KUALA LUMPUR -
Usaha Bank Negara Malaysia menerusi langkah-langkah garis panduan pembiayaan
bertanggungjawab bagi sektor hartanah akan dapat menangani isu-isu pengagihan
saksama di mana pembeli kali pertama tidak akan mengalami masalah mendapatkan
pinjaman, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Wira Othman Aziz.
Beliau berkata langkah itu adalah bertujuan untuk mengekang
ketidakseimbangan, justeru beberapa bentuk kesederhanaan diperlukan.