Saturday 9 April 2016

Ladang Kelapa Sawit Diserbu Gara-Gara Kambing Bakar "Harga Rakyat"



WARUNG Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara yang terletak di Jalan Kasim, Meru, Klang sering diserbu pelanggan, terutama pada waktu tengah hari dan hari cuti.

Semuanya gara-gara kambing bakarnya yang dihidangkan bersama kuah kicap, sambal belacan dan nasi putih.

Pemilik warung, Supriyadi Sukadi, 43, berkata beliau tidak mempunyai sebarang rahsia dalam menyediakan makanan yang dijual, sebaliknya berkata beliau sentiasa ikhlas dan menawarkan hanya yang terbaik untuk pelanggan.

Bagaimanapun, beliau mengakui menggunakan resipi turun-temurun keluarganya dari Indonesia untuk menyediakan sambal dan kuah kicap, juga dalam memastikan daging kambingnya lembut, tidak kering dan tidak berbau.

Selain set kambing bakar yang dijual pada harga RM9, menu lain yang ditawarkan adalah ayam penyet, lele penyet, bakso dan sup tulang.

Warung yang mula dibuka pada Januari 2015 ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 12 malam. - mstar.com.my/

Friday 8 April 2016

"Saya silap kira, bukan RM42 bilion tapi..." [Lihat Video]

Tun Dr Mahathir Mohamad

PETALING JAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau tersilap sebelum ini apabila mendakwa sejumlah RM42 bilion telah hilang dari akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya, beliau berkata, laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ternyata mendapati jumlah yang jauh lebih besar iaitu RM50 bilion.

"Laporan PAC sebut bukan RM42 bilion tetapi RM50 bilion. Jauh lebih banyak, maka saya silap sebab sebelum ini saya nyatakan jumlah yang lebih kecil.

"Saya rasa RM50 bilion ini juga tidak betul, mungkin lebih dari itu," katanya ketika ditemui selepas menghadiri dialog Deklarasi Rakyat: Realiti atau Fantasi, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam blognya semalam bahawa laporan PAC yang diumumkan membuktikan tuduhan Mahathir terhadap 1MDB selama ini adalah tidak benar.

Ketika ditanya mengenai laporan PAC yang meminta bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim disiasat, Mahathir berkata, Najib sebagai pengasas 1MDB merupakan individu yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap syarikat itu.

"Saya simpati dengan (bekas) CEO, bukan dia yang tubuhkan 1MDB. 1MDB dimulakan oleh Najib dan dia penasihatnya.

"Semua yang berlaku kepada 1MDB dia patut tahu. Sebenarnya tiada apa boleh dilakukan tanpa persetujuan Najib, jadi kenapa hukum lelaki ini (Shahrol)," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Lembaga Pengarah 1MDB yang menawarkan untuk meletakkan jawatan, Mahathir berkata, 1MDB perlu dibubarkan secara keseluruhannya.

"Mereka langsung tidak buat apa-apa yang baik. Tunjuk kepada saya di mana RM42 bilion itu. Ia di sini dan di sana tetapi kita tidak nampak," dakwanya.

Dalam perkembangan lain, ditanya berhubung penahanan Rafizi Ramli, beliau mendakwa ia sebagai satu usaha untuk menghalang Ahli Parlimen Pandan itu daripada bercakap.

"Rafizi ini dia tak serik bercakap dalam Parlimen, jadi dua tiga hari ini simpan dia dulu lah (dalam penjara) supaya dia tak boleh bercakap," katanya.


Thursday 7 April 2016

5 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM300


MUNGKIN ramai yang ingin memiliki telefon pintar kedua untuk mengasingkan kegunaan dengan telefon peribadi atau ingin memberikan hadiah kepada mereka yang tertentu.

Tetapi masalah terbesarnya tidak mempunyai bajet yang mencukupi. Jangan risau, kami akan memberikan anda 5 senarai telefon pintar terbaik untuk dimiliki dengan harga bawah RM300 dan pastinya memuaskan pengguna.

1- Asus Zenfone C
Zenfone C merupakan telefon pintar yang menduduki tempat pertama kerana mempunyai keseimbangan dari segi spesifikasi, fungsi, rekaan dan nilai harga penjualannya. Zenfone C lebih berkuasa dari segi kamera dengan fungsi autofokus dan kebolehan merakam video setinggi 1080p. - Harga Original: RM288

2- Lenovo A1000
Telefon ini merupakan peranti yang cukup laju bagi sebuah peranti bajet. Ia hadir dengan Android 5.0 Lollipop dan mempunyai kapasiti memori dalaman sebanyak 8GB. Pengguna telefon ini dijamin mendapat penggunaan terbaik kerana Lollipop memerlukan hardware yang cukup berkuasa untuk beroperasi. - Harga Original: RM249

3- Microsoft Lumia
Telefon ini hadir dengan antaramuka Live Tiles yang ringkas dan sangat minimalis. Ia juga terkenal dengan pengoperasian yang lancar walaupun mempunyai spesifikasi yang rendah. Telefon ini mempunyai masalah kemaskini kerana tidak diberikan sistem kemaskini selari dengan android dan iOS. - Harga Original:RM250

4- Lenovo A616
Peranti ini menyediakan paparan skrin seluas 5.5 inci yang menjamin kepuasan bagi mereka yang menyukai paparan yang besar dan jeas. Bukan itu sahaja, ia merupakan satu-satunya telefon dalam senarai ini yang hadir dengan sokongan LTE untuk pelayaran pantas, 4G. - Harga Import/Ap: RM199

5- Samsung Galaxy V Plus
Samsung merupakan jenama telefon yang cukup gah masa kini dan juga merupakan jenama paling popular dengan pegangan market share sebanyak 22.5%. Peranti Galaxy V Plus ini merupakan keluaran terkini yang membawa ciri-ciri asas dan hadir dengan paparan skrin seluas 4.0 inci. - Harga Original: RM289 - mynewshub.cc/

Tuesday 5 April 2016

Dah Terima RM16K, Pengantin Perempuan Lesap Di Hari Nikah

GAMBAR HIASAN

BAKAL pengantin lelaki terpaksa berputih mata apabila ditipu bakal isteri serta keluarganya sebaik mendapati kediaman pengantin perempuan tidak berpenghuni, Sabtu lalu.

Pengantin lelaki yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan itu juga dikhabarkan sudah menyerahkan wang hantaran sebanyak RM16,000 sebelum menjelang hari pernikahannya.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, rombongan pengantin lelaki terpaksa menanggung malu dan rasa tertipu dengan tindakan keluarga terbabit.

Memetik laporan Sinar Harian, walaupun perbincangan majlis akad nikah dan perkahwinan belah pihak pengantin perempuan telah ditetapkan sebelum ini dan kad jemputan telah dibuat, namun jiran berdekatan memberitahu tidak mengetahui hal tersebut dan tidak mendapat jemputan.

Pasangan itu dikhabarkan sudah mengikat tali pertunangan pada pertengahan tahun 2014.

“Mengikut perjanjian semasa majlis pertunangan, mereka sepakat menunggu tempoh dua tahun bagi memberi peluang kepada bakal pengantin lelaki mengumpul wang hantaran RM19,000.

“Bakal pengantin lelaki yang hanya bekerja sebagai posmen di Kuala Lumpur berjaya mengumpulkan wang hantaran hasil titik peluh bekerja sebagai posmen dengan gaji RM900 sebulan serta bantuan kewangan daripada adik-beradiknya yang lain,” katanya.

Menurut sumber, mangsa bakal mengambil tindakan saman malu berhubung insiden berkenaan kerana bakal pengantin melarikan diri di hari perkahwinan setelah mengedarkan kad jemputan perkahwinan bagi pihak keluarga lelaki. - mynewshub.cc/