Sunday 23 August 2015

Kereta Milik Syarikat Ghaib Depan Rumah


KERETA sport model Nissan 180X yang hilang dicuri penjenayah

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
azimfitri@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Seorang pengurus produksi sebuah syarikat penggambaran filem terkenal tergamam apabila kereta milik syarikat produksinya model Nissan 180SX hilang di hadapan rumahnya di Lembah Keramat di sini, semalam.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Isma memberitahu, dia kali terakhir meninggalkan kenderaan berkenaan pada jam 1 pagi semalam di luar pagar kediamannya.

Menurutnya, dia hanya menyedari kehilangan kereta itu ketika hendak menggunakannya pada jam 7 pagi semalam.

“Kenderaan itu digunakan syarikat filem untuk adegan penggambaran lumba kereta,” katanya.
Isma berkata, beberapa geran kenderaan lain bersama pasport dan sijil kelahiran anaknya turut hilang berikutan ia disimpan di dalam kereta itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kereta Nissan 180SX dengan nombor pendaftaran WCK 8554 berwarna kuning boleh menghubungi saya di talian 013-3399044 atau membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, laporan sudah dibuat di Balai Polis Taman Melawati untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat mangsa dan berkata siasatan lanjut dijalankan bagi mengesan kereta itu.

Sumber : hmetro.com.my/

No comments: