Saturday 13 May 2017

Langkah BNM akan bantu pembeli rumah pertama

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. SEMAK KELAYAKAN “PERCUMA”. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. LAYAK MEMOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

KUALA LUMPUR - Usaha Bank Negara Malaysia menerusi langkah-langkah garis panduan pembiayaan bertanggungjawab bagi sektor hartanah akan dapat menangani isu-isu pengagihan saksama di mana pembeli kali pertama tidak akan mengalami masalah mendapatkan pinjaman, kata Timbalan Menteri Kewangan  Datuk Wira Othman Aziz.

Beliau berkata langkah itu adalah bertujuan untuk mengekang ketidakseimbangan, justeru beberapa bentuk kesederhanaan diperlukan.

"Saya ingin menasihatkan penilai, pentaksir dan ejen hartanah berdaftar bahawa langkah Bank Negara itu perlu dilihat secara positif kerana kebimbangan anda terhadap kesannya agak tidak berasas.

"Tujuan sebenar dan hasrat langkah ini  adalah untuk mengekang kenaikan harga hartanah. Akibat langsung dan tidak boleh dielakkan daripada langkah ini adalah pada dasarnya untuk membendung spekulasi," katanya.

Othman berkata demikian dalam ucapannya pada majlis makan malam tahunan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia  (BOVAEA) , di sini, malam ini.

Pada majlis itu juga diadakan penyampaian Diploma kepada Ejen Harta Tanah bagi peperiksanaan 2016/2017.

Beliau berkata pembatasan berian pinjaman oleh bank-bank nampaknya telah menarik minat bukan sahaja dalam kalangan pihak yang berdaftar tetapi juga orang ramai.

Menurutnya, kenaikan harga hartanah pada asasnya disebabkan oleh peningkatan pendapatan dan pembelian dengan banyak oleh penduduk tempatan dan serta warga asing yang mempunyai kuasa beli.

"Saya percaya langkah kerajaan itu tepat pada masa untuk mengekang ketidakseimbangan dan akan dapat menangani isu pengagihan saksama di mana pembeli kali pertama tidak akan menghadapi masalah mendapatkan pinjaman," katanya.

Turut hadir ialah Presiden/Ketua Pengarah Perkhidmatan Penilaian dan Hartanah BOVAEA, Dr Rahah Ismail.

Othman berkata sektor hartanah telah diperakui oleh Kerajaan sebagai enjin pertumbuhan penting bagi negara dengan keupayaannya untuk mewujudkan kesan berganda dan komponen pembinaan dan bangunan sektor hartanah berkedudukan baik untuk menjana aktiviti ekonomi yang sangat diperlukan.

"Hasil daripada sektor hartanah adalah kerjaya penilaian, pengurusan hartanah dan agensi hartanah.

"Justeru, kerajaan menggalakkan dan memerlukan lebih ramai profesional hartanah seperti penilai, pengurus hartanah dan ejen hartanah yang akan membantu dalam menguruskan dengan  baik sumber bertanah, kerana persekitaran dinamik yang sentiasa berubah-ubah hari ini memerlukan perkhidmatan komited daripada profesionalnya," katanya.

BOVAEA ditubuhkan pada 1981 di bawah naungan Kementerian Kewangan Malaysia. –Bernama

sumber : sinarharian.com.my

No comments: