasuklah di Amerika Syarikat. Terlalu banyak pengeluaran, yang mana anda boleh saksikan sendiri dan semak gambar-gambar yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini nanti. Sedangkan setiap tangki hanya boleh isi maksimum 86 peratus sahaja kapasitinya, sehingga mungkin akan menyebabkan keadaan minyak telah dijual drastik bagi menyeimbangkan semula kapasiti tangki yang sedia ada.
Walaubagaimanapun, beberapa pakar ekonomi dan industri petroleum telah
dipanggil untuk ditemuramah berdasarkan kenyataan dan pengumuman drastik
daripada Goldman Sach, termasuklah:
- Boone Pick, Pengerusi BP Capital
- Ken Rogoff, Profesor Ekonomi dan Polisi Awam di Universiti Harvard
- Howard Ward, Ketua Pegawai Maklumat, GAMCO Investors
Apa yang mereka katakan dengan keadaan terbaru harga minyak dunia dengan kenyataan Goldman Sach ini?
- Harga minyak dunia tidak begoitu mudah untuk dijangka apatah lagi kepada paras USD20
- Harga minyak dunia tidak akan jatuh serendah itu, malah akan naik lagi selepas ini
- Goldman Sach jangka harga rendah sebegitu rupa, kerana memiliki begitu banyak saham dalam industri minyak dalam akan buat tuntung apabila harga minyak rendah
Dengan keadaan harga minyak dunia hari ini, ramai yang sudah menjangka
syarkat gergasi minyak di seluruh dunia akan terasa peritnya termasuklah
Petronas. Ramai yang juga sudah menjangka Petronas akan kehilangan lebih banyak
pendapatan pada tahun ini. Persoalannya berapa banyak?
Berdasarkan pengumuman Ketua pegawai Eksekutif Petronas Datuk Wan Zulkiflee
Wan Ariffin :
- Dividen Petronas kepada kerajaan Malaysia akan turun sejumlah RM10 bilion daripada RM26 bilion kepada hanya RM16 bilion tahun ini. bermakna kerajaan akan kehilangan pendapatan negara. Nasib baik ada GST 6 peratus, hasil sumbangan penganggur, kanak-kanak, pelajar, orang tua, orang miskin, orang kaya, kakitangan swasta, peniaga dan juga kakitangan awam berdasarkan perbelanjaan mereka setiap hari ini
- Petronas rugi RM565 juta pada suku ketiga tahun 2015
- Ini adalah kerugian kedua dicatatkan dalam 4 suku terakhir kewangan Petronas.
P/S : Walaubagaimanapun kejatuhan nilai tringgit Malaysia teah menyelamatkan
sedikit sebanyak Petronas daripada kehilangan lebih banyak pendapatan bersih
mereka tahun ini.
sumber : beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment