
KITA biasa mendengar filem dan drama fantasi mengenai Vampire dan
Dracula yang sanggup minum darah mangsa sendiri demi meneruskan jangka
hayat mereka.
Jangan tak tahu, dalam alam nyata ada seorang wanita dari Brisbane,
Australia, Georgina Condon sanggup meminum darah teman lelakinya sendiri
disebabkan kegilaan peliknya itu.
Menurut Georgina yang merupakan seorang jurusolek, ketagihannya itu bermula sejak dirinya berusia 17 tahun lagi.
Dengan meminum darah, dia dapat merasai satu kepuasan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.
Jika Dracula perlu meminum darah tanpa kerelaan mangsa, perkara ini pula berlainan dengan wanita berusia 38 ini.
Ini kerana kebanyakan ‘mangsa’ darahnya memberi kerelaan untuknya mengigit dan menyedut darah mereka.
Dan mangsa terbaharunya kini ialah teman lelakinya sendiri, Zamael
yang hampir setiap hari menjadi santapan Georgina untuk membuatkannya
sentiasa ‘kenyang’. –mynewshub.cc/
No comments:
Post a Comment