Saturday, 29 August 2015

Berita Bersih 4.0 Haram Antara Punca Kejatuhan Ringgit Malaysia to USD?

Khoon Goh yang merupakan senior FX strategist bagi ANZ bank yang berpengakalan di Singapore baru-baru ini berkongsi pandangan dari kacamata dan pengalamannya melihatkan trend kejatuhan  nilai ringgit Malaysia to USD.

Sebelum ini beliau sendiri pernah membuat unjuran yang mana kejatuhan  ringgit Malaysia to USD hanya pada paras USD4.25, itu pun dijangka akan berlaku pada penghujung tahun 2015 ini. Tetapi, perkiraannya ternyata meleset apabila nilai ringgit Malaysia terus meluncur laju melepasi jangkaan pakar-pakar ekonomi yang lain.

Encik Khoon Goh mengatakan dan menggariskan beberapa faktor dan punca mengapa dan kenapa kejatuhan ringgit Malaysia menjadi sebegini rupa. Dan mengejutkan berita Bersih 4.0 yang tersebar pada ketika ini turut ada kaitan dengan kejatuhan terus nilai ringgit.

Berita Bersih 4.0 Haram Antara Senarai Punca Kejatuhan Ringgit Malaysia

  1. Berita Perhimpunan Bersih 4.0 yang telah dikatakan haram oleh pihak berkuasa telah memberikan sentimen dan terus diperhatikan perkembangannya dikalangan pelabur di luar sana
  2. Sedangkan berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap ucapan terkini yang disampaikan Pengarah Merdeka Center, Encik Ibrahim Suffian mengatakan isu ekonomi antara faktor disebalik Perhimpunan Bersih 4.0 201 kali ini.
  3. Kejatuhan ringgit Malaysia akan terus berlaku jika nilai komoditi terus jatuh
  4. Selain daripada faktor luar tersemasuklah kejatuhan nilai yuan dan juga kemungkinan berita kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat
Apa respon anda melihatkan perkembangan dan sentimen pelabur terhadap perhimpunan Bersih 4.0 2015 kali ini disebalik nilai ringgit Malaysia terus jatuh sekarang ini?

sumber : beritasemasa.com.my

Friday, 28 August 2015

Video Curi motor, popular di internet

Perkongsian yang dimuatnaik, semalam.

TIGA orang pemuda 'popular' hari ini selepas didakwa mencuri sebuah motosikal di NU Sentral, Kuala Lumpur, semalam.

Tinjauan Sinar Online mendapati foto ketiga-tiga lelaki berkenaan dimuatnaik oleh pemilik motosikal yang dicuri ke laman sosial Facebook.

"Assalamualaikum 3 orang pemuda ni adalah pencuri moto saya di NU Sentral Kuala Lumpur.. Motor saya telahpun hilang semalam .. Pada hari Rabu 26.08.2015.. Moto saya jenis honda EX5 warna biru K******.. Sesiapa yg mengenali mereka bertiga sila laporkan kepada balai polis berdekatan.. Tolong share please," rayu mangsa.

Foto berkenaan sudah dikongsikan hampir 4,000 pelayar yang lain.

Bagaimanapun, perkongsian terbaru dari salah seorang rakan mangsa hari ini menunjukkan bahawa motorsikal yang dicuri telah dipulangkan kembali kepada pemilik asal.


sumber : sinarharian.com.my

Thursday, 27 August 2015

Terengganu lulus RM1.5j bantu pelajar di luar Negara

BESUT - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan segera sebanyak RM1.5 juta bagi membantu pelajar tajaan Yayasan Terengganu (YT) di luar negera yang berdepan masalah kewangan berikutan kejatuhan nilai ringgit.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusoff berkata, bantuan tersebut diluluskan semalam bagi membiayai yuran belajar dan wang saku pelajar.

"Kerajaan negeri melalui YT akan menguruskan bantuan tersebut secepat mungkin dan pelajar tidak perlu memohon bagi mendapatkannya," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu untuk pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri Jertih yang berjaya memasuki universiti awam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Jertih berkata, setiap pelajar di luar negara akan menerima antara RM1,000 hingga RM2,000 seorang. - Bernama

sumber : kosmo.com.my/

PNB umum dividen 6.40 sen



KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan dividen 6.40 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos, 2015. 

Dividen berkenaan adalah penurunan 0.20 sen seunit berbanding 6.60 sen yang diumumkan tahun lalu, kata Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pada sidang media mengumumkan dividen berkenaan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kadar agihan pendapatan itu wajar berdasarkan kelembapan pasaran dan juga kompetitif berbanding instrumen pasaran lain yang mempunyai ciri-ciri dan profil risiko yang sama. 

Ahmad Sarji berkata, agihan pendapatan tahun ini melibatkan pembayaran sebanyak RM1.14 bilion dan pembayaran berdasarkan purata ekuiti minimum yang dipegang bagi tahun kewangan ASW 2020.

"Pembayaran berkenaan dijangka melibatkan 883,422 pemegang unit yang melanggan 17 bilion unit ASW," katanya. - Bernama 

sumber : hmetro.com.my/

Lebih RM100,000 berjaya dilarikan empat penyamun



Anggota forensik PDRM melakukan siasatan di tempat kejadian. 

Serdang: Pemilik premis pengurup wang kerugian RM100,000 selepas disamun empat lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di Taman Equine, Seri Kembangan, di sini, 6.30 petang tadi.

Dalam kejadian itu, empat lelaki terbabit menaiki dua motosikal memakai topi keledar bertutup penuh serta bersenjatakan dua bilah parang memasuki premis itu. 

Difahamkan, premis berkenaan baru dibuka sebulan lalu dan tidak mempunyai pengawal keselamatan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, dua suspek menunggu di motosikal dengan enjin masih hidup manakala dua lagi cuba mencabut tingkap plastik gelongsor di hadapan kaunter namun tidak berjaya. 

"Suspek yang berang gagal mencabut tingkap plastik gelongsor itu bertindak menendangnya sebelum memasuki premis terbabit.

"Suspek kemudian melarikan wang serta pelbagai mata wang asing berjumlah kira-kira RM100,000 dan satu telefon bimbit," katanya. 

Razimi berkata, siasatan anggota forensik di lokasi kejadian mendapati premis itu tidak dilengkapi jeriji keselamatan pada cermin kaunter selain premis itu juga tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan pengawal keselamatan.

"Pihak kami sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek dengan meneliti rakaman CCTV milik bank berhampiran yang dijangka dibuat esok berikutan ketika kejadian bank itu sudah tutup,"katanya. 

sumber : hmetro.com.my/

Wednesday, 26 August 2015

Dr M bangkitkan isu "cuci duit" bab dana RM2.6b

Walaupun bank harus mempertahankan kerahsian perbankan, institusi kewangan itu juga patut melaporkan kemungkinan berlaku aktiviti pengubahan wang haram, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bank-bank Malaysia, Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat tidak patut menyimpan rahsia perniagaan mereka dengan wang yang disyaki dicuri,” kata Mahathir ketika mengulas isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir berkata, apabila wang curi dimasukkan ke dalam bank, tujuannya tentulah untuk menghalalkannya melalui pengubahan wang haram.

Menyentuh isu akaun perdana menteri di Ambank yang ditutup, Mahathir berkata, apabila sesebuah akaun ditutup tidak bermaksud ia diambil secara tunai.

Malah, katanya, ia boleh dipindahkan ke pelbagai bank lain.

“Tetapi kita belum dengar sebarang bank laporkan wang ini bersama mereka. Dua akaun dilapor dibekukan di Singapura. Adakah ini semuanya.

“Sudah tentu pemegang akaunnya patut disiasat,” tulisnya dalam blog.

sumber : malaysiakini.com

Formula Euro 4M Ron97 kurangi geseran silinder



PENGGUNA Nur Faezah Sharif mencuba minyak baru Euro 4M Ron97. 

Kuala Lumpur: Petronas Dagangan Berhad (PDB) memperkenalkan bahan api petrol terbaru, Petronas Primax 97 (Ron97) yang pertama di negara ini dengan formula tenaga dirumus khas menepati spesifikasi Euro 4M.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Ibrahimnuddin Yunus berkata, sebanyak 580 stesen minyak Petronas di seluruh negara mula menjual Euro 4M Ron97 yang mempunyai tahap sulfur, benzena dan Reid Vapour Pressure (RVP) lebih rendah. 

Beliau berkata, petrol itu adalah rumusan baru pertama di dunia yang mengurangkan geseran pada dinding silinder dan memulihkan ciri pelinciran minyak enjin untuk menghasilkan pecutan lebih lancar.

“Bahan api baru dari Petronas ini dihasilkan dari loji penapisan Kertih dan Melaka. Minyak ini hasil penyelidikan kami dan bukan bahan api yang diimport,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Euro 4M Ron97 oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin di sini, semalam. 

Beliau berkata, PDB menjadi syarikat pertama di Malaysia memperkenalkan petrol tanpa plumbum pada Ogos 1990 dan Ron 97 teknologi baru bertaraf dunia, Euro 4M.

Menurutnya, setiap tahun PDB memperuntukkan perbelanjaan modal (Capex), RM500 juta dan lebih kurang 50 peratus diperuntukkan bagi segmen runcit termasuk pengenalan bahan api baru ini. 

Beliau berkata, orang ramai boleh mencuba Euro 4M Ron97 di stesen minyak Petronas bagi melindungi enjin dengan bahan api rendah sulfur pertama negara serta memberikan pembakaran lebih baik menggunakan teknologi yang membawa kemenangan di litar lumba.

sumber : hmetro.com.my/

Nilai RM Hari Ini VS USD Bersamaan RM4.22

Nilai Ringgit Malaysia Hari Ini VS USD Bersamaan RM4.22. Punca Bank Negara BNM Tidak Tambat Ringgit?

Ya….kita berada dalam keadaan politik yang tidak stabil pada ketika ini. Tetapi Berita Semasa masih lagi yakin dengan kredibiliti Gabenor Bank Negara BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengatakan pembankan dan sistem kewangan di Malaysia walaupun ada cakap-cakap yang mengatakan ada cubaan untuk “mengikatnya”.

Berita Semasa masih lagi yakin dengan kemampuan Tan sri Zeti menguruskan institusi kewangan di Malaysia. Ada yang bertanyakan mengapa agaknya Malaysia tidak tambat ringgit sedangkan nilai ringgit Malaysia hari ini semakin jatuh. Inilah antara kerisauan dan keluh kesah rakyat marhaen.
  • Bagi Berita Semasa matawang yang turun terlalu cepat atau naik terlalu cepat tidak baik, lebih-lebih lagi turun terlalu cepat..imported goods, terutama yang dihargai dalam USD akan naik…pengimport mahu serap kos dan beban tersebut? Semestinya tidak. Harga naik dipulangkan ke pengguna dan pembeli aka rakyat marhaen.
  • Yang diinginkan sebenarnya matawang yang stabil, jadi kedua pengimport atau pengeksport boleh tentukan harga barangan yang dia jual, dan boleh rancang finance accountancy untuk satu tahun tanpa kuatir nilai naik-turun…
Antara cara untuk menstabilkan nilai ringgit Malaysia hari ini adalah dengan cara :
  • umumkan kenaikan kadar faedah OPR
  • kawal capital syarikat tempatan
  • arahkan GLC pindahkan segera modal balik ke Malaysia
Jikalau tidak jalan, barulah tambat ringgit ke Amerika Dolar

Nilai Ringgit Malaysia Hari Ini VS USD Bersamaan RM4.22. Apa Yang Berlaku Selepas Ini?

Pada situasi sekarang pelabur melihatkan nilai rizab Malaysia pada asas yang penting kepada sentimen mereka, untuk melihat sejauh mana “peluru” yang BNM gunakan untuk stabilkan ringgit Malaysia.

Persoalannya seberapa lama BNM mahu menahan ringgit jika rizab Malaysia terus susut?
Yang pastinya kenyataan terbaru dan terkini Tan Sri Zeti yang tidak mahu tambat ringgit Malaysia mengelakkan rizab cepat habis dek kerana terpaksa top up nilai-nilai yang melebihi nilai yang ditambat.

Sesetengah kata bagus untuk export, tetapi ini mesti dikaji semula bagi pendapat Berita Semasa, kerana jikalau semua negara pun lemah, apa yang nak diexport?
  1. Malaysia dalam trend inflasi naik sebab kesan GST yang lalu. Tetapi secara keseluruhannya masih lagi terkawal dalam konteks ekonomi
  2. Hutang isi rumah di Malaysia yang tinggi
  3. GDP Ratio Malaysia sendiri 55%, berbanding Indonesia 26%…
  4. CAD, Berita Semasa tidak pasti, Mungkin ada yang boleh membantu tetapi CAD
  5. Indonesia -2.2% setakat Q2 2015
  6. Bursa Saham Malaysia ditutup lemah sekitar 1,533.32
  7. Harga minyak dunia terus jatuh US$38.24
  8. Walaubagaimanapun, kadar pertumbuhan ekonomi kita masih lagi berkembang 4.9%-5%
Rule of thumb bagi sesebuah negara dalam “foreign reserves” perlu ada sekurang-kurang 3 bulan daripada nilai import. Di Malaysia, “foreign reserves” masih ada untuk 7.5 – 8 bulan dari import dan 1.0 dari short term hutangnya.

Malaysia tiada masalah untuk kehilangan pendapatan daripada eksport atau isu domestik. Sekarang ini, penganalisis ekonomi melihatkan kita hanya ada masalah dengan pull out from foreign capital (again, disebabkan oleh pengukuhan USD dan juga beberapa faktor sampingan lain)

Berita Semasa percaya dengan kredibiliti dan kenyataan Tan Sri Zeti ekonomi Malaysia masih kukuh, masalah utamanya adalah sentimen pelabur. Dalam dunia forex, sentimen ini yang sukar ditebak, dan semua yang ber-trading forex tahu :
  • masalah politik Malaysia
  • apalagi sejak kes 1MDB muncul
  • disusuli TPM dipecat
  • disusuli pula SPRM kata derma
  • itu yang membuat ringgit lemah selain turunnya harga minyak…
Ya. Faktor politik dalaman perlulah kerajaan Malaysia perhatikan juga. Jikalau tidak, tahun 1998 rupiah tidak jatuh menjunam dari 2500 ke 16,800.

Jadi pastikan faktor politik selalu aman. Lagi isu Federal Reserve untuk mengumumkan jangkaan kenaikan kadar faedah mereka sudah lama, sejak mereka hentikan apa yang dipanggil “Quantitative Easing atau QE” lagi tahu lalu. Tetapi sekarang ditambah lagi pula China devalued nilai Yuan mereka, bertambah terus lagi sentimen negatif kepada nilai ringgit malaysia hari ini.

Apa respon dan pendapat anda pula melihatkan nilai ringgit hari ini?

sumber : beritasemasa.com.my

Tuesday, 25 August 2015

1MDB: Swiss Buka Prosiding Jenayah Terhadap Dua Eksekutif


ZURICH: Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) membuka prosiding jenayah ke atas dua eksekutif dan individu tidak dikenali dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam satu kenyataan pada Isnin, OAG menjelaskan jenis siasatan terhadap 1MDB yang pertama kali diumumkan kepada khalayak ramai pada Jumaat.

Prosiding tersebut dimulakan kerana dipercayai wujud pemberian rasuah di kalangan pegawai asing, salah laku dalam pejabat awam dan pengubahan wang haram, kata OAG.

Di bawah undang-undang Switzerland, pihak berkuasa berkata mereka sedang meneliti individu yang tidak dikenali apabila tidak pasti siapa yang terlibat.

Pada minggu lalu, pengawal selia kewangan Swiss Finma berkata pemeriksaan dengan beberapa bank-bank di negara ini telah dibuat sama ada mereka menjalankan urusan dengan 1MDB.

Pada Ahad, 1MDB berkata syarikat tersebut masih belum dihubungi pihak berkuasa Switzerland tetapi bersedia untuk membantu siasatan sekiranya diminta berbuat demikian. - Reuters

sumber : mstar.com.my/

Isu Duit Derma RM2.6 Bilion

Isu Duit Derma RM2.6 Bilion : Penderma Mahu Barisan Nasional (BN) dan UMNO Terus Jadi Kerajaan Malaysia.

Sekali dengar dan perhatikan macam pelik. Kenapa perlu tunggu berbulan untuk memberikan jawapan. Orang lain pula yang bersungguh-sungguh untuk memberikan jawapan yang pelbagai sekejap DAP, sekejap Yahudi, sekejap Israel, sekejap Militan IS, sekejap kebangkitan dan pertahankan Islam, bla….bla….bla….bla…

Sedangkan isu duit derma RM2.6 bilion itu masuk dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri malaysia. Sepatutnya Datuk Seri Najib Razak sudah ada jawapan tanpa perlu menunggu lama untuk memberikan respon balas.
Pelik….

Dan terbaru, Datuk Seri Zahid Hamidi yang baru sahaja dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ada jawapan tersendiri berdasarkan usaha keras beliau melakukan penyiasatan sendiri disebalik isu duit derma RM2.6 bilion itu. Kata Zahid Hamidi :

Isu Duit Derma RM2.6 Bilion : Jawapan Zahid Hamidi?

  • Beliau sudah berjumpa dengan ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga yang derma RM2.6 bilion itu
  • Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang terima derma daripada keluarga Arab tersebut selain negara-negara Islam yang lain
  • Penderma mahu BN dan UMNO terus perintah Malaysia
  • Zahid Hamidi sudah tengok dokumen asal pemindahan dana berkenaan
  • Zahid Hamidi kata tiada bukti duit RM2.6 bilion datang dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP)
Tiba-tiba terlintas di pemikiran Berita Semasa siapa penderma yang baik hati tersebut sehingga sanggup menyerahkan RM2.6 bilion kepada individu? Jikalau serahkan kepada kepada Yayasan Berita Semasa pernah dengar. Tapi….Errrrmmmm.

400 orang paling kaya lesap US$182 bilion

NEW YORK – Kalangan orang terkaya di dunia hilang AS$182 bilion (RM774 bilion) sepanjang minggu lalu ekoran kejatuhan pasaran saham yang didorong kebimbangan mengenai ekonomi China dan kurangnya produktiviti.

Bursa Saham New York mengalami kerugian terbesar sepanjang tahun ini pada Jumaat lepas dengan indeks industri Dow menjunam lebih 500 mata.

Walaupun bilionair-bilionair berkenaan mempunyai kekayaan mencukupi untuk menampung kerugian itu, sebahagian golongan mereka hilang sejumlah besar wang dalam masa beberapa jam sahaja.

Secara keseluruhannya, 400 orang terkaya dunia rugi AS$182 bilion (RM774 bilion) sepanjang minggu lepas dengan AS$76 bilion (RM323 bilion) hilang pada Jumaat lalu, menurut Bloomberg.

Wang paling banyak lesap pada hari berkenaan ialah milik pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.
Disebalik keuntungan yang diperolehnya awal minggu lalu, Zuckerberg rugi mencecah AS$2 bilion (RM8.5 bilion) pada Khamis lalu dan AS$1.9 bilion (RM8.08 bilion) keesokan harinya.

Individu ketiga terkaya di dunia, Warren Buffett rugi AS$3.6 bilion (RM15.31 bilion) pada minggu lepas apabila syarikatnya, Berkshire Hathaway, merosot lima peratus.

Bilionair yang mencatat peratusan kehilangan kekayaan terbesar pula ialah ahli perniagaan China, Lu Guanqiu yang kehilangan 7.6 peratus asetnya. Kekayaan Guanqiu kini dianggarkan berjumlah AS$7.9 bilion (RM33.6 bilion).

Kelembapan pasaran saham pada Jumaat lalu antara lain berpunca daripada laporan pemerintah China bahawa sektor perkilangan negara itu berada pada paras terendah dalam tempoh enam tahun pada Julai lalu. – Agensi

sumber : kosmo.com.my/

Monday, 24 August 2015

RM susut 9sen berbanding US dollar


KUALA LUMPUR: Nilai ringgit susut sembilan sen berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi Isnin.

Kejatuhan ringgit terus memberi tekanan kepada Bursa Malaysia dengan FBM KLCI turun lebih daripada 27 mata pada awal dagangan Isnin manakala ringgit terus lemah berbanding dolar AS.

Setakat pukul 9.08 pagi, FBM KLCI turun 27.18 mata atau 1.73 peratus kepada 1,547.49.
Jumlah dagangan hampir 200 juta saham bernilai RM79.52 juta.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 432 kepada 38 manakala 90 kaunter tidak berubah.
Ringgit diniagakan pada 4.2430 kepada dolar AS, kemerosotan terbaharu sejak 1997.

sumber : mstar.com.my