Sunday, 27 March 2016

[VIDEO] NGERI ! Padah Terlalu Gila Nak Berselfie, Remaja Maut Jatuh Dalam Gunung Berapi !


Yogyakarta – Seorang pendaki dipercayai maut selepas terjatuh ke dalam kawah Gunung Merapi di sini ketika cuba bergambar di puncak berkenaan.Seorang anggota penyelamat, Dimar berkata, mangsa yang dikenali sebagai Eri Yunanto, 21, jatuh ke dalam kawah gunung berapi itu pada Sabtu lalu.

“Eri terjatuh ke dalam kawah sedalam 200 meter ketika bergambar di puncak gunung berkenaan pada pagi Sabtu lalu,” katanya.

Menurutnya, mangsa dan empat rakannya yang juga pelajar di Universiti Atmajaya di Yogyakarta mula mendaki gunung berkenaan pada malam Jumaat lalu.

“Pada pagi Sabtu, Eri dan dua lagi rakannya meneruskan pendakian ke kawah gunung berapi setinggi 300 meter untuk bergambar.

“Selepas mangsa terjatuh, rakan-rakannya segera turun dan membuat laporan mengenai insiden itu kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Menurutnya, 100 anggota penyelamat melancarkan operasi mencari mangsa tetapi usaha berkenaan masih gagal.

“Keadaan dalam kawah itu sangat bahaya dan kami juga perlu memastikan keselamatan anggota penyelamat,” katanya. – Agensi/myMetro Online


Tiga Jam Buang Masa Bersorak di Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR – Wakil-wakil rakyat dari barisan kerajaan dan pembangkang di negara ini menghabiskan masa kira-kira tiga jam seminggu bercakar sesama sendiri ketika persidangan berlaku di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu jelas tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada kedua-dua pihak malah rakyat sudah tentu hairan melihat kelakuan wakil-wakil rakyatnya.

“Tapi jawapan yang diberi kepada saya, ‘inilah politik’,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Online.

Ketika ditanya tentang perbezaan dunia korporat dan politik yang dilaluinya, bekas Menteri Besar Selangor ini akui tidak gemar dengan sikap bermuka-muka yang wujud dalam arena politik.

“Sektor korporat ini kita lebih jelas, berfakta dan profesional tapi dalam politik, boleh jadi kadang-kadang kita bermuka-muka. Kita tunjuk depan kita terima tetapi di belakang kita tidak terima.

"Tidak semestinya dia cakap setuju itu, bermakna dia setuju. Itu mesti kita kurangkan. Saya harap perkara ini dikurangkan demi pembangunan negara.

“Saya dapati selepas saya tidak jadi menteri besar (pemimpin) terlalu banyak berpolitik. Politik sekarang menjadi terlalu kucar-kacir. Sebab orang asyik fikir politik. Pembangunan rakyat, bagaimana rakyat miskin yang kita boleh ubah tatacara pengurusan itu tidak sempat nak dibuat kerana sibuk bersorak di Parlimen,” katanya.

Menurutnya lagi, politik merupakan satu persaingan yang tiada undang-undang.

“Jadi, kalau kita main bola, angkat bola pakai tangan, pengadil akan (meniup wisel) berhentikan kita tapi dalam politik, kalau berlaku seperti itu, pengadil datang pun kita akan cuba jatuhkan bola dan boleh teruskan permainan. Maknanya ada kelonggaran yang sangat besar dalam politik ini,” katanya. - sinarharian.com.my/