Ternyatalah wang Ringgit bukanlah segala-galanya. Benar kalau tiada wang
ringgit bagaimana nak hidup kan, tapi ingat wang juga bukan
segala-galanya dalam hidup walaupun segala-galanya juga memerlukan wang!
Apa yang lebih penting adalah nilai
hidup kita juga, ya mungkin bila kita kaya kita merasakan kita mampu
memiliki apa sahaja, tetapi ingat sebenarnya ada juga beberapa perkara
di dalam dunia ini yang tak mampu di miliki dengan membelinya… 8 perkara
dalam hidup yang tidak boleh di beli dengan wang ringgit ini
membuktikannya.
1. Keluarga bahagia
Keluarga memainkan peranan penting dalam
menjadi tulang belakang yang menyokong kita untuk ke peringkat di mana
kita ada sekarang. Semua orang pun impikan untuk hidup dalam suasana
keluarga bahagia betul tak?
Semestinya, duit tak boleh beli nilai keakraban dan kasih sayang
dalam sesebuah keluarga. Buktinya? Ada banyak keluarga di luar sana yang
ada banyak duit dan kaya raya, tapi langsung tak bahagia. Pepatah ‘money can’t buy happiness’ tu memang tepat!
2. Rakan karib
Dalam hidup, kita tak boleh abaikan
kawan baik yang ada di sekeliling kita. Selain keluarga, mereka inilah
yang boleh jadi tempat mengadu, tempat untuk kita kongsi suka duka,
tempat minta nasihat, dan macam-macam lagi.
Tanpa kita sedar, dunia jadi lebih baik dengan hadirnya kawan baik.
Mereka mampu bagi kita sokongan bila segala-galanya nampak macam
mustahil untuk kita tempuhi. Memang jelas bahawa sahabat sejati tak
datang dengan tanda harga.
3. Orang-orang tersayang
Selain keluarga dan kawan baik, kita
juga mesti ada orang-orang tersayang yang lain. Dan orang-orang ini
rapat dengan kita bukan kerana duit yang kita ada. Jadi, simpanlah
mereka ini dengan sebaik mungkin.
Kita tak tahu bila masanya kita perlukan pertolongan. Kalau masa tu
kawan baik atau ahli keluarga kita tak mampu nak tolong, dengan mereka
inilah tempat kita bergantung. Bukan nak ambil kesempatan, cuma nak
tunjukkan betapa penting dan tak ternilainya mereka ini dalam hidup
kita.
4. Kesetiaan dan kejujuran
Pernah tengok orang-orang kaya yang
gagal dalam perkahwinan? Mereka ini mungkin mampu beli segala apa yang
mereka nak dalam dunia tapi hubungan dengan pasangan tetap hancur
berkecai. Malangnya bagi mereka, kesetiaan memang tak boleh dibeli
dengan wang ringgit.
Itulah hakikat kehidupan. Tak semestinya bila kita ada duit, kita boleh miliki segalanya. Bak kata Warren Buffet: Honesty is a very expensive gift, Don’t expect it from cheap people.
5. Masa
Masa itu emas. Dengan adanya duit yang
banyak, kita boleh beli jam tangan mahal seperti Rolex, Tag Heuer, atau
Tissot untuk diperagakan di pergelangan tangan. Kalau duit tak banyak,
mungkin kita hanya mampu beli jam murah.
Tapi perasan tak, murah atau mahal, waktu yang ditunjukkan tetap
sama. Dari segi jam, minit, dan saat, semuanya sama. Jam yang mahal
takkan boleh beli masa ekstra. Masa dihargai bukan melalui jam tangan fancy,
tapi lebih kepada ketepatan dan disiplin kita. Kalau kita gunakan masa
betul-betul, mesti banyak manfaat yang kita boleh dapat.
6. Pengalaman hidup
Pernah tak dengar ungkapan bahasa inggeris yang berbunyi, ‘some lessons are best learnt through experience’? Tak kiralah pernah atau tak, tapi ungkapan ini memang benar.
Contohnya, dengan kesilapan yang kita buat, kita pada masa yang sama
dapat belajar benda baru, iaitu cara untuk tidak mengulangi kesilapan
yang sama. Lagi banyak kesilapan kita buat, lagi banyak pengalaman yang
kita boleh kutip. Tapi, janganlah terlalu asyik melakukan kesilapan ya.
Beranikan diri untuk cuba benda baru. Barulah menarik jalan cerita kehidupan kita!
7. Kenangan manis
Sama ada kita travel atau apa
saja yang kita buat setiap hari, kita mesti ada ambil gambar untuk
disimpan sebagai kenangan. Tapi mampukah gambar-gambar ini menceritakan
situasi sebenar yang betul-betul terpahat dalam minda kita? Pastinya
tidak.
Betapa mahal sekali pun kamera DSLR kita beli, segala kenangan yang
kita kutip dalam hidup tetap tidak boleh kita zahirkan kembali. Bukan
setakat gambar, malah tiada sebarang kata pun yang mempu mengungkap
segala kenangan manis yang telah kita lalui.
8. Ketenangan jiwa
Dengan duit, kita boleh masuk kelas yoga
atau segala jenis meditasi untuk mendapatkan ketenangan jiwa. Tapi
kenapa sampai kena bayar untuk dapatkan emosi yang stabil?
Bukan nak mencemuh gaya hidup sihat macam tu, cuma bila fikir balik,
kenapa orang sanggup habiskan duit yang banyak ambil kelas yoga atau
meditasi semata-mata nak mencapai ketenangan jiwa?
Duit tak akan beli ketenangan. Cukup sekadar mempunyai hati yang
penuh dengan kasih sayang, ketenangan akan datang dengan sendirinya
selepas itu.
No comments:
Post a Comment