Elaun Baru Kakitangan Awam (elaun
bandar) : Dek kerana kos sara hidup yang terus melambung tinggi dan
merasakan ada keperluan dan kehendak yang mendesak yang memerlukan
kalangan 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia dibantu segera.
Cuepacs mahukan kerajaan memperkenalkan
elaun baru khas untuk penjawat awam yang tinggal di bandar bagi
menghadapi gelombang kenaikan kos sara hidup yang berlangsung “meriah”
hari ini. Apatah lagi….
Apatah lagi melihatkan permintaan demi
permintaan tinggi oleh kalangan majoriti penjawat awam terutamanya yang
tinggal di bandar mahukan elaun rumah (CONTOHNYA DI SINI) dinaikkan masih lagi tidak diendah dan dipedulikan.
Butiran Cadangan Elaun Baru Kakitangan Awam : Elaun Bandar
Berdasarkan laporan berita Utusan, Presiden Cuepacs mahukan :
- Elaun baru khas ini yang dikenali elaun bandar dicadangkan untuk diperkenalkan antara RM400-RM500 sebulan
- Elaun bandar kakitangan awam bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan dihadapi penjawat awam, terutama yang tinggal di bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Ipoh.
- mengelakkan kualiti kerja kakitangan awam terus terganggu dek kerana pilihan kalangan penjawat awam yang melakukan pekerjaan sampingan dalam mendapat pendapatan tambahan apabila mereka tinggal di bandar
P/S : Apa respon balas 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia dengan
cadangan elaun baru (elaun bandar) untuk anda kali ini? Setuju atau
tidak?
sumber dari : http://www.beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment