Tiada apa yang pelik dengan kata menteri rumah Malaysia. Dan tidak memeranjatkan. Ini kerana beliau pernah mengungkapnya.
Jika anda tidak pernah ketinggalan
mengikuti laporan Berita Semasa sebelum-sebelum ini pastinya anda masih
ingat lagi laporan berita yang bertajuk seperti di bawah ini :
Terbaru, Ahmad Dahlan memberikan
pendangannya sekali lagi yang hampir sama. Di mana beliau, kerajaan
tiada kuasa untuk mengawalnya dan memaksa pemaju untuk tidak bina rumah
dan perumahan mahal dan mewah di Malaysia. Patutlah.
Bagi Berita Semasa sendiri, ya benar,
tidak boleh paksa. Dalam agama pun haram paksaan tetapi kerajaan boleh
mengetatkan undang-undang dan tawarkan insentif di atas kuasa yang telah
rakyat amanahkan untuk menjaga kebajikan rakyat marhaen.
Harga Rumah Mahal di Malaysia dan Mewah : Pemaju VS Menteri?
- Untuk apa ada kerajaan dan jawatan menteri jikalau kuasa yang telah diberikan tidak digunakan sebaiknya untuk menjadi benteng kepada rakyat Malaysia secara majoritinya?
- Undang-undang anda pegang, tetapi mengatakan tiada kuasa?
- Lesen pemaju Kementerian anda yang berikan
kelulusan PBT untuk buat projek pun Kementerian anda boleh kawal- Boleh letak syarat kalau mahu lulus
Bukanlah kita mahu pemaju swasta
dinyahkan terus dalam industri hartanah di Malaysia. Tetapi kerajaan
perlu masuk campur supaya, projek perumahan di Malaysia tidak terus
menekan rakyat Malaysia yang terus tercari-cari apa erti kata sebenar
ruamh mampu milik di Malaysia. Harga RM600 ribu, RM700 ribu, RM800 ribu,
RM900,000 ribu, RM1 juta untuk satu unit rumah kondominium bagi Berita
Semasa sangat-sangat mengarut.
P/S : Sudah elok-elok ada tanah milik
kerajaan dijual pula kepada pemaju atas nama projek mewah dan mega untuk
pelabur hartanah elit. Kemudian mengadu tiada kuasa. Errmmmm….Ada
ungkapan seperti, “Lebih baik diam daripada berkata-kata”
PP/S: Datuk Johari Abdul Ghani pernah
bangkitkan usul dan cadangan beliau dalam Dewan Rakyat supaya lebih
banyak rumah-rumah mampu milik dibina di sekitar MRT dan LRT sekaligus
meningkatkan perbelanjaan boleh guna rakyat marhaen di kawasan bandar.
Ini kerana kata beliau, orang kaya tidak naik pengangkutan awam dan ada
kereta mewah mereka sendiri. Mana Rahman Dahlan pada ketika itu sebagai
menteri yang berkuasa di atas perumahan di Malaysia?
PPP/S : Malaysia boleh belajar sesuatu
dengan kerajaan kafir yang menjadi ketakutan sesetengah kelompok Melayu
hari ini bagaimana mereka merancang projek rumah HDB untuk rakyat mereka
di atas tanah sekangkang kera.
sumber : beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment