Tuesday, 7 July 2015

Minyak: Mampukah kerajaan terus bertahan?...

SHAH ALAM – Kerajaan sedang dinilai ‘kecekalannya’ dalam mempertahankan sistem pengapungan terkawal yang digunakan sejak Disember tahun lalu dalam menentukan harga runcit RON95 dan diesel.

Hal ini susulan harga bahan bakar itu yang terus mengalami kenaikan pada ketika rakyat negara ini sedang berdepan kesan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pemerhati politik, Dr Jeniri Amir berkata, beliau membayangkan jika mendapat desakan tanpa henti daripada rakyat, kemungkinan kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengembalikan subsidi minyak yang telah dihapuskan sebelum ini.

“Tetapi dalam keadaan sekarang, sejauh mana pihak kerajaan dapat mempertahankan sistem yang ada sekarang jika harga minyak terus menerus naik. Saya membayangkan apabila tekanan-tekanan kuat lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya, adakah kerajaan akan terus pegang kepada mekanisme mengikut harga minyak mentah dunia?

“Atau akhirnya, kerana didesak oleh pengguna yang mungkin berang dengan kerajaan... kalau minyak turun OK tapi kalau terus naik dan naik... Dapatkah kerajaan bertahan untuk berpegang pada mekanisme itu atau akhirnya tunduk pada desakan rakyat dengan  mengembalikan subsidi minyak?,” katanya kepada Sinar Online.

Berkuatkuasa 1 Disember tahun lepas, kerajaan melaksanakan kaedah pengapungan terkawal bagi penetapan harga runcit petrol RON95 dan diesel menjadikan harga bahan bakar berubah mengikut harga pasaran minyak dunia.

Terbaharu,  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberitahu tiada lagi notis pemberitahuan mengenai perubahan harga minyak kepada orang ramai dan hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan pada pukul 12 tengah malam.

Sebelum ini, pemberitahuan mengenai perubahan harga minyak diumumkan di laman web rasmi KPDNKK.

Mengulas mengenai mekanisme baharu itu, Dr Jeniri menyifatkan ia sebagai cubaan lepas tangan kementerian selain mengelakkan berlakunya kehabisan minyak akibat diserbu pengguna jika pengumuman awal kenaikan harga minyak dibuat.

“Memang sebelum ini apabila diumumkan lebih awal menimbulkan masalah kepada pengusaha stesen minyak dimana orang akan berpusu-pusu ke stesen minyak hingga sesak dan menyebabkan sesetengah stesen minyak kehabisan minyak. Kemudian ada pengguna menuduh pengusaha menyembunyikan minyak. Mungkin ini salah satu sebab kementerian ambil tindakan tidak umum lagi.

“Tapi sepatutnya bulan Julai harganya turun jika mengikut harga minyak dunia yang mengalami penurunan tapi di sini harga naik. Ini jelas menjerut leher pengguna. Kita boleh melihat ini sebagai satu cubaan untuk melepaskan tanggungjawab itu kepada pihak pengusaha supaya pengguna tidak menyalahkan pihak kementerian. Kementerian nak larikan diri daripada dituduh melakukan sesuatu yang tidak betul,” katanya.

Sementara, Prof Madya Dr Mohamad Fuad Othman berpandangan, kerajaan perlu menjelaskan formula yang digunakan dalam menentukan harga runcit susulan tidak selari dengan keadaan harga minyak mentah dunia.

“Saya pernah duduk di UK sebelum ini, harga minyak di sana turun naik setiap hari. Tapi kaedahnya sangat telus dan jelas. Rakyatnya pula sudah terbiasa dengan keadaan itu. Masalah sekarang ini, harga minyak di negara kita tidak pernah turun. Asyik naik sahaja. Apabila harga minyak mentah dunia turun, harga minyak Malaysia naik juga.

“Kita pun tak faham apa formula digunakan pemerintah kita. Keputusan serah kepada pengusaha untuk umum harga minyak adalah tidak tepat. Harga minyak mentah dunia itu bukan perlu tunggu hujung bulan. Ia turun naik setiap hari. Saya pun tak faham kenapa KPDNKK nak serahkan tanggungjawabnya kepada pihak lain,” katanya.
sumber : http://www.sinarharian.com.my


Peluang SAYA Kongsi “MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9116 568 /  no Whatsapp 013 9822 893 atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK banner di bawah :-

No comments: