Seorang mak cik
telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500. Tetapi
kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang
kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata "kalau nak keluarkan duit
kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan
wang yang sedikit."
Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani
tersebut dan berkata "Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di
dalam akaun ini."
Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu
terdapat sejumlah RM 20 JUTA.
Dengan lemah lembut & penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak
dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran sebanyak itu,
perlulah membuat temujanji.
Mak cik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara
serta merta pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan.
Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 300, 000 sahaja.
Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu.
Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299, 500
kepada kerani tersebut dan berkata, "Saya hanya memerlukan RM500 sahaja.
Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya.......
Mak cik itu
menjawab "kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 sekarang!!"
[Janganlah kita
memandang rendah pada rupa paras ara dari hanya kerana dia seorang yang sudah
tua]
Sila share jika
anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dijadikan pengajaran kepada semua.
No comments:
Post a Comment