POLIS
mengangkat mangsa yang tercedera, manakala tiga mayat bergelimpangan di
luar kompleks beli-belah Sarinah selepas serangan bom di Jakarta
semalam.
JAKARTA, indonesia – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut selepas anggota militan didalangi kumpulan pengganas Islamic State (IS) meledakkan enam letupan bom dan melepaskan tembakan rambang di kawasan Jalan MH Thamrin di sini semalam.
Media tempatan melaporkan, enam butir bom meletup, manakala seorang saksi agensi berita Reuters berkata, dia melihat polis berbalas tembakan dengan kumpulan lelaki bersenjata.
Beberapa jam selepas serangan itu bermula, saksi sama mendengar lebih banyak bunyi tembakan dan sekurang-kurangnya satu lagi letupan bom.
Menurut laporan media Indonesia, serangan bermula sekitar pukul 10.35 pagi waktu tempatan dengan satu letupan berlaku di luar kafe Starbucks di pusat beli-belah Sarinah dekat sebuah simpang empat.
Sebuah pos polis dekat persimpangan itu rosak teruk akibat letupan tersebut.
sumber : kosmo.com.my/
No comments:
Post a Comment