Saturday, 11 July 2015

Akaun bank Datin Seri Rosmah Mansor Di Siasat

KUALA LUMPUR - Akaun bank isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor disahkan sedang disiasat‎ oleh pasukan petugas khas siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
‎Perkara itu dimaklumkan melalui satu kenyataan bersama, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zetti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, hari ini.
 
"Selanjutnya berkaitan dengan pendedahan media mengenai akaun isteri perdana menteri, perkara itu sememangnya sudah diketahui oleh Pasukan Petugas Khas sebelum pendedahan itu dan siasatan mengenainya sedang dikendalikan," katanya.
 
Menurut kenyataan itu, segala pendedahan berkaitan 1MDB dalam media dipandang serius oleh pasukan petugas khas.
 
‎"Berhubung pendedahan dalam media yang dikaitkan dengan isu1MDB, semua pendedahan itu dipandang serius oleh Pasukan Petugas Khas dan siasatan akan dibuat serta kenyataan diambil daripada semua orang yang berkenaan.
 
"Pasukan Petugas Khas juga ingin menegaskan bahawa siasatan berhubung isu 1MDB dijalankan dengan telus, bebas dan profesional," katanya.
 
Dalam pada itu, pihak pasukan petugas khas meminta agar semua pihak tidak mempersoalkan kewibawaan mereka.
 
"Sehubungan itu, Pasukan Petugas Khas berharap semua pihak tidak mempersoalkan kewibawaan Bank Negara, polis  dan SPRM dalam mengendalikan tugas dan fungsi dalam siasatan ini," katanya.
 
sumber : http://www.sinarharian.com.my

Friday, 10 July 2015

Peguam Najib Razak Lawan WSJ Wall Street Journal?

Rakyat Malaysia mengharapkan nama kita terus mekar di pentas dunia dengan berita yang baik-baik sahaja dan mampu mengharumkan nama Malaysia seterusnya diangkat untuk dihormati masyarakat dunia.

Malangnya, kita boleh semak hari ini seluruh dunia terus memperkatakan skandal demi skandal yang menyelubungi Malaysia. Terkini, dakwaan yang cukup dahsyat oleh laporan berita Wall Street Journal WSJ terhadap Perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Belum pernah dalam sejarah Malaysia, Perdana Menteri terpalit dengan dakwaan jenayah seperti ini. Belum pernah….

Seperti yang diharapkan, rakyat Malaysia mahukan Najib Razak segera saman fitnah Wall Street Journal bagi membersihkan namanya dan nama Malaysia yang terus menjadi bualan ramai.
  • Yang rakyat ingin tahu daripada Najib Razak sekarang ialah betul atau tidak berlaku kemasukan wang ke dalam akaun peribadi seperti yang didakwa WSJ itu
  • Bukannya melencong kepada amanah rakyat yang tidak pernah dikhianati dan kegunaan wang untuk diri sendiri yang kononnya tidak pernah dilakukannya.
Lain yang dituntut rakyat Malaysia, lain yang berlaku sekarang ini. Tindakan terbaru Hafarizam Wan & Aisha Mubarak bagi mewakili anak guamnya Najib Razak mendapat pertikaian ramai termasuklah kalangan peguam di Malaysia.

Berita lanjut KLIK SINI
sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

Peluang SAYA Kongsi “MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9116 568 /  no Whatsapp 013 9822 893 atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK banner di bawah :-

Thursday, 9 July 2015

PM Akhirnya Meletak Jawatan

BEIRUT: Selepas tidak sampai dua tahun mentadbir Lubnan, Perdana Menterinya Najib Mikati akhirnya mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

Pengumuman peletakan jawatan beliau diumumkan sendiri Mikati dalam satu ucapan yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen tempatan.

Dua faktor menyumbang kepada keputusan Mikati iaitu perdebatan mengenai undang-undang pilihan raya baru yang tidak selesai dan keengganan kabinet memanjangkan tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara.

Selepas berbahas untuk tempoh yang lama parlimen gagal untuk mencapai persetujuan berhubung satu undang-undang pilihan raya yang dijadual diadakan tahun depan.

Kabinet yang didominasi Hezbollah juga enggan melanjutkan tempoh khidmat Mejar Jeneral Ashraf Rifi yang dianggap sebagai musuh.

Presiden Michel Suleiman perlu menerima peletakan jawatan Mikati itu.

Mikati meletakkan jawatan ketika Lubnan tegang disebabkan siri keganasan.

Peluang SAYA Kongsi “MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9116 568/No Whatsapp 013 9822 893 atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK banner di bawah :-


Wednesday, 8 July 2015

Terpaksa pakai balik baju kahwin!

Rakyat terpaksa berhati-hati berbelanja kerana kos yang tinggi. - Foto Sinar Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

PERBELANJAAN raya terpaksa dipotong dek kerana pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta kenaikan harga minyak!

Ini bukan kisah sembang-sembang di kedai kopi sebagai penghibur halwa telinga, sebaliknya rungutan sebenar dari hati rakyat Malaysia.

Menurut penjawat awam, Siti Hasmah Ebaraham, 33, ‎sebagai langkah berjimat cermat dia akan memakai semula baju raya tahun lepas termasuk memotong perbelanjaan raya yang lain.

"Saya terpaksa potong semua perbelanjaan untuk raya, dari segi pakaian dan belanja dapur... hanya memilih pakaian untuk anak-anak yang menawarkan diskaun, kalau berpatutan baru beli, kalau mahal tak beli.

"Saya mempunyai empat orang anak, dulu saya pakai ambil sahaja sebab tak ada GST, tapi sekarang saya tengok ekonomi dah teruk sikit, harga barang sudah meningkat jadi semua itu saya ambil kira.

"Baju raya pakai yang sebelum ini... Untuk jimat kos, hanya baju baru anak-anak itupun cuma baju untuk pergi jalan," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di pusat bela-belah Sogo di ibu negara hari ini.

Sementara ketika diaju mengenai bajet duit raya, Siti Hasmah berkata, pemberian duit raya sama sepertimana tahun lepas.

Ini hanyalah sebahagian kisah dan cabaran berbelanja anak kota menjelang Syawal. Di luar sana, kisahnya mungkin lebih dari ini.

sumber :-http://www.sinarharian.com.my

Peluang SAYA Kongsi “MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9116 568 /  no Whatsapp 013 9822 893 atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK banner di bawah :-

Tuesday, 7 July 2015

Percutian Keluarga 1MDB

Nampaknya akhbar Sarawak Report yang dilabel oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razalan Muhammad Rafii ada kaitan dengan Yahudi katanya terus memberikan tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak apabila berkongsi gambar Najib Razak, Rosmah Mansor, anak najib bersama Jho Low yang dikatakan pada ketika itu sedang berada di sebuah kapal mewah bernama Tatoosh.

Jho Low? Suatu nama yang acapkali menjadi kecaman dan kritikan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berada satu kapal mewah Tatoosh dengan Najib Razak dan Rosmah Mansor apa yang mereka lakukan? Akrabnya….
Untuk naik dan bercuti belayar menggunakan kapal mewah ini yang merupakan kapal mewah ke 26 terbesar di dunia, perlu berbelanja sehingga US$500,000 seminggu. Wow…Anda mampu?

Bukan sahaja…ada Datuk Seri Najib Razak, Rosmah Mansor, anak lelaki Najib bernama Mohd Nazifuddin dan anak perempuan Rosmah, Nooryana Najwa, Jho Low malah kelihatan Tarek Obaid yang juga Pengarah PetroSaudi.

Apa yang mereka lakukan di atas kapal mewah itu? Nah….di sini gambar – gambar Najib Razak, Rosmah Mansor dan anak beranaknya bersama jutawan Jho Low dan juga Pengarah PetroSaudi seperti mana dikongsikan oleh Sarawak Report :


sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

Minyak: Mampukah kerajaan terus bertahan?...

SHAH ALAM – Kerajaan sedang dinilai ‘kecekalannya’ dalam mempertahankan sistem pengapungan terkawal yang digunakan sejak Disember tahun lalu dalam menentukan harga runcit RON95 dan diesel.

Hal ini susulan harga bahan bakar itu yang terus mengalami kenaikan pada ketika rakyat negara ini sedang berdepan kesan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pemerhati politik, Dr Jeniri Amir berkata, beliau membayangkan jika mendapat desakan tanpa henti daripada rakyat, kemungkinan kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengembalikan subsidi minyak yang telah dihapuskan sebelum ini.

“Tetapi dalam keadaan sekarang, sejauh mana pihak kerajaan dapat mempertahankan sistem yang ada sekarang jika harga minyak terus menerus naik. Saya membayangkan apabila tekanan-tekanan kuat lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya, adakah kerajaan akan terus pegang kepada mekanisme mengikut harga minyak mentah dunia?

“Atau akhirnya, kerana didesak oleh pengguna yang mungkin berang dengan kerajaan... kalau minyak turun OK tapi kalau terus naik dan naik... Dapatkah kerajaan bertahan untuk berpegang pada mekanisme itu atau akhirnya tunduk pada desakan rakyat dengan  mengembalikan subsidi minyak?,” katanya kepada Sinar Online.

Berkuatkuasa 1 Disember tahun lepas, kerajaan melaksanakan kaedah pengapungan terkawal bagi penetapan harga runcit petrol RON95 dan diesel menjadikan harga bahan bakar berubah mengikut harga pasaran minyak dunia.

Terbaharu,  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberitahu tiada lagi notis pemberitahuan mengenai perubahan harga minyak kepada orang ramai dan hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan pada pukul 12 tengah malam.

Sebelum ini, pemberitahuan mengenai perubahan harga minyak diumumkan di laman web rasmi KPDNKK.

Mengulas mengenai mekanisme baharu itu, Dr Jeniri menyifatkan ia sebagai cubaan lepas tangan kementerian selain mengelakkan berlakunya kehabisan minyak akibat diserbu pengguna jika pengumuman awal kenaikan harga minyak dibuat.

“Memang sebelum ini apabila diumumkan lebih awal menimbulkan masalah kepada pengusaha stesen minyak dimana orang akan berpusu-pusu ke stesen minyak hingga sesak dan menyebabkan sesetengah stesen minyak kehabisan minyak. Kemudian ada pengguna menuduh pengusaha menyembunyikan minyak. Mungkin ini salah satu sebab kementerian ambil tindakan tidak umum lagi.

“Tapi sepatutnya bulan Julai harganya turun jika mengikut harga minyak dunia yang mengalami penurunan tapi di sini harga naik. Ini jelas menjerut leher pengguna. Kita boleh melihat ini sebagai satu cubaan untuk melepaskan tanggungjawab itu kepada pihak pengusaha supaya pengguna tidak menyalahkan pihak kementerian. Kementerian nak larikan diri daripada dituduh melakukan sesuatu yang tidak betul,” katanya.

Sementara, Prof Madya Dr Mohamad Fuad Othman berpandangan, kerajaan perlu menjelaskan formula yang digunakan dalam menentukan harga runcit susulan tidak selari dengan keadaan harga minyak mentah dunia.

“Saya pernah duduk di UK sebelum ini, harga minyak di sana turun naik setiap hari. Tapi kaedahnya sangat telus dan jelas. Rakyatnya pula sudah terbiasa dengan keadaan itu. Masalah sekarang ini, harga minyak di negara kita tidak pernah turun. Asyik naik sahaja. Apabila harga minyak mentah dunia turun, harga minyak Malaysia naik juga.

“Kita pun tak faham apa formula digunakan pemerintah kita. Keputusan serah kepada pengusaha untuk umum harga minyak adalah tidak tepat. Harga minyak mentah dunia itu bukan perlu tunggu hujung bulan. Ia turun naik setiap hari. Saya pun tak faham kenapa KPDNKK nak serahkan tanggungjawabnya kepada pihak lain,” katanya.
sumber : http://www.sinarharian.com.my


Peluang SAYA Kongsi “MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9116 568 /  no Whatsapp 013 9822 893 atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK banner di bawah :-

Monday, 6 July 2015

Nilai Ringgit Malaysia Bakal Jatuh Lagi Teruk 3.85

Oh my Ringgit Malaysia? Lonjakan kejatuhan Ringgit Malaysia terus merudum ke tahap yang paling-paling lemah dalam sejarah ekonomi Malaysia sejak 2005. Bermakna terus berlaku lambakan Ringgit Malaysia yang tidak laku di pasaran sekaligus kejatuhan nilai Ringgit Malaysia sekarang ini diangkat sebagai yang paling teruk di Asia.

Apa sudah jadi Datuk Seri Najib Razak dengan ringgit Malaysia kami sekarang ini? Ringgit Malaysia dilihat terus jatuh terduduk selepas sahaja Wall Street Journal membongkarkan berlakunya kemasukan dana sejumlah Rm2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadi Najib Razak.

Berita Bloomberg Punca Nilai Tukar Ringgit Malaysia Jatuh?

Yang benar, tidak dinafikan faktor luaran seperti harga minyak dunia jatuh, ketidaktentuan Federal Reserve bakal umumkan kenaikan kadar faedah naik, krisis Greece menyumbang kepada penyusutan nilai MYR. Tetapi ia tidak terhenti di situ, apabila berita Bloomberg mendedahkan beberapa punca Punca Ringgit Malaysia Terus Jatuh.

berita lanjut : KLIK SINI

Peluang SAYA Kongsi “MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9116 568 /  no Whatsapp 013 9822 893 atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK banner di bawah :-