Wednesday 28 May 2014

RM1.049B UNJURAN DANA IPO BOUSTEAD PLANTATIONS

Boustead Plantations Bhd, anak syarikat perladangan Boustead Holdings Bhd, dijangka meraih dana sehingga RM1.049 bilion menerusi perlaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) sahamnya, yang juga antara IPO terbesar di Malaysia bagi tahun ini.

Penyenaraian di Pasaran Utama Bursa MAlaysia itu membabitkan tawaran sehingga 656 juta saham merangkumi tawaran untuk jualan 76 juta saham sedia ada Boustead Plantations dan terbitan awam 580 juta saham baharu Boustead Plantations pada harga runcit RM1.60 sesaham.

sumber dari : http://www.bharian.com.my/
Oleh Mahanum Abdul Aziz

No comments: