Tuesday 27 May 2014

Aset pelaburan KWSP cecah RM600b

Jumlah aset pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat kepada hampir RM600 bilion didorong caruman bersih ahli dan majikan yang positif serta prestasi pelaburan yang menggalakkan.

Setakat 31 Mac lalu, aset pelaburan pengurus dana simpanan persaraan itu melonjak 11.27 peratus atau RM60.47 bilion kepada RM597.02 bilion daripada RM536.55 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata KWSP kekal fokus dalam matlamatnya untuk menjana pulangan pelaburan stabil yang se cara konsisten mengatasi kadar inflasi.

Beliau berkata, berdasarkan pertumbuhan pesat aset pelaburan KWSP, secara purata antara 10 dan 11 peratus setiap tahun, KWSP akan terus mempelbagaikan aktiviti pelaburan jangka panjangnya merentasi pelbagai pasaran dan sektor sejajar dengan Peruntukkan Aset Strategiknya (SAA).

“Bergantung kepada hala tuju pasaran, KWS Pakan terus mengambil peluang yang wujud bagi mengimbangi portfolionya untuk tujuan risiko dan pulangan yang optimum,” katanya dalam satu kenyataan bagi mengumumkan keputusan pelaburan KWSP bagi suku pertama 2014 yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam.
sumber dari : http://www.bharian.com.my/
Oleh Mahanum Abdul Aziz

No comments: