Tuesday, 10 November 2015

Bahaya VS Kebaikan Vape. Vape Diharamkan atau Bayar Cukai?

Baru-baru tersebarnya satu video yang menunjukkan adegan kakitangan awam Kementerian Kesihatan Malaysia yang didakwa sedang asyik menghisap vape. 

Ia sekaligus memberikan satu lagi pukulan kepada aspirasi Menteri Kesihatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri yang sedang bersungguh-sungguh membanteras budaya vape daripada awal. 

Walaubagaimanapun, undang-undang tetap undang. Nikotin tidak boleh sama sekali dijual tanpa ada lesen supaya memudahkan pemantauan pihak Kementerian. 

Tetapi serbuan dan rampasan cecair nikotin di kedai vape di seluruh Malaysia telah mendapat reaksi negatif terutamanya pelanggan dan kaki vape Malaysia lebih-lebih lagi pemilik kedai vape.
  1. Tidak patut katanya
  2. Mahu bunuh bisnes Melayu
  3. Tidak diberikan notis sebelum kedai mereka diserbu
  4. Tidak berikan sokongan kepada vape, sedangkan vape mampu mengurangkan jumlah perokok di Malaysia.
  5. Ada lagi mahu tambah?

Isu Vape Malaysia Kesan Bahaya dan Keburukan VS Kebaikan Vape?

Kata siapa? Kata mereka-mereka ini. Malangnya semakan Berita Semasa terhadap satu video penerangan dan taklimat di Youtube yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM sebalik isu vape Malaysia hanya dapat kurang 400 kali tontonan sahaja. Berbanding video kenyataan balas daripada kaki vape dan pemilik kedai vape Malaysia yang mendapat sambutan dan respon orang ramai. 

Sedangkan pada video penerangan KKM bagi Berita Semasa adalah satu video yang sangat baik untuk membantu orang ramai faham disebalik isu vape Malaysia ini termasuk kesan, keburukan dan bahaya vape ini untuk jangka masa panjang.

Tiada sekelumit ayat pun yang keluar daripada mulut daripada Datuk Dr Lokman Hakim Bin Sulaiman yang mengatakan mereka akan haram vape Malaysia apatah lagi mahu buat rampasan vape termasuk kepada liquid tanpa nikotin, tidak sama sekali. Haram atau tidak bukan bidang kuasa mereka tetapi kerajaan Malaysia. Jikalau ditanya Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka mahu haramkan rokok, rokok elektronik dan vape. Malangnya kerajaan tidak ada “political will” sepertimana rokok diharamkan oleh kerajaan Brunei. Kerajaan Malaysia?
  • Kesan bahaya dan keburukan rokok hanya dapat dikesan selepas 100 tahun lamanya
  • Dan Kementerian Kesihatan Malaysia juga tidak mahu masalah tersebut berlaku kepada kalangan yang hisap vape Malaysia
Bagi Berita Semasa apabila kalangan pelajar sekolah, budak-budak, dan tidak lupa juga wanita dan awek yang bertudung pun pandai sudah vape kemudian diviralkan video mereka di Facebook, di Youtube,

Instagram dengan perasaan bangga. Janganlah jakun sangat. Simpanlah sikit perasaan malu dalam diri kita.
Jadi, kerajaan memang perlu pantau dan ambil tindakan segera daripada peringkat awal lagi supaya vape ini bukan jadi satu budaya dan trend di Malaysia pula. 

Berita Semasa juga tidak mahu budaya dan gejala vape Malaysia menjadi satu lagi penyakit sosial orang Melayu. Budaya takpe jangan dibiarkan, takut-takut memakan diri kita semua.
  • Yang kakitangan KKM ambush atau serbu adalah melibatkan flavour dan liquid yang ada nikotin
  • Yang flavour tiada nikotin, KKM tidak akan serbu. Tetapi atas asas kesihatan, KKM melalui kenyataan Datuk Dr Lokman Hakim Bin Sulaiman sebagai pakar perubatan kesihatan awam rokok dan vape memang patut diharamkan berdasarkan syor WHO dan kajian pakar-pakar kesihatan yang lain
Bagi Berita Semasa mesej Menteri Kesihatan sangat baik : 

“Rakyat Malaysia sepatutnya menghirup udara segar bukan vape. Mesej kami jelas, jangan hisap vape kerana Tuhan menjadikan manusia bukan untuk menghisap bahan-bahan seperti itu. Berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri disebalik isu vape Malaysia, kesan keburukan kepada masyarakat jauh lebih bahaya daripada kesan kebaikan yang dilaungkan pemilik kedai vape dan kaki vape sendiri. Itu sebablah satu demi satu negara sudah mengumumkan vape diharamkan di negara mereka. 

sumber : beritasemasa.com.my/

No comments: