Tuesday 5 April 2016

Dah Terima RM16K, Pengantin Perempuan Lesap Di Hari Nikah

GAMBAR HIASAN

BAKAL pengantin lelaki terpaksa berputih mata apabila ditipu bakal isteri serta keluarganya sebaik mendapati kediaman pengantin perempuan tidak berpenghuni, Sabtu lalu.

Pengantin lelaki yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan itu juga dikhabarkan sudah menyerahkan wang hantaran sebanyak RM16,000 sebelum menjelang hari pernikahannya.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, rombongan pengantin lelaki terpaksa menanggung malu dan rasa tertipu dengan tindakan keluarga terbabit.

Memetik laporan Sinar Harian, walaupun perbincangan majlis akad nikah dan perkahwinan belah pihak pengantin perempuan telah ditetapkan sebelum ini dan kad jemputan telah dibuat, namun jiran berdekatan memberitahu tidak mengetahui hal tersebut dan tidak mendapat jemputan.

Pasangan itu dikhabarkan sudah mengikat tali pertunangan pada pertengahan tahun 2014.

“Mengikut perjanjian semasa majlis pertunangan, mereka sepakat menunggu tempoh dua tahun bagi memberi peluang kepada bakal pengantin lelaki mengumpul wang hantaran RM19,000.

“Bakal pengantin lelaki yang hanya bekerja sebagai posmen di Kuala Lumpur berjaya mengumpulkan wang hantaran hasil titik peluh bekerja sebagai posmen dengan gaji RM900 sebulan serta bantuan kewangan daripada adik-beradiknya yang lain,” katanya.

Menurut sumber, mangsa bakal mengambil tindakan saman malu berhubung insiden berkenaan kerana bakal pengantin melarikan diri di hari perkahwinan setelah mengedarkan kad jemputan perkahwinan bagi pihak keluarga lelaki. - mynewshub.cc/

No comments: