BAGI memenuhi janjinya menawarkan tambang 'Nano',
AirAsia India memulakan jualan tiketnya malam tadi dengan menyediakan
15,000 tiket dengan bayaran Rs 5 (27 sen), tidak termasuk cukai lapangan
terbang serta yuran lain.
Syarikat penerbangan itu akan memulakan operasi dari Bangalore ke Chennai dan Goa pada 12 Jun ini.
"Tempat duduk promosi itu boleh diperolehi untuk penerbangan dari Bangalore ke Chennai, Chennai ke Bangalore, Bangalore ke Goa dan Goa ke Bangalore," lapor Times of India memetik kenyataan syarikat penerbangan terbabit.
Tempahan melalui www.airasia.com boleh dibuat mulai 21:30 IST pada 30 Mei sehingga 1 Jun, untuk penerbangan pada 12 Jun hingga 25 Oktober 2014, katanya.
"Saya gembira kerana dapat menyambut pelancaran penerbangan AirAsia India dengan promosi mengejutkan. "Tujuannya ialah untuk membolehkan penumpang yang belum pernah terbang supaya mengambil peluang ini untuk datang dan mengalami penerbangan dengan cara AirAsia," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mittu Chandilya.
Pelancaran penerbangan kos rendah ini telah mencetuskan perang tambang baharu di ruang angkasa India, apabila Mittu mengumumkan awal bulan ini yang tambang penerbangan itu akan menjadi 35 peratus lebih daripada paras semasa, kata laporan berkenaan.
Sebaik sahaja diketahui AirAsia India akan melancarkan penerbangan dari Bangalore ke Chennai dan Goa, SpiceJet telah menurunkan tambang kedua-dua sektor mulai 12 Jun, hari AirAsia India memulakan perkhidmatan.
SpiceJet mengumumkan 'tambang promosi istimewa' Rs 1,499 (RM81.58) untuk laluan terbabit. Sebelum itu pada Jumaat, AirAsia mengumumkan tambang Rs 990 (RM54) untuk penerbangan sulungnya.
Pusat Untuk Penerbangan Asia Pasifik (CAPA) menjangka satu lagi pusingan perang tambang murah dalam sektor berkenaan, lapor akhbar harian Inggeris berkenan.
"AirAsia mungkin tidak menjangka kapasiti syarikat penerbangan India lain untuk meneruskan tawaran tambang yang tidak rasional itu.
"Syarikat terbabit sebelum ini telah menunjukkan kecenderungan memberi diskaun tinggi untuk menjana pendapatan, menguasai pasaran, memenuhi kapasiti yang berlebihan atau hanya untuk bertindak balas kepada saingan," kata satu laporan CAPA.
Ini adalah juga pasaran di mana syarikat penerbangan perkhidmatan penuh menawarkan tambang yang sama dengan penerbangan kos rendah dan kadangkalanya lebih rendah.
"Syarikat penerbangan terus menawarkan tambang di bawah kos walaupun terpaksa mengumpul kerugian besar dan kunci kira-kira yang lemah. Ia adalah sukar untuk beroperasi dalam pasaran di mana pesaing anda mempunyai selera besar untuk rugi.
"Dalam tempoh tujuh tahun lalu, syarikat penerbangan India telah mengalami kerugian terkumpul $10.1 bilion atau purata $22 setiap kali seorang penumpang menaiki pesawat," katanya. - Bernama