Saturday, 16 January 2016

[Video] Bangunlah Dik…Abang Bayi 8 Bulan Mangsa Rempuhan Lori Pasir


Bayi lapan bulan terbunuh akibat kecideraan teruk di kepala ,manakala dua ahli keluarganya cedera selepas kenderaan dinaiki dilanggar lori pasir dalam kemalangan empat kenderaan di Jalan Mersing, tengah hari ini.

Kejadian berlaku ketika kenderaan dinaiki mangsa bersama kakak dan ibunya diletakkan di kawasan letak kereta di depan klinik, kira-kira 12 tengah hari.

Bagaimanapun, ketika kejadian, lori pasir yang dalam perjalanan dari bandar Kluang ke Jalan Mersing melanggar kenderaan itu bersama dua kenderaan lain diletakkan berdekatan kenderaan mangsa.

Difhamkan lori pasir tersebut yang mempunyai masalah brek terlalu laju mengejar lampu isyarat dan terbabas merempuh kereta mangsa yang beradai di depan kedai.

Dalam kejadian orang ramai turut membantu mengasa untuk mengeluarkan isterinya yang tersepit,dari percakapan video juga jelas di dengari tangisan ayah kepada bayi tersebut,Mangsa kemudian dihantar oleh orang awam ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang.


sumber : eberita.org

Tandas Sekolah Kenakan Caj 30 Sen, Menteri Arah Hentikan Segera


TINDAKAN sebuah sekolah di Pulau Pinang mengenakan bayaran 30 sen untuk menggunakan tandas kini hangat diperkatakan menerusi media sosial.

Perkara itu sekali gus mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Dalam perhatian pengarah JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) Pulau Pinang untuk tindakan susulan,” katanya di Facebook.

Mahdzir turut berkongsi sebuah status bergambar yang menyebut Sekolah Menengah Kebangsaan St. George di George Town bakal mengenakan bayaran 30sen sekali masuk.

Difahamkan, keputusan pelaksanaan bayaran itu dibuat oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta alumni sekolah berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPPP), Shaari Osman berkata, hanya beberapa buah tandas sahaja yang dikenakan bayaran di sekolah berkenaan manakala, selebihnya adalah percuma.

“Walau apa pun saya telah meminta amalan mengenakan bayaran itu diberhentikan serta merta.

“Sekolah juga telah akur dan mulai hari ini ianya tidak lagi dikenakan bayaran untuk semua tandas,” ujarnya di Facebook miliknya hari ini, seperti dipetik The Rakyat Post.

Harga minyak terus menjunam


HARGA minyak dunia jatuh ke paras terendah dalam tempoh 12 tahun minggu ini apabila dipasarkan pada harga AS$29.86 (RM132.1).

LONDON, United Kingdom – Ekonomi global diselubungi suasana panik dan cemas apabila harga minyak terus merudum di bawah paras AS$30 (RM132.7) setong semalam menyebabkan pasaran saham dunia menjunam untuk tiga minggu berturut-turut.

Saham di Eropah jatuh lebih daripada satu peratus, menuju kembali kepada paras terendah untuk tempoh 13 bulan kelmarin, manakala saham Asia merosot ke paras terendah dalam tempoh tiga tahun setengah.

Harga minyak Brent yang menjadi rujukan pasaran Asia dan Eropah mula menjunam pada Rabu lalu mencecah paras terendah dalam tempoh 12 tahun sekitar AS$29.73 (RM130.6) setong. Ia paras terendah sejak Februari 2004.

Selepas menunjukkan sedikit peningkatan kelmarin, lambakan bekalan minyak menyebabkan harga minyak kembali merosot.

Setakat petang semalam, minyak mentah jatuh tiga peratus kepada AS$29.86 (RM132.1) menuju kerugian mingguan lebih 10 peratus.

sumber : kosmo.com.my/

Friday, 15 January 2016

Video Wanita Gemar Minum Darah Teman Lelaki Sendiri


KITA biasa mendengar filem dan drama fantasi mengenai Vampire dan Dracula yang sanggup minum darah mangsa sendiri demi meneruskan jangka hayat mereka.

Jangan tak tahu, dalam alam nyata ada seorang wanita dari Brisbane, Australia, Georgina Condon sanggup meminum darah teman lelakinya sendiri disebabkan kegilaan peliknya itu.

Menurut Georgina yang merupakan seorang jurusolek, ketagihannya itu bermula sejak dirinya berusia 17 tahun lagi.

Dengan meminum darah, dia dapat merasai satu kepuasan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Jika Dracula perlu meminum darah tanpa kerelaan mangsa, perkara ini pula berlainan dengan wanita berusia 38 ini.

Ini kerana kebanyakan ‘mangsa’ darahnya memberi kerelaan untuknya mengigit dan menyedut darah mereka.

Dan mangsa terbaharunya kini ialah teman lelakinya sendiri, Zamael yang hampir setiap hari menjadi santapan Georgina untuk membuatkannya sentiasa ‘kenyang’. –mynewshub.cc/


La_curkan Anak untuk Bayar Hutang


JOHOR BAHRU : Seorang bapa durjana bukan saja mencagarkan anak gadisnya untuk melunaskan hutang dengan ceti haram atau along, malah menganjurkan pakej pelancongan maksiat dengan membenarkan mereka membawa zuriatnya itu bercuti di luar negara.

Michael Tay, berkata perkara itu berlaku gara-gara kegagalan lelaki 50-an terbabit melangsaikan hutang kira-kira RM150,000 kepada sindiket berkenaan sejak lebih setahun lalu.

Beliau berkata, kecantikan dimiliki anaknya berusia 20-an termasuk bentuk tubuh menggiurkan selain wajah persis model dijadikan umpan oleh lelaki itu untuk terus berhutang dengan along di bandar raya ini.

Menurutnya, seorang ahli keluarga mendakwa lelaki terbabit ketagih berjudi di kasino di Singapura sehingga berhutang dengan along.

“Perbuatan lelaki itu bukan saja menghancurkan masa depan anak gadisnya, malah mengakibatkan dia terbabit pelbagai masalah sosial.

“Difahamkan pada awalnya gadis berkenaan membantah perjanjian bapanya dengan along itu kerana bercadang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Namun, dia terdesak dan terpaksa akur kehendak bapanya hingga menjadi pemuas nafsu beberapa along termasuk lelaki mata keranjang yang seusia bapanya,” katanya.

Tay berkata, bagi mengelakkan sindiket along menuntut hutang, bapa gadis berkenaan menganjurkan pakej pelancongan maksiat bersama anak perempuannya bertujuan menghiburkan lintah darat itu.

Menurutnya, along juga bebas bercuti dengan gadis itu mengikut tempoh diingini.

“Malangnya, kini anak perempuan lelaki terbabit semakin selesa dengan gaya hidup barunya kerana turut dilimpahi kemewahan. Ketika kami menghubunginya dan menasihatkannya, dia enggan mengubah gaya hidupnya, sebaliknya mahu terus bergelumang dalam maksiat itu,” katanya.

sumber : eberita.org/