Wednesday 10 May 2017

Jutawan terkaya China labur Bandar Malaysia?

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. SEMAK KELAYAKAN “PERCUMA”. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. LAYAK MEMOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

MUNGKINKAH jutawan terkaya di China, Wang Jianlin akan jadi pelabur baharu di Bandar Malaysia?

Bagi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan, berita itu masih belum boleh disahkan lagi dan beliau berharap tidak ada mana-mana pihak cuba buat spekulasi.

"Kerajaan Malaysia dan para pelabur masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai pelaburan di Bandar Malaysia ini.

"Semua pihak diminta berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan kerana sama ada benar atau tidak, ia tetap akan mempengaruhi prestasi saham pelabur yang terlibat," kata Ka Chuan kepada Oriental Daily.

Baru-baru ini, perjanjian jualan saham Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), dan China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC) ke atas projek Bandar Malaysia telah dibatalkan berikutan pihak pembeli didakwa gagal menunaikan tanggungjawab untuk melakukan pembayaran.

Selepas pembatalan tersebut, sudah ada desas-desus menyatakan Jianlin dan jutawan dari Malaysia merangkap Pengerusi Eksekutif Malton Berhad, Tan Sri Desmond Lim Siew Choon serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan berganding membida projek Bandar Malaysia di atas tapak bekas Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi ini.

sumber : sinarharian.com.my