Saturday, 25 February 2017

TERKINI : Mak Cik Keluarkan RM20 Juta selepas DIHINA Pegawai Bank M*******. .....Tengoklah Selepas itu apa yang terjadi.....

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)

Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500. Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata "kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit."

Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata "Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini."

Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 20 JUTA.

Friday, 24 February 2017

Bank asing ‘paksa’ staf berhenti secara ‘sukarela’?

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)


KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebuah bank antarabangsa yang sudah lama bertapak di negara ini mengugut 60 kakitangan bawahannya untuk bersetuju dengan skim pemberhentian kerja secara sukarela, atau VSS, atau mereka dipindahkan.
Setiausaha Agung NUBE, J Solomon berkata tindakan itu sama seperti memaksa dan bukan “sukarela”.

“Alasan yang diberikan pihak bank kerana ingin melakukan penstrukturan semula sistem perbankan mereka,” katanya kepada FMT.

FMT sedang cuba mendapatkan reaksi bank berkenaan.

Solomon mendakwa tindakan melakukan VSS itu sebagai usaha bank terbabit membuang kakitangan lama supaya digantikan pekerja baharu yang dibayar gaji lebih rendah.

Thursday, 23 February 2017

Langkah Berani Kerajaan Laksana GST, Rasionalisasi Subsidi Tepat - Najib

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)


PUTRAJAYA, 22 Feb (Bernama) -- Langkah berani kerajaan melaksanakan perubahan struktur termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan rasionalisasi subsidi adalah keputusan tepat yang berjaya menambah hasil pendapatan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kejayaan itu tidak datang dengan mudah serta kerajaan terpaksa membuat keputusan agak sukar dan mencabar," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika berucap pada Majlis Sanjungan Budi Setulus Ingatan Perbendaharaan Malaysia 2015 & 2016 di sini hari ini.

Najib berkata langkah melaksanakan GST merupakan langkah berani dan tepat yang didorong 'keberanian serta keazaman politik' dan ia terbukti apabila India dan Arab Saudi menyatakan hasrat untuk melaksanakan GST di negara mereka.

Wednesday, 22 February 2017

UMNO, BN Jelajah Seluruh Negara Jelas Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) memulakan program jelajah ke seluruh negara untuk memberi penerangan mengenai pasukan petugas khas ditubuhkan Kabinet untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata jelajah penerangan itu dijadual bermula 25 Feb ini dan ia harus diadakan ekoran daripada wujudnya cubaan pihak tertentu mempersoalkan pasukan petugas khas tersebut dan membandingkannya dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tuesday, 21 February 2017

Bertudung dan bersolek kaburi mata jemaah

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)

Gambar tular seorang wanita bertudung yang sebenarnya adalah lelaki ditahan pihak polis mengejutkan netizen semalam.

SUBANG JAYA – Bersolek, bertudung malah mengenakan pakaian seperti seorang wanita, namun siapa sangka seorang ‘jemaah’ yang berkunjung ke surau wanita di sebuah pusat beli-belah Bandar Sunway di sini sebenarnya adalah seorang lelaki dan juga pencuri.

Difahamkan, suspek berusia 21 tahun yang turut memakai rekaan fesyen tudung terkini itu masuk ke surau berkenaan berpura-pura menunaikan solat namun ditangkap mencuri beg tangan jemaah oleh seorang anggota polis yang kebetulan berada di surau tersebut.

Monday, 20 February 2017

Naik 20 sen sampai 50 sen!

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)

KOTA BHARU - Kedai makan di pusat bandar Kota Bharu hanya menaikkan harga roti canai, teh tarik dan nasi lemak sekitar 20 sen hingga 50 sen demi menjaga keperluan pelanggan.

Pengusaha Kedai Makan Aly Kan Bulatan Jam Besar, Nik Roselin Nik Mat, 54, atau dikenali sebagai Kak Na berkata, sejak meniaga lebih 10 tahun di situ, harga makanan dan minuman yang disediakan masih dikategorikan murah.

Katanya, walaupun harga bahan mentah semakin tinggi, namun keseluruhan nilai makanan dan minuman di negeri ini masih berada pada tahap rendah serta tidak membebankan pelanggan.

Sunday, 19 February 2017

Bayaran BR1M Secara Baucar Mulai Hari ini, Bayaran ke Akaun Bank Pada 22 Februari

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara baucar bagi tahun ini akan dibuat mulai esok manakala pembayran secara terus ke akaun bank akan dibuat pada 22 Februari ini.

Menurut kenyataan Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi Kementerian Kewangan, bagi penerima BR1M yang tidak memberi maklumat berkaitan akaun bank, baucar BR1M akand ihantar secara pos ke alamat kediaman dan baucar itu boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).