Monday, 11 January 2016

Cara Mudah Menghilangkan Sakit Gigi Tanpa Menggunakan Ubat


Anda pernah sakit gigi? Selalu kalau kita sakit gigi, sakit tersebut akan menganggu emosi dan mengganggu kerja sepanjang kesakitan tersebut. Kalau boleh, sepanjang sakit tersebut, rasa hendak cabut sahaja gigi tersebut. Kalau tidur pun, tidak rasa selesa. Cara paling senang, kita akan makan ubat untuk mengurangkan rasa kesakitan tersebut.

Selain cara mengambil dan makan ubat, kita boleh menggunakan cara tradisional. Sekiranya tidak ada stok ubat di rumah atau di dalam simpanan kita. Antara cara-cara tersebut ialah dengan menggunakan bahan yang mudah diperolehi di rumah kita sendiri seperti garam, minyak gamat, kapur sirih, jintan hitam, lidah buaya dan beberapa bahan yang lain.

Bagaimana untuk menggunakan bahan- bahan tersebut ialah seperti berikut:

Air Garam – Bancuh satu sudu kecil garam dengan secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan sehinggan suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi.

Minyak Gamat – Cara menghilangkan sakit gigi, cuba letakkan minyak gamat pada kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.

Jintan Hitam – Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.

Kapur Sirih – Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan di gigi yang sakit. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur.

Asam Jawa – Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian, bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus, kemudian tampal pada bahagian yang sakit.

Bawang Putih – Hiris bawang putih dan tempelkan pada bahagian yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam.

Buah-buahan – Vitamin C dalam buah-buahan mampu mengurangkan kesakitan akibat sakit gigi. Beberapa buah yang disarankan untuk dimakan seperti oren, kiwi, papaya, strawberi, dan epal.

sumber : tokeinfo.com/

No comments: