Thursday, 27 August 2015

PNB umum dividen 6.40 sen



KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan dividen 6.40 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos, 2015. 

Dividen berkenaan adalah penurunan 0.20 sen seunit berbanding 6.60 sen yang diumumkan tahun lalu, kata Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pada sidang media mengumumkan dividen berkenaan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kadar agihan pendapatan itu wajar berdasarkan kelembapan pasaran dan juga kompetitif berbanding instrumen pasaran lain yang mempunyai ciri-ciri dan profil risiko yang sama. 

Ahmad Sarji berkata, agihan pendapatan tahun ini melibatkan pembayaran sebanyak RM1.14 bilion dan pembayaran berdasarkan purata ekuiti minimum yang dipegang bagi tahun kewangan ASW 2020.

"Pembayaran berkenaan dijangka melibatkan 883,422 pemegang unit yang melanggan 17 bilion unit ASW," katanya. - Bernama 

sumber : hmetro.com.my/

No comments: