LINGURIA - ITALI. Datuk Bandar Bormida
menawarkan €2,000 (RM9,449) secara tunai kepada penduduk baharu sebagai satu
inisiaif menambahkan populasi penduduk dan ekonomi tempatan.
Menulis di laman Facebooknya, Daniele
Galliano berkata, bandar yang kini didiami 394 penduduk itu, akan memberikan
€2,000 secara tunai dan tawaran lain seperti kadar sewa rumah murah iaitu hanya
€50 (RM236) sebulan.
Susulan tawaran itu, ramai orang yang
bersedia untuk berpindah ke bandar kecil yang terletak di rantau Liguria itu.
Orang ramai termasuk dari Amerika
Syarikat, United Kingdom, Indonesia dan Hungary turut melahirkan minat tinggal
di sana malah ada yang sanggup mengetapikan tawaran wang hanya untuk menjalani
kehidupan yang lebih mudah.
Bagaimanapun, Daniele berkata, tawaran
wang tunai itu masih dalam perbincangan dan perlu mendapat kelulusan lembaga
tempatan, namun tawaran sewa murah akan disediakan dalam masa dua bulan.
Bandar berkenaan pernah menempatkan
1,000 penduduk pada tahun 1950an namun sejak akhir Perang Dunia Kedua, ia
menyaksikan peralihan besar penduduk ke bandar.
Dengan bandar terdekat, Genos yang
jauhnya 50 batu, Bormida mempunyai empat restoran, farmasi, pejabat pos yang
dibuka tiga kali seminggu serta lawatan oleh doktor ke bandar itu sebanyak tiga
kali seminggu.
"Tidak banyak benda yang boleh
dilakukan di sini, namun kehidupan sangat mudah dan damai.
"Kami mempunyai hutan, kambing,
gereja dan beberapa makanan yang enak. Kehidupan pasti bebas dari
tekanan," kata pengurus sebuah restoran tempatan kepada The Guardian.
Sementara itu, seorang ahli majlis yang
meminta namanya dirahsiakan memberitahu, rancangan itu masih dipertimbangkan
namun sesiapa sahaja dialu-alukan untuk datang dan tinggal di sini.
"Kami sebuah komuniti kecil tetapi
sangat mengalukan tetamu. Kami tinggal di kawasan pergunungan dan juga tidak
jauh dari laut. Gaya hidup sihat dan udara yang sangat bersih," katanya.
sumber : sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment