Sunday 7 May 2017

RM34 juta bantu usahawan Mara Kelantan

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. BOLEH MOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

KOTA BHARU 6 Mei – Mara memperuntukkan sebanyak RM34 juta bagi membantu 2,278 usahawan di bawah naungan agensi itu di negeri ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hampir RM32 juta diagihkan sebagai pinjaman kewangan kepada 360 usahawan termasuk kontraktor manakala selebihnya dalam bentuk latihan.

Menurutnya, peruntukan itu melibatkan jumlah yang besar meskipun dalam keadaan ekonomi semakin mencabar.

"Ini jelas membuktikan komitmen kerajaan membangunkan usahawan bumiputera.

“Antara aspek yang diberi penekanan dalam program usahawan ialah pembangunan produk iaitu dari sudut kua­liti, konsistensi, penjenamaan dan pembungkusan.

"Program pembangunan usahawan Mara juga mengambil kira perubahan kea­daan ekosistem ekonomi dan perkemba­ngan perniagaan­ dalam talian ba­gi melengkap­kan usahawan ke peringkat le­bih tinggi," ka­tanya dalam Majlis Makan Malam Usahawan Mara Kelantan di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Mara, Azhar Abdul Manaf; Pengarah Mara negeri, Ismail Abdullah dan Pengerusi Persatuan Usahawan Mara Kelantan (PUMK), Mohd. Nazir Daut.

Majlis itu dihadiri kira-kira 500 usahawan yang pernah mendapat kemudahan Mara dalam pelbagai bentuk seperti latihan, pembiayaan dan sewa premis.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut menyampaikan hadiah dalam bentuk geran bernilai RM15,000 setiap seorang kepada enam usahawan berjaya iaitu Nik Huslizal Hussin (Anugerah Usahawan Pembuatan); Siti Nur Syaheeda Bharun (Anugerah Usahawan Peruncitan); Norlina Sharkhan (Anugerah Usahawan Wanita); Asharuddin Arifin (Anugerah Usahawan Jenama); Abd. Hakim Awang (Anugerah Usahawan Korporat) dan Muhammad Zakuan Mohd. Zin (Anugerah Usahawan Institut Pendidikan Mara).

Sementara itu, Ismail Sabri memuji peranan PUMK yang merupakan persatuan usahawan Mara paling aktif di negara ini.

sumber : utusan.com.my

No comments: