Thursday 27 August 2015

Terengganu lulus RM1.5j bantu pelajar di luar Negara

BESUT - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan segera sebanyak RM1.5 juta bagi membantu pelajar tajaan Yayasan Terengganu (YT) di luar negera yang berdepan masalah kewangan berikutan kejatuhan nilai ringgit.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusoff berkata, bantuan tersebut diluluskan semalam bagi membiayai yuran belajar dan wang saku pelajar.

"Kerajaan negeri melalui YT akan menguruskan bantuan tersebut secepat mungkin dan pelajar tidak perlu memohon bagi mendapatkannya," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu untuk pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri Jertih yang berjaya memasuki universiti awam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Jertih berkata, setiap pelajar di luar negara akan menerima antara RM1,000 hingga RM2,000 seorang. - Bernama

sumber : kosmo.com.my/

No comments: