Thursday, 29 May 2014

BSN sasar keluar 5.8 juta kad debit

Ahmad Latfan Mohd Amran (kiri) bersama Mohd. Sofian Amiruddin (tengah) dan Ng Kong Boon menunjukkan salah satu replika Kad Debit Visa Batman BSN di Kuala Lumpur, semalam. - utusan/MOHD NAJIB MOHD NOR

KUALA LUMPUR 28 Mei - Bank Simpanan Nasional (BSN) menetapkan sasaran untuk mengeluarkan 5.8 juta kad debit sehingga hujung tahun ini berbanding 5 juta buat masa ini. Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Ahmad Latfan Mohd. Amran berkata, sasaran itu akan turut didorong dengan pelancaran produk baharu Kad Debit Visa BSN Batman.

Katanya, pihak bank mengunjurkan untuk mengeluarkan sehingga 300,000 kad berkenaan (Kad Debit Visa BSN Batman) dalam tempoh empat bulan ini atau sehingga kehabisan stok. "Objektif kami ialah untuk menarik segmen pasaran orang muda menerusi kad debit ini bagi menggalakkan mereka menguruskan kewangan dengan lebih baik.

"Dengan teknologi tanpa sentuh Visa payWave, pemegang kad dapat menggunakannya ketika membeli-belah dengan mudah dan selamat," kata beliau pada sidang akhbar di majlis pelancaran Kad Debit Visa BSN Batman di sini hari ini. Yang turut hadir, Ketua Bahagian Perniagaan Kad BSN, Mohd. Sofian Amirudin dan Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon.

Buat masa ini BSN hanya mengeluarkan sebanyak 6,000 kad tersebut di Pavilion, Kuala Lumpur dan orang awam boleh mula memohon kad edisi terhad itu di semua cawangan BSN bermula 16 Jun ini.
BSN turut akan menjalankan kempen Kad Debit Visa BSN Batman bermula 16 Jun sehingga 30 September ini.

sumber dari : http://utusan.com.my/utusan/
Oleh NUR HANANI AZMAN

No comments: